BAB 36

2.8K 87 0
                                    

FERHAD yang melihat mamanya melaung kuat nama isterinya apabila mamanya menghampiri tubuh yang sedang mengiring di atas sofa ituterus pelik. Kenapa?

"Mama kenapa? Kenapa mama jerit nama isteri Ferhad?" Laju Datin Elizabeth bergerak ke arahnya sebelum ditarik tubuhnya bangun dengan cepat.

"Isteri kamu Ferhad...Cepat!"

Dia terus menghampiri isterinya yang sedang mengiring itu sebelum tubuh kurus itu dialihkan ke arahnya sepenuhnya. Matanya membulat. Jantungnya berdegup kencang. Menggigil dia melihat keadaan isterinya ketika ini.

Wajah isterinya sudah pucat tidak berdarah. Separuh muka wanita itu sudah dipenuhi darah yang keluar daripada hidungnya. Bibir mungil itu pula sudah bertukar biru.

"Irania! Hei Irania bangun!" Jantungnya bagai mahu pecah apabila dia memeriksa nadi gadis itu. Nadinya tidak dijumpai. Apa yang lebih takutkan dia sekarang ini apabila dia tidak nampak dada itu berombak tenang seperti selalu.

"Mama! Mama panggil Tia mama. Kenapa Irania tiba-tiba jadi macam ni? Ferhad tak jumpa nadi dia ma...Cepat!"

Perlahan saja dia mengangkat tubuh ringan itu dan diletakkan ke atas katilnya. Dia menggenggam erat jemari runcing itu. Jelas terasa suhu tangan itu yang sangat sejuk.

"Irania...Kau kenapa ni? Aku minta maaf kalau kau sedih dengan tindakan aku,tapi aku mohon jangan tinggalkan aku. Aku taknak. Aku tak sanggup hilang kau..." Bertalu-talu ciuman dihadiahkan ke atas tangan sejuk itu. Setitik demi setitik air matanya tumpah.

KTAK!

Pintu bilik wad itu dibuka kasar. Kelibat doktor Tia yang sedang berlari ke arah isterinya itu dilihat. Jelas betapa risau wajah itu terhadap Faura.

"Cik Puan! Ya Allah...Macam mana boleh jadi macam ni?" Geleng saja Ferhad dan Datin Elizabeth balas.

Tangan doktor Tia naik membuka sikit mata Faura lalu steteskop ditekapkan di atas jantung Faura namun hampa apabila dia tidak mendengar sebarang degupan di situ.

Doktor Tia terus bungkam. Dia menggelengkan kepala berkali kali sambil air matanya laju menitis. Dia melaung seorang nurse dengan kuat.

"Nurse! Ambilkan saya Defibrillator sekarang!" Laju nurse itu angguk dan bergegas keluar.

"Faura kenapa Tia? Kenapa dia jadi macam ni?" Belum sempat doktor Tia membalas nurse itu sudah kembali bersama dua orang lagi nurse lain sambil membawa defibrillator.

"Datin dengan Tuan sila keluar dulu. Cepat! Saya merayu....Saya nak Cik Puan selamat." Dengan langkah terpaksa Ferhad ditarik keluar oleh Datin Elizabeth. Meronta-ronta Ferhad apabila Datin Elizabeth menariknya keluar.

"Irania!"

"Eirsyaq sabar! Tia tahu apa yang dia buat! Ferhad nak isteri Ferhad selamat kan? Jadi Ferhad kena sabar sayang..."

Menitis air matanya melihat anaknya yang bagai tidak tentu arah. Kusut sekali anaknya tika ini. Dia amat risau sekarang ni.

Sangat risau.

"Za!" Datin Elizabeth melihat ke arah belakang apabila namanya dijerit kuat.

"Faura kenapa? Apa yang jadi? Ferhad?" Geleng saja Ferhad balas kepada soalan Puan Sri Ellina. Dia tidak mampu menjawab soalan neneknya. Fikirannya sangat buntu.

Datuk Fayyadh meluru ke arah anaknya sebelum baju hospital yang dipakai Ferhad dicengkam erat sehingga terangkat sikit kaki Ferhad.

"Abang!"

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ