BAB 4

5.8K 198 0
                                    

SEMUA manusia di dalam bilik mesyuarat tersebut bertindak bangun apabila kelibat Faura melangkah masuk dan terus duduk apabila dibenarkan oleh Faura.

"Assalamualaikum and good morning semua. Saya harap kita dapat terus berkerjasama hingga masa yang akan datang." ucap Faura dengan riak yang dingin setelah duduk.

Ferhad pula hanya memerhati sosok pemilik IREX GROUP yang baharu ini,kerana ini adalah kali pertama Ferhad berjumpanya berhadapan.

Sebelum ini tugas untuk mendapatkan barang untuk kilang adalah kerja Zayn, namun Zayn tidak dapat hadirkan diri kerana demam jadi dialah yang perlu hadir ke sesi persetujuan pengambilan barang tersebut.

"Cantik tapi sayang sombong." ujar Ferhad di dalam hati. Sesungguhnya Ferhad tidak menafikan kecantikan gadis tersebut ,kerana kecantikannya yang lain daripada orang lain terutama sekali mata hazel gadis tersebut.

Cantik sekali apabila terkena sinaran matahari.

"Jadi encik Ferhad setuju dengan syarat ini?" Suara PA kepada Faura iaitu Melissa menyentakkan lamunan Ferhad .

"Ya. Saya setuju." jawab Ferhad tenang sebelum memandang sekilas ke arah Faura, tanpa dia sedar Faura juga turut melirik ke arahnya sekilas.

"Baiklah itu sahaja untuk hari ini, harap kita dapat terus berkerjasama ya encik Ferhad?" Ucap Faura sebelum berdiri dan meminta diri untuk keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

"Wait!" Suara seorang lelaki menghentikan langkah Faura sebelum dia berpaling ke belakang untuk melihat siapa sosok lelaki tersebut.

"Sebabkan ini adakah kali pertama saya jumpa cik,jadi boleh saya tahu nama cik?" Tanya Ferhad kepada Faura. Faura hanya melihat wajah Ferhad dengan pandangan kosong sebelum.

"Faura Irania." ucap Faura sepatah sebelum berpaling semula ke hadapan dan memasuki pejabatnya.

Ferhad pula sedang terpinga-pinga apabila mendengar jawapan gadis tersebut sebelum bergumam perlahan.

"Faura Irania huh? Such a nice name."

"ASSALAMUALAIKUM" ujar Faura menyapa sosok yang berada di hadapannya. Kelihatan sosok tersebut sedang bermain telefon bimbit sebelum mengalihkan pandangan ke arah Faura.

"Waalaikumussalam. Oh ingat nak suruh aku tunggu sampai subuh tadi" sosok tersebut memerli Faura dan dibalas dengan tatapan tanpa riak Faura seperti tidak terkesan langsung dengan perlian tersebut.

"Kenapa? Kau tahu tak sabar tu separuh daripada iman wahai inspektor Ariqa?" Terus inspektor Ariqa menjeling Faura meluat sebelum bertindak mengambil satu fail yang terdapat di sebelahnya, kemudian terus diserahkan kepada Faura.

Faura tanpa banyak bunyi terus sahaja mengambil fail tersebut dan diselak setiap helaian kertas tersebut dengan fokus dan teliti. Susana antara mereka berdua hening seketika.

"Kau masih nak teruskan kes ni? Kau tak penat ke Faura?" Suara inspektor Ariqa memecahkan hening di antara mereka berdua. Faura terus menutup fail tersebut sebelum membalas.

"Selagi aku tak jumpa sebab kenapa mereka buat keluarga aku macam tu, selagi itulah aku akan buka kes ni sampai semuanya selesai biarpun nyawa aku jadi taruhan." kata Faura dengan nada yang tegang dan menahan diri.

Inspektor Ariqa terus saja melepaskan keluhan.

"It's been 2 years Faura and we got nothing. " ujar inspektor Ariqa bagi menyedarkan Faura dan dibalas dengan panahan tajam mata Faura.

"Kalau kau nak keluar daripada kes ni, silakan aku tak halang sebab aku pun boleh lakukan semua ni sendiri." Faura berkata dalam nada amarah sebelum bertindak bangun daripada kerusi tersebut dan meninggalkan inspektor Ariqa sendirian.

"Aku bukan nak tarik diri Faura aku cuma kesiankan kau,aku tak nak kau kecewa akhirnya bila kita tak dapat jumpa siapa yang buat semua ni dekat keluarga kau" inspektor Ariqa berkata perlahan apabila melihat kelibat Faura sudah keluar meninggalkan kedai tersebut.

FAURA sedang berpeluk tubuh di balkoni bilik sambil dia merenung bulan yang indah itu sebelum satu memori menerjah ingatannya

"nanti kalau Faura rindu ibu ,Faura tengoklah bulan tu tau,sebab bulan tu melambangkan kerinduan dan boleh mengubat rindu setiap orang bila melihat bulan yang tenang lagi cerah, perasaan rindu kita terhadap seseorang itu dapat terubat tau!"

Memori Faura bersama arwah ibunya Puan Sri Fatimah membuatkan dia tersenyum manis.

Alangkah bagusnya melepaskan rindu dengan hanya melihat bulan semudah itu,pasti setiap saat dia akan menunggu di sini bagi melepaskan rindu yang tak terkira hitung nya.

Tetapi dia tidak kuat,bukan makin terlepas rindunya tetapi makin menggunung rindunya terhadap Puan Sri Fatimah.

"Ibu, Walid dengan Firash tengah buat apa tu? Mesti tenang dan aman saja dekat sana kan? Sampai hati kau orang semua tinggalkan kakak sorang-sorang dekat sini kan?" Faura berkata sambil tersenyum pahit. Perit sangat nak terima kenyataan bahawa mereka sudah tiada.

Perit sangat.

Kejamnya takdirmu pada hambamu ini ya Allah. Faura mendongak ke atas bagi menghalang air matanya menitis.

Seketika Faura berpaling ke arah katil apabila telefon bimbit nya berbunyi tanda panggilan seseorang sedang masuk.

Melihat saja nama panggilan tersebut terus sahaja Faura mengangkat.

"Hello Tok Ma. Ada apa telefon Faura malam-malam ni?" Faura bertanya sebelum disahut baik oleh Puan Sri Ellina .

"Esok malam kamu free tak? Tok Ma nak ajak kamu makan malam dekat rumah mama dan papa Ferhad boleh kan?" Puan Sri Ellina bertanya dengan penuh suara berharap. Kemudian Faura senyap seketika sebelum.

"Insyaallah malam esok kalau kerja Faura tak banyak sangat Faura pergi ya" jawapan Faura membuatkan Puan Sri Ellina tersenyum senang.

"Kamu ok ja kan kalau ada Ferhad?" Tanya Puan Sri Ellina menginginkan kepastian.

"Selagi dia tak buat apa-apa dekat Faura, Faura ok ja." balas Faura tenang.

"Ok lah kalau macam tu Tok Ma letak dulu ya. Jangan lupa tau malam esok ,bye assalamualaikum." ucap Puan Sri Ellina sebelum menutup talian dan dibalas kembali dengan salam Faura.

"So, we will meet again huh encik Ferhad Eirsyaq? But now as my future husband." ujar Faura tenang sebelum melelapkan mata.

"KALAU dia takde tak boleh ke Tok Ma? Ferhad seganlah." balas Ferhad serabut. Kenapa nak kena ajak cucu angkat dia sekali pulak?!

"Ah! Takde takde Tok Ma dah ajak dia tau! Kamu jangan memandai nak segan bagai!" Ujar Puan Sri Ellina penuh kegeraman. Dia tak tahu ke orang tengah nak bagi peneman seumur hidup dekat dia ni!

"Okay, fine! Ferhad datang makan malam esok, tapi kalau dia buat apa-apa dekat Ferhad siap Tok Ma!" Kening Puan Sri Ellina berkerut. Haih jawapan pun sama ja dua-dua orang ni, nampak sangat dah jodoh.

Seketika Puan Sri Ellina tersenyum penuh makna. Misi mencantumkan dua hati bermula sekarang!

Muahahahah.

Done update, jangan lupa vote tau! Masehh semuanya

18/10/2023
4.28 petang

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now