BAB 7

5.3K 155 2
                                    

FERHAD memandu kereta dengan perlahan kerana tidak mahu Faura yang sedang tidur di seat sebelah terjaga.

Ferhad mempelawa Faura untuk pulang dengannya sebagai tanda maaf. Walaupun sudah banyak kali Faura menolak namun tetap saja Ferhad memaksa.

Nama pun seketul Ferhad Eirsyaq bukannya jenis faham bahasa.

Ferhad memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu rumah Faura supaya Faura tidak perlu berjalan jauh. Kerana dia tahu gadis itu masih belum sihat sepenuhnya.

"Faura? Bangun kita dah sampai rumah kau ni..." Ferhad membangunkan Faura dengan menepuk-nepuk lengan Faura dengan perlahan menggunakan telefon bimbit nya.

"Hmmm? Kita dah sampai rumah saya ke?" Faura bertanya dalam keadaan mamai. Ferhad yang melihat gaya Faura seperti kanak-kanak baru bangun tidur terus sahaja sembunyi senyum.

Damn! She so cute!

Bertuah sapa bakal suami dia nanti.

Eh kejap, aku lah bakal suami dia kan?

Aku tau bukan kau orang. Hahahah.

"Terima kasih..." Faura berkata sebelum membuka pintu dan keluar dari kereta.

Ferhad hanya melihat tingkah Faura yang melambai singkat ke arahnya sebelum memboloskan diri ke dalam rumah. Seketika Ferhad tersenyum nipis.

Duhai hati perasaan apakah ini?

"ESOK Cik Muda cuti lagi kan? Rehat la secukupnya tau, nanti dah sihat baru datang ye, urusan di syarikat serahkan saja kepada saya..." suara Melissa kedengaran di corong telefon dengan nada memujuk.

Faura pula memincingkan matanya apabila mendengar suara Melissa.

Ewah kemain, seronoklah tu dia cuti!

"Awak ni macam seronok je saya sakit?" Faura bertanya nada berbaur gurauan.

"Eh! Mana ada Cik Muda saya cuma nasihatkan Cik Muda supaya jaga diri elok-elok je..." Melissa bersuara kecil dan mengundang tawa Faura.

"Saya main-main jelah, tolong jaga syarikat untuk beberapa hari ya? Saya amanahkan dekat awak ni tahu?" Faura menyoal penuh berharap.

"Mestilah boleh Cik Muda!" Faura bersuara keriangan menyebabkan Faura tersenyum kecil.

Selesai sahaja bercakap Faura lantas menutup telefon bimbit nya dan bergerak ke meja solek untuk rutin penjagaan harian sebelum tidur.

Sedang Faura duduk berhadapan dengan meja solek sambil mengoleskan losyen di tubuhnya, tiba-tiba telefonnya berbunyi lantang lagi sekali.

Terus sahaja Faura menutup penutup losyen dan terus bergerak melihat nama pemanggil itu dan seketika Faura menjongketkan keningnya apabila melihat nama pemanggil tersebut.

"Ferhad?"

Nak apa Ferhad call dia malam-malam buta ni?

Macam mana dia boleh ada nombor Ferhad jangan tanya. Sebab Tok Ma yang senyap-senyap meletakkan nombor telefon Ferhad ke dalam telefonnya apabila dia ke tandas.

Dekat Ferhad pulak dia berkata dia baru sahaja menukar nombor telefon baru, Ferhad tentulah tanpa banyak soal terus menyimpan nombor tersebut dan alih-alih itu adalah nombor telefon dia.

Terkejut Ferhad apabila suara Faura yang kedengaran apabila dia ingin menelefon Puan Sri Ellina. Saat itu mereka berdua telah sedar, mereka berdua telah berjaya diguna-gunakan oleh Puan Sri Ellina.

Panjang akal betullah Tok Ma ni!

"Hello Ferhad? Why you call me at this time? Ada masalah apa-apa ke dengan barang-barang yang kilang saya hantar?" Soal Faura risau.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now