BAB 34

2.6K 71 0
                                    

KEJUNG saja tubuh Faura apabila melihat mata amber yang dia rindukan sedang merenungnya dengan pandangan bingung. Tangan Faura naik ingin memegang lengan suaminya namun dia terkedu apabila laju saja Ferhad mengelak dari disentuh olehnya.

"Kau siapa?"

Sekali lagi Faura terkedu. Suami dia tidak ingat diakah? Ya Allah ujian apakah pula ini?

"Sayang tak ingat saya? I'm your wife..." Gelengan saja Ferhad balas. Faura memejamkan matanya seketika bagi menghalang sebarang cecair panas keluar daripada matanya.

Allah.

Ferhad hanya memandang pelik wanita dihadapannya ini. Bila masa dia kahwin? Tahu-tahu ada isteri. Wanita itu juga menggelarnya sebagai sayang. Tapi jelas dia dapat lihat dari mata wanita itu dia tidak berbohong. Mata itu sarat dengan cinta untuknya.

"Sayang tunggu kejap ya? Saya pergi panggil kan doktor." Laju Faura mengorak langkah keluar dari wad suaminya. Tangisan yang ditahan dari tadi pecah jua. Dia bersandar pada dinding yang tidak jauh dari wad suaminya. Tubuhnya melorot jatuh kasar. Namun dia tidak kisah dengan kesakitan yang dialami. Rasa sakit itu tidak setanding rasa sakit yang Ferhad tidak mengingati dia.

Sakit ya Allah.

It hurt like hell.

"Cik Puan? Ya Allah! Cik Puan kenapa ni?" Terus Doktor Tia mendapatkan dirinya. Risau saja nadanya.

Dia sedang ingin ke wad Ferhad untuk melihat perkembangan suami majikannya itu,tapi dia terserempak pula dengan majikan dia. Sedang menangis dan pucat saja wajahnya. Mana tak risau nya dia. Terus Faura angkat wajahnya. Bahu doktor Tia dipegang kejap bagai memohon kekuatan.

"F-Ferhad dah sedar. Suami aku dah sedar. Tapi kenapa dia tak ingat aku? Bila aku tanya dia aku siapa dia geleng tak tahu Tia. Ujian apa lagi ni? Tolonglah....." Teresak hebat dia di situ.

Doktor Tia pula sudah bungkam. Ferhad dah sedar? Lepastu Ferhad tak ingat pulak Faura? Ya Allah beratnya ujian majikannya ini.

"Tuan dah sedar? Dia tak ingat Cik Puan? Cik Puan biar betul? Masa saya rawat dia tiada spekulasi yang mengatakan dia amnesia. Cuma kehilangan darah yang banyak buat dia koma je,bukan amnesia. Takpa saya pergi tengok Tuan sekarang jugak!" Perlahan Faura angguk.

Pelik dia. Dia tahulah dia yang rawat Ferhad. Tiada tanda-tanda amnesia pun selama tiga minggu dia ulang-alik tengok keadaan Ferhad.

Pelik.

Seketika doktor Tia menganalisis muka pucat Faura sebelum dia melihat sekilas tarikh di jam tangannya. Hari ini sepatutnya Faura perlu dapatkan rawatan setiap bulan itu seperti biasa.

"Cik Puan...Hari ini Cik Puan punya hari rawatan tau? Sekejap lagi kita buat ya? Cik Puan pucat sangat dah ni." Geleng saja Faura balas sebelum tersenyum tawar.

"Nanti nantilah ya rawatan tu? Sekarang aku nak fokus dekat Ferhad dulu. Dia lebih penting sekarang ni. Aku nak dia pulihkan ingatan dia dulu..." Doktor Tia hanya mampu diam dan mengeluh. Dia tahu kalau dia kata lebih-lebih pun bukan Faura nak dengar. Faura kan degil dan keras kepala!

"KAU masuklah tengok keadaan dia. Aku tak nak masuk lagi,aku tak kuat. Sakit sangat bila dia tak ingat aku. Aku nak bersiar-siar sekejap dekat sini." Belum sempat doktor Tia ingin mengatakan sesuatu,laju saja Faura hilang dari pandangannya.

Jelas di raut wajah wanita itu,dia sangat terkesan dan terluka. Terus dia masuk ke wad Ferhad. Nampak saja muka Ferhad terus dia rasa macam nak hempas kepala lelaki itu dengan guni beras.

Sampai hati tak ingat Cik Puan aku!

Ferhad hanya tersenyum nipis melihat doktor Tia. Sebelum kepala dia bergerak melihat ke arah belakang seolah-olah mencari seseorang.

"Tuan cari apa?" Tanya doktor Tia pelik. Dari tadi duk terjenguk-jenguk belakang dia. Kenapa ada hantu ke?

"Mana Irania?" Balas Ferhad bersahaja. Doktor Tia pula sudah pelik mendengar nama panggilan Ferhad kepada Faura. Bukan ke dia tak ingat Faura? Habis tu macam mana boleh panggil Irania pulak ni?

"Bukan ke Tuan tak ingat Cik Puan? Setahu saya sepanjang saya rawat Tuan takde pulak kecederaan yang boleh menyebabkan amnesia. Baik Tuan terus terang dengan saya sebelum saya ambik batu saya baling betul-betul dekat kepala Tuan bagi hilang ingatan sungguh!"

Ferhad pula sudah naik menggaru tengkuknya janggal sambil tersenyum kekok. Aduh kantoilah pulak.

"Aku saja nak main-main je. Nak tengok reaksi dia macam mana. Tapi sumpah aku menyesal lepas tengok reaksi dia. Dia nampak sangat sedih. Aku bersalah ,aku tahu. Aku minta maaf." Mendengus kuat doktor Tia sambil tangannya mengepal geram.

Tolong siapa-siapa pegang aku kejap,aku nak cekik Ferhad ni! Kecik besar je aku tengok. Melawak tak kena waktu inilah padahnya!

Tuan tahu tak Cik Puan menangis teruk? Sampaikan hari ni hari untuk dia terima rawatan pun dia taknak buat. Sebab apa? Sebab dia kata dia nak tunggu Tuan pulihkan dulu ingatan! Tuan tak nampak ke dia tadi macam mana? She look pale! Freaking pale! Tuan tak tahu macam mana keadaan dia selama Tuan koma,dia sanggup buat kerja dekat sini semata-mata nak jaga Tuan sendiri! Dia korbankan rehat,tenaga dan masa untuk jaga Tuan! Cik puan tu tidur pun tak cukup,makan pun tak teratur tahu tak?!"

Dia geram dengan Ferhad. Boleh melawak hingga tahap itu. Dia tidak sanggup lihat Faura bersedih kerana Faura ibarat kakak kepada dirinya. Dia sendiri melihat bagaimana jatuh bangun hidup Faura dari dahulu. Hidup gadis itu sentiasa penuh cabaran dan sukar,tidak pernah mudah.

Tergamam Ferhad mendengar amarah panjang lebar doktor Tia. Dia tidak sangka sebegitu sekali pengorbanan isterinya. Dia menyesal, sangat menyesal.Ya dia nampak wajah pucat isterinya. Adakah wajah itu pucat disebabkan dia?

Allah.

I'm sorry Irania...

"Sekarang dia dekat mana? Kenapa dia takde dengan kau?" Doktor Tia menghela nafas panjang. Penat sangat marah orang.

"Cik Puan taknak masuk tadi sebab dia kata dia tak sanggup nak tengok Tuan,sebab Tuan tak ingat dia. Dia pergi bersiar-siar kejap. Nanti dia datanglah sini balik. Tuan sibuk tanya kenapa? Pandai buat,pandailah tangguh..." Sinis saja doktor Tia menuturkan kepada Ferhad.

Biar berasa sikit. Geram aku!

Ferhad hanya diam dan membiarkan doktor Tia memerli dia. Dia mengaku salah dia. Dia ingin cepat-cepat jumpa isterinya. Dia ingin memeluk erat tubuh kecil itu dan mengatakan bahawa dia mencintainya.

KTAK!

Tenggelam lamunan Ferhad apabila pintu wad biliknya dibuka kasar. Terus dia melihat gerangan tersebut. Tersengih saja dia melihat susuk kedua ibu bapanya dan neneknya.

Laju tubuh tua Datin Elizabeth meluru ke arahnya.

"Eirsyaq!"

16/11/2023
7.53 malam
















𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now