BAB 32

2.4K 71 0
                                    

"FAURA?" Suara seseorang menyentakkan Faura. Dia berpaling ke belakang dan kelihatan susuk inspektor Ariqa sedang menghampirinya.

Laju Faura bangun dan memeluk inspektor Ariqa. Ariqa hanya diam membalas pelukan itu sambil dia mengerling sekilas ke arah katil yang menempatkan Ferhad.

Dia mengeluh apabila bajunya terasa basah. Terus tangan dia naik menepuk perlahan belakang tubuh Faura.

"Suami aku Riqa...tak cukup lagi ke dengan bunuh keluarga aku? Diorang nak bunuh Ferhad pulak? Apa sebenarnya motif mereka buat semua ni? Aku betul-betul tertanya." Teresak sedikit Faura tika itu.

"Aku pun tak tahu Faura. Aku minta maaf aku dah cuba sehabis baik mungkin. Tapi dari dua tahun lepas aku gagal jejak siapa punya angkara. Maafkan aku Faura. Aku tak sebagus yang kau sangka."

Tergeleng Faura mendengar jawapan inspektor Ariqa. Tidak. Dia tak pernah salahkan Ariqa sebab gagal jejak ini semua angkara siapa.

"Tak Riqa. Aku pun gagal. Kita sama-sama gagal. Kau tak salah. Aku yang bersalah sebagai seorang anak dan isteri." Inspektor Ariqa hanya mampu diam dan menenangkan Faura.

Laju Faura menyeka air matanya dan wajahnya kembali normal seperti biasa.

"Kau ada bawa rakaman CCTV yang aku mintak tu?" Dia meminta inspektor Ariqa menyalin rakaman CCTV di tempat suaminya kemalangan.

Terus inspektor Ariqa angguk dan dia memberikan satu pendrive berwarna hitam kepada Faura. Tanpa kata laju Faura menyambut.

Faura bergerak ke arah laptop nya yang berada di sofa. Lantas dia mencucuk pendrive itu dan rakaman CCTV dimainkan. Inspektor Ariqa melabuhkan punggung di sebelah Faura dan memegang bahu Faura bagi menyalurkan semangat.

Tersenyum sikit Faura dengan tindakan inspektor Ariqa itu.

Faura diam memerhati gerak-geri suaminya yang ketika itu baru keluar dari cafe berdekatan syarikat dan ingin melintas. Selepas Ferhad menoleh ke kiri dan kanan terus dia melintas jalan itu.

Jelas di situ sewaktu suaminya melintasi jalan raya tiada satu pun kereta di situ. Namun dengan tiba-tiba saja ada satu kereta wira hitam bergerak laju ke arah Ferhad dan Ferhad tidak sempat mengelak kerana ia terlalu laju.

Terpejam mata Faura apabila melihat adegan di mana suaminya dilanggar dengan begitu dasyat sekali. Apa yang mendidihkan hatinya lagi adalah apabila kereta itu hanya beredar dari kawasan itu seolah tiada apa berlaku setelah melanggar Ferhad.

Wajah pemandu itu tidak kelihatan akibat daripada cermin kereta itu yang amat gelap. Pemandu itu juga berpakaian serba hitam. Jadi susah untuk dia mengecam wajah itu.

Laju Faura menutup laptop itu sebelum dia memandang inspektor Ariqa. Tangan Ariqa yang memegang bahunya digenggam erat. Matanya kini sudah tidak mengalirkan air mata kecuali hanya dendam membara terpapar di situ.

"Kita cari dia sampai dapat. Kalau dia mati pun biar akan gali balik kubur dia biar aku bunuh dia lagi sekali. Suami aku tak bersalah. Dia hanya mangsa keadaan yang dia jadikan umpan sebab dia tahu Ferhad penting bagi aku. Tapi dia lupa kekuatan sebenar aku adalah Ferhad. Dia silap besar kalau nak cari pasal dengan aku. Dia main dengan nyawa,ok fine aku balas dengan nyawa."

GULP

Inspektor Ariqa menelan liur perit. Dia yang polis pun takut dengan amarah Faura. Jangan main-main! Sekali Faura marah memang boleh meletup satu Malaysia.

"Aku dah check pasal kereta wira tu. Tapi sayangnya kereta wira tu kereta curi. Jadi susah kita nak cari siapa yang rancang semua ni."

Diam saja Faura. Mata dia diam melihat suaminya.

"Takpa. Fail is the prove that we're trying right? Kalau kita nak sesuatu hasil lumayan mestilah kita kena cuba banyak kali kan? Aku tak kisah berapa lama masa nak kena ambik. Janji pesalah itu ada depan aku nanti." Angguk saja inspektor Ariqa.

Dia tak mahu berkata banyak takut nanti dia terkena tempias sekali. Faura masa-masa macam ni jangan dibuat main. Hantu pun lari tau!

"Ni kau dah makan ke belum? Kau jangan mengelak nak jawab taknak makan eh, aku piat telinga kau kejap lagi." Terkekeh kecil saja Faura dengan amaran Ariqa tu.

Punya lama mereka kenal sampai dia nak jawab apa pun semua Ariqa dah boleh agak.

Obvious sangat ke?

TOK!
TOK!

Bunyi pintu diketuk mengalihkan perhatian mereka berdua. Terlihat Melissa sedang berjalan ke arah mereka sambil di sampingnya terdapat satu bakul berisi buahan.

"Hai Cik Puan. Hai Cik Ariqa." Mesra saja dia menyapa mereka berdua.

"Hai Mel." Suara Faura saja yang membalas.

"Ni saya ada bawa buah tangan sikit. Cik Puan makan lah ya. Saya turut bersimpati atas apa yang terjadi pada Tuan Ferhad. Cik Puan sabar ya?" Kecil saja senyuman Faura hadiahkan kepada Melissa.

Inspektor Ariqa hanya diam dan memerhati saja gerak-geri Melissa. Tiada rasa ingin menyampuk perbualan di antara dua orang itu.

Dia mengerling kejap ke arah nota warna-warni yang terdapat di bakul buahan di bawa Melissa. Tetapi bukan warna nota itu yang menarik perhatiannya melainkan tulisan di atas nota itu.

So familiar.

Sedang dua orang itu ralit bersembang, Ariqa mengeluarkan perlahan telefon bimbit nya dan menangkap laju gambar nota itu. Terus dia menyimpan kembali telefon nya.

"Faura. Jom ikut aku kejap." Berkerut dahi Faura.

"Kau nak buat apa?" Soalan Faura dibiarkan tak berbalas. Dia pantas menarik lengan gadis itu dan ditarik ke luar wad. Faura melihat Melissa sekejap.

Melissa hanya tersenyum ke arah mereka tanda tidak mengapa. Ariqa hanya mengendahkannya dan terus berlalu keluar.

"Riqa kau kenapa ni?" Pelik dia. Kenapa tiba-tiba sangat ni?

"Kau perasan tak tulisan dekat nota bakul buah yang Mel bawak tu?" Geleng saja Faura balas.

Inspektor Ariqa mengeluh perlahan. Aduh kau ni Faura!

"Aku tak perasan pun. Kenapa? Ada apa-apa yang pelik ke? Aku tengok ok je.." Belum sempat Ariqa membalas apa-apa tiba-tiba pintu wad dibuka.

"Saya nak kena balik dah ni Cik Puan. Singki rumah saya rosak. Orang yang nak repair tu dah datang. Saya balik dulu ya." Ujar Melissa sebaik dia menghampiri Faura dan Ariqa. Faura hanya angguk tanpa banyak soal.

Berlalu saja Melissa terus lengan inspektor Ariqa ditarik pula oleh Faura supaya masuk ke dalam wad suaminya.

Lengan Ariqa dilepaskan. Dia berlalu ke arah bakul buah di sebelah katil suaminya dan membaca nota itu. Biasa je. Apa yang dia tak perasan?

"Apa yang aku tak perasan? Cuba kau bagitahu aku." Bila saja bibir inspektor Ariqa ingin menjawab soalan Faura tiba-tiba saja tubuh Ferhad yang sedang terlantar itu menggelupur ganas.

"Sayang!"

Bulat mata mereka berdua melihat itu. Faura pula sudah menekan-nekan butang kecemasan. Teresak sedikit dia melihat keadaan suaminya. Dia memegang lengan suaminya supaya tubuh itu tidak jatuh ke bawah.

Inspektor Ariqa juga memegang lengan Ferhad yang berlapik baju itu di sebelah lagi. Terkejut dia bila Ferhad tiba-tiba saja jadi begini.

"Sayang. Ya Allah...."

14/11/2023
11. 50 malam




𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin