BAB 25

3.2K 81 1
                                    

"IRANIA? Hei irania bangun. Aku dah balik ni." Ferhad mengusap lembut pipi isterinya dengan perasaan risau.

'Ya Allah panasnya!' getus hatinya.

Berkerut sikit kening cantik itu apabila rehatnya diganggu. Terus dia membuka mata bagi melihat siapa gerangan itu.

Terbuka luas matanya apabila kelihatan susuk tubuh suaminya di hadapan dia sekarang ini.

Katakan dekat dia bahawa dia sedang bermimpi sekarang ni. Laju tangan kecil itu memegang wajah berkumis suaminya.

"Am I dreaming?" Serak suara itu bertanya. Lantas Ferhad menggeleng.

"You're not dreaming my Irania. I'm here in front of you. I'm your reality. Kau buat apa sampai demam ni Irania? Aku baru tinggal 4 hari je tau."

Lembut saja suara garau itu menuturkan kata-kata itu. Tanpa dipinta air matanya mengalir deras. Menggigil badannya akibat tangisan yang kuat.

Ferhad pula sudah kalut apabila dengan tiba-tiba saja isterinya menangis. Laju dia menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukan.

Terasa haba yang amat tinggi daripada isterinya membuatkan dia dihurung rasa risau teramat.

"Hei Irania kenapa ni? Janganlah nangis nanti suhu badan kau lagi naik lah." Risau dia. Tiba-tiba saja Faura ni.

"I-I miss you s-sayang." Tersedu-sedan dia menuturkan itu kepada suaminya.

Leher Ferhad pula sudah lencun dengan air matanya. Tangan lemah itu naik memukul dada suaminya dengan kuat yang tak berapa kuat.

"S-Sampai hati sayang tak angkat call saya. Dahla pergi 4 hari lepastu terus senyap! Sayang jahat! Sayang memang tak pedulikan saya pun kan?!"

Ferhad pula sudah memejamkan matanya rapat mendengar tangisan isterinya. Ya, dia mengaku salah dia. Tapi takkan sebab tu je kut sampai isteri dia demam?

Pantas Ferhad menangkap tangan kecil itu dari terus memukulnya. Dia menjatuhkan rapat dahinya ke atas dahi isterinya.

"Yes, aku mengaku aku salah aku tak angkat call kau. Aku terlalu sibuk buat kerja sampai aku lupa aku ada hati nak kena jaga.Aku minta maaf Irania...sumpah aku tak bermaksud. Tapi takkan sebab tu je sampai kau demam macam ni? Mesti ada sebab lain kan? Cepat bagitahu aku."

Faura hanya diam tanpa ada niat ingin membalas soalan suaminya. Takkan dia nak bagitahu ada orang hantar ugutan bunuh dekat dia? Lebih baik dia hadapi semua ni sendiri. Dia taknak pembunuh itu apa-apa kan suaminya.

Cukuplah dia hilang seluruh ahli keluarga dia Takkan dia perlu hilang suaminya pula? Sudahlah. Dia sudah tidak sanggup.

Dia menarik badan suaminya untuk berbaring dan terus saja dia menyorokkan wajahnya di celah leher suaminya. Dia mencium wangian semulajadi daripada suaminya.

Terasa tenang sekali.

Ferhad hanya mengikut tanpa membantah. Tangan dia naik menyangkut rambut yang menghalang wajah cantik isterinya dan disangkut ke belakang telinga.

"Dah makan ubat?" Terasa anggukan dibalas oleh Faura dicelah lehernya. Comel saja tingkahnya itu di mata Ferhad.

"Kau tidur dari pukul berapa ni? Dah isi perut ke belum?" Gelengan saja dibalas.

"Saya tidur lepas subuh sebab saya cuti. Saya taknak makan sebab saya tak larat. Saya rasa nak rehat je.." serak saja suara itu membalas sebelum terbatuk kecil.

Ternganga Ferhad mendengar jawapan isterinya. Mak aii dari subuh tadi kau tidur Irania,sekarang ni dah lepas Isyak. Betul-betul tak sihat ni.

Allahuakbar.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now