BAB 33

2.5K 78 1
                                    

LAJU saja langkah doktor Tia dan nurse yang lain memasuki wad Ferhad. Tubuh Faura yang sedang berada di tepi katil itu terus dibawa keluar oleh salah seorang nurse diikuti inspektor Ariqa.

"Puan tak boleh masuk. Puan kena tunggu dekat luar sebab keadaan sangat tegang sekarang ni. Puan tunggu diluar ya?" Lemah saja Faura mengangguk.

Inspektor Ariqa pula sedang memapah tubuh kurus Faura supaya duduk di atas kerusi. Dia menggenggam tangan Faura.

"Sabar Faura. Everything is going to be fine okay? Trust me." Terus Faura memeluk inspektor Ariqa dari tepi.

"Aku takut Riqa. Macam mana kalau ada sesuatu yang teruk jadi dekat Ferhad? Macam mana kalau dia betul-betul tinggalkan aku? Tolonglah. Kenapa aku tak pernah pun dapat rasa perasaan bahagia tu lama. Selalu saja bahagia tu hanya sementara lepastu yang kekal hanyalah sengsara untuk aku. Kenapa? Just why?"

Pecah teruk tangisan Faura lepas menuturkan kata-kata itu. Inspektor Ariqa makin menguatkan pelukan itu sebelum dia berkata.

"Kau nak tahu sesuatu tak? a life that has never been tested is a useless life. Allah uji kau sebab dia nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan dengan ujian yang dia bagi. Allah tu tak kejam Faura. Dia uji kau dengan sesuatu yang berharga dan kau sayang hilang atau pergi supaya nanti di masa yang sangat tepat dia akan berikan kau sesuatu yang sangat indah,bahkan kau sendiri pun tak pernah terbayang tentang semua tu. Jadi nasihat aku sentiasalah bersangka baik dengan semua ujian yang Allah bagi. Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya."

Diam tidak berkutik Faura mendengar nasihat panjang lebar inspektor Ariqa. Air mata yang tadinya mengalir terus saja berhenti.

"Thanks Riqa." Tersenyum saja Inspektor Ariqa ke arah Faura.

Tiba-tiba doktor Tia melangkah laju ke arah mereka berdua dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Terus saja mereka berdua bangun menghampiri doktor Tia.

"Tia. Tia suami aku macam mana? Kenapa tadi dia boleh jadi macam tu?" Doktor Tia menghela nafas perlahan sebelum membalas pertanyaan Faura.

"Bila aku masuk tadi wayar topeng oksigen Tuan Ferhad terputus. Aku tak tahu macam mana boleh putus tapi aku rasa ni kecuaian pihak hospital. Aku minta maaf Cik Puan. Tapi apa yang aku nak bagitau adalah alhamdulillah Tuan Ferhad dah lepas tahap kritikal. Nadi dia pun dah kembali normal. Insyaallah kalau perkembangannya makin membaik, dia akan sedar dalam waktu terdekat. Kau berdoalah banyak-banyak ya? Aku pergi dulu. Bye Cik Puan, Cik Ariqa."

Tangan Faura naik menekup mulutnya dan menangis gembira. Terus dia sujud syukur di situ.

Jatuh setitis air mata inspektor Ariqa melihat perlakuan Faura. Dari situ dia boleh nampak betapa berharganya Ferhad kepada Faura.

Very valuable.

"Kan aku dah kata. Kau bersangka baik dengan apa yang Allah uji insyaallah doa kau Allah dengar. Tengok sekarang,suami kau makin pulih dan semakin membaik. It's a great news! Aku tumpang gembira untuk kau. and I'm proud of you too. Kau sangat tabah itu yang aku kagum."

Tersenyum manis Faura kepada inspektor Ariqa sebelum lagi sekali dia memeluk tubuh rakannya itu. Tersengih saja inspektor Ariqa membalas. Pelukan mereka berdua terlerai apabila kelihatan keluarga mertua Faura menghampiri.

"Mama!" Terus dipeluk kemas tubuh berusia itu. Pelukan dilepaskan. Tangan Faura dipegang erat oleh Datin Elizabeth. Jelas terasa sikit getaran di tangan berkedut itu.

Dia menelefon mereka semua memberitahu keadaan Ferhad sebentar tadi. Wajar saja ibu mertuanya gementar sebegini sekali.

"F-Ferhad macam mana? Dia ok je kan? Jujur dengan mama apa yang jadi sebenarnya? Mama risau lah..."

Tangan Faura mengusap lembut tangan berkedut itu sebelum air mata kegembiraannya tumpah. Datin Elizabeth pula sudah berfikiran negatif apabila melihat menantunya menangis.

Terus dia mahu bergerak ke wad anaknya. Namun langkahnya terbantut apabila lengannya dipegang oleh Faura. Laju dia memandang hairan menantunya.

"Mama sabar. Biar Faura explain. Tadi tiba-tiba je badan Ferhad meronta kasar atas katil. Faura takut sangat tadi mama. Faura takut hilang dia. Tapi jawapan Tia melegakan Faura. Sangat-sangat melegakan. Dia kata Ferhad dah lepas tahap kritikal dan kalau perkembangan dia baik dari masa ke masa insyaallah dalam waktu terdekat dia akan sedar mama!"

Datin Elizabeth memandang wajah menantunya dengan linangan air mata. Puan Sri Ellina pula sudah tersenyum lega. Datuk Fayyadh terus mengucapkan syukur tidak henti-henti.

"B-Betul ni? Ya Allah..." Pantas Faura angguk banyak kali.

"Habis tu kenapa Ferhad boleh jadi macam tu tadi?" Tangan Faura naik menyeka air matanya sekejap sebelum membalas pertanyaan ibu mertuanya.

"Tia kata wayar topeng oksigen Ferhad putus. Dia pun tak tahu macam mana boleh putus. Tapi dia kata ni semua salah pihak hospital sebab lalai dalam jalankan tugas. Faura kata takpa,yang penting suami Faura selamat. Itu je yang Faura kisah." Tersenyum suka Datin Elizabeth mendengar jawapan terakhir menantunya.

Alhamdulillah.

SUDAH seminggu sejak kejadian itu berlaku,namun suaminya masih belum sedarkan diri. Alhamdulillah Ferhad sudah boleh bernafas sendiri dan tidak menggunakan topeng oksigen lagi.

Perkembangan Ferhad juga semakin membaik kecuali,itulah suaminya masih belum sedarkan diri. Jujur dia rindu.

Sangat rindu.

Tiga minggu bukanlah masa yang singkat. Jiwanya sangat terseksa dan kosong tanpa suara,senyuman dan sentuhan Ferhad.

Tuala basah diambil dan dilapkan di seluruh tubuh suaminya. Tangan yang sedang sibuk membersihkan tubuh sasa itu terus terhenti di atas satu parut yang agak panjang di tepi dahi Ferhad.

Walaupun sudah mempunyai parut namun suaminya tetap tampan dan sempurna di matanya. Tiada yang kurang semuanya cukup.

Dikucup lembut parut itu sebelum dia meletakkan tuala basah tadi di tepi meja katil Ferhad.

"Yeay! Sayang dah siap mandi!" Riang saja suaranya. Dia bangun dan mengucup sekilas bibir sedikit pucat itu.

Dia menjarakkan kembali wajah mereka kemudian tumpuannya beralih kepada laptop di atas meja. Dia mengambil laptop itu dan diletakkan ke atas ribanya. Dia menyambung kembali pekerjaannya.

Sedang dia sibuk menaip tiba-tiba saja kepalanya diserang denyutan yang hebat. Dia mengurut kepalanya bagi menghilangkan pening namun tidak berjaya.

Sejak dia menjaga Ferhad di hospital tidurnya tidak cukup,makan tidak teratur,rehat pun kurang sampai ada sedikit lingkaran hitam bawah matanya. Berat badannya jugak agak susut. Sampai risau semua orang dibuatnya. Terutama sekali Puan Sri Ellina. Dialah yang paling bising bila tengok keadaan Faura sekarang ni.

Dia terus memutuskan untuk menutup laptop dan meletakkan kepala sebentar. Ringan saja kepalanya berlabuh di atas lengan kekar suaminya. Akibat denyutan yang melampau dia terus dijemput lena.

DAHI Faura berkerut apabila dia merasakan sesuatu sedang bergerak di atas kepalanya. Perlahan-lahan saja dia angkat kepalanya yang amat berat tika ini.

Mata yang tadi layu terus menjadi segar bugar apabila pemandangannya disajikan dengan renungan mata indah seseorang yang dia rindukan setengah mati.

"S-Sayang?"

15/11/2023
10.56 malam









𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now