BAB 8

4.5K 148 3
                                    

"AKU beli hadiah untuk kau and kau beli hadiah untuk aku. Deal?" Ucap Ferhad sambil tawar menawar kepada Faura.

Ferhad berkata dia mahu mereka membeli hadiah bagi satu sama lain bagi memperingati hari pertama mereka keluar bersama.

Faura pula tidak banyak bunyi dan hanya setuju dengan cadangan Ferhad.

"Sekarang jom kita beli hadiah kau dulu, lepastu baru beli hadiah aku..." Ujar Ferhad sebelum bergerak mengorak langkah meninggalkan Faura.

Faura hanya mengikut sahaja langkah Ferhad.

Dia nak beli apa lah kat aku agaknya.

Setelah lama berjalan-jalan di sekitar shopping mall tersebut Ferhad terus berhenti di hadapan satu kedai perhiasan wanita.

Terus sahaja Ferhad masuk ke dalam kedai tersebut dan di sambut ramah oleh pekerja kedai tersebut.

"Ya encik. Perhiasan apa yang encik cari?" Ramah pekerja itu bertanya.

"Saya nak satu set yang terdapat gelang,rantai serta cincin sekali ada tak?" Ferhad bertanya dan dibalas dengan anggukan oleh pekerja kedai itu.

"Mestilah ada. Encik tunggu sekejap ya..." Ucap pekerja tersebut sebelum beredar mengambil perhiasan yang disebut Ferhad.

"Awak beli dekat Tok Ma ke?" Faura bertanya ingin tahu dan mendapat gelengan daripada Ferhad.

" Tak. Ini untuk kau..." Ferhad berkata sebelum memandang Faura sekilas.

"Ha?! Tapi banyak sangat la. Dekat rumah pun saya dah ada banyak perhiasan macam ni..." Faura berkata sambil memujuk Ferhad supaya tidak membeli perhiasan itu untuk dirinya.

Yang ada dekat rumah pun dia tak terpakai tau!

"Tak sama. Perhiasan yang dekat rumah kau tu,kau bukan pakai selalu kan?Tapi perhiasan yang aku beli ni,aku nak kau pakai seumur hidup. Permanent. Can you?" Ujar Ferhad sambil menatap lembut mata hazel Faura.

Faura pula sudah terpana mendengar kata-kata Ferhad. Faura menatap lama mata amber Ferhad.

Ha sudah. Pertandingan bertentangan mata ke apa ni?

Ferhad dan Faura memutuskan pandangan masing-masing apabila kedengaran suara pekerja tadi menyeru Ferhad.

"Ini dia encik..." Ferhad terus sahaja melihat perhiasan itu dengan teliti sebelum diangkat perhiasan itu dan diletakkan ke arah Faura.

"Perfect..." Ferhad berkata apabila berpuas hati bahawa perhiasan itu nampak sangat sepadan untuk Faura.

"Encik beli hadiah ni untuk isteri encik yang dekat sebelah tu ke?" Pekerja itu bertanya sambil tersenyum kepada Faura.

"Soon to be mine..." Ferhad mengerling sekilas ke arah Faura sebelum berkata dan mendapat anggukan daripada pekerja kedai itu.

Faura yang mendengar pernyataan Ferhad itu diserbu satu rasa yang aneh apabila Ferhad mengutarakan ayat tersebut.

Perasaan apakah ini ya Allah?

"TERIMA kasih sebab dah luangkan masa kau untuk aku hari ni. Walaupun kau still tak berapa sihat..." Ferhad berkata kepada Faura.

"And thanks for this present..." Ferhad berkata sambil menunjukkan seutas jam tangan mewah di pergelangan tangannya.

Faura hanya mengangguk sebelum berkata.

"Kalau awak suruh saya pakai apa yang awak beli tu seumur hidup and permanent. Boleh awak juga buat benda yang sama dengan hadiah yang saya bagi? I mean forever? Can you?" Faura berkata dengan suara lunaknya.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now