BAB 52

3K 94 0
                                    

SEMUA mata mata di situ hanya merenung Melissa yang dibawa oleh dua orang pegawai polis dan didudukkan di kawasan pesalah.

Faura sehabis baik cuba mengawal api kemarahannya daripada meletus apabila melihat wajah sugul Melissa. Masih jelas di ingatan nya tentang pengakuan Melissa yang mengaku telah mengupah seseorang untuk membunuh ahli keluarganya. Digenggam seluar yang dipakainya kuat.

Ferhad yang perasan akan itu terus menarik tangan isterinya dan disulam dengan tangannya. Sebelah lagi tangannya naik mengusap bahu si isteri.

"Sabar... Sayang ada. Sabar ok?" Lembut Ferhad menasihati.

Dihembus nafasnya perlahan. Nafas cuba diaturkan dengan baik. Terus Faura angguk.

"Para hadirin diminta berdiri bagi menghormati ketibaan Tuan Hakim kita." Ujar salah satu pegawai mahkamah di situ.

Lantas mereka semua berdiri.

Tuan Hakim berjalan masuk dan terus duduk di kerusinya.

TOK
TOK

"Para hadirin dipersilakan duduk." Tuan Hakim memberi arahan.

"Yang tertuduh Aisya Sophia binti Abdullah, di manakah peguam bela anda?" Soal Tuan Hakim ke arah Melissa.

"Tiada." Ringkas saja balasan Melissa. Kepalanya masih menunduk ke bawah.

Entah mengapa hatinya merasa kosong dan sakit setelah mendapat berita kematian anaknya. Dia tidak berpeluang melihat wajah anaknya buat kali terakhir kerana berada di penjara.

"Jikalau begitu bolehkah saya meneruskan perbicaraan saya kepada yang tertuduh, yang berhormat Tuan Hakim?" Terus Tuan Hakim angguk.

"Silakan."

Terus peguam milik Ferhad berjalan ke arah Melissa yang sedang tertunduk itu. Mereka yang lain hanya melihat tingkah laku Melissa yang tidak berubah sejak tadi.

"Aisya Sophia binti Abdullah. Anda tertuduh membunuh Tan Sri Irman, Puan Sri Fatimah, Firash Irlan dan Arzieq Zarish."

Terpejam matanya mendengar nama arwah anaknya disebut. Maafkan mama Arzieq...

"Tertuduh juga mensonglap duit syarikat sebanyak satu juta ringgit dan cubaan membunuh terhadap Faura Irania sekali dan Ferhad Eirsyaq sebanyak dua kali."

Mengalir setitis air mata Faura mendengar nama ahli keluarganya disebut. Dia menyandarkan kepalanya di bahu suaminya. Sumpah sekarang ni dia rasa pening sangat. Mungkin faktor dia tak cukup tidur malam tadi kut.

Ferhad yang melihat keadaan isterinya sudah mula tidak senang duduk apabila melihat wajah pucat isterinya. Tapi dia perlu sabar dan menghormati mahkamah. Dielus lembut belakang isterinya.

"Yang tertuduh Aisya Sophia binti Abdullah. Adakah anda mengakui semua kesalahan anda tersebut?"

Melissa mengangkat kepalanya dan wajah peguam itu dipandang bersama senyuman nipis. Dia sudah tidak sanggup untuk hidup setelah ketiadaan anaknya. Betapa bodohnya dia tidak menghargai anak kecil itu sehingga hari terakhirnya.

"Ya saya mengaku."

Peguam Ferhad angguk dan memandang ke arah Tuan Hakim yang turut memandang ke arahnya. Terus Tuan Hakim angguk.

"Dengan ini hukuman gantung sampai mati dikenakan ke atas Aisya Sophia binti Abdullah atas kesalahan membunuh, cubaan membunuh,songlap duit syarikat dan menggunakan identiti palsu. Hukuman akan dijatuhkan dalam masa dua hari lagi."

TOK
TOK

Dipeluk erat tubuh suaminya bersama air mata kegembiraan setelah mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atas Melissa.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now