BAB 51

3K 81 0
                                    

ZAYN diam merenung kubur Arzieq yang bersebelahan dengan kubur arwah Zayyan.

Tersentak dia apabila bahunya ditepuk seseorang. Dia menoleh ke arah belakang. Wajah Ferhad sedang tersenyum ke arahnya.

"Takziah. Kau sabar ya? Aku tahu kau kuat. Arzieq dah gembira, sebab dia dah dapat jumpa papa dia. Jadi kau pun perlu gembira untuk mereka berdua, bukan meratap macam ni. I know my bro is the strongest person ever..."

Nipis senyuman Zayn mendengar kata-kata Ferhad.

Ya. Ferhad betul. Arzieq mesti dah bahagia di samping ayahnya. Insyaallah.

"Takziah Zayn." Ujar inspektor Ariqa yang berada di samping Faura.

Zayn mendongak melihat Inspektor Ariqa dan angguk tanpa senyuman. Dingin. Dia kembali memandang Ferhad di sebelahnya.

Kekok terus inspektor Ariqa apabila dia melihat balasan Zayn terhadapnya. Beria sangat ke? Ah lantaklah! Aku dah cakap takziah pun dah cukup baik!

Malunya!

"Aku balik dulu la Faura. Esok kita jumpa lain ok?" Ujarnya tiba-tiba. Sekali sekala dia melihat Zayn yang sedang khusyuk bersembang dengan Ferhad.

Aku dah nak balik ni, dia tak nak tengok aku ke?

Tak terlalu awal ke kalau dia kata dia dah jatuh cinta dekat Zayn? Dia dah lama jatuh suka pada Zayn sejak hari nikah Faura lagi. Tapi dia terpaksa balik awal sebab ada urusan hari itu. Kalau tidak dah lama dia pergi acah-acah sembang dengan Zayn.

Melepas dia nak mengorat.

Faura hanya angguk dan memeluk tubuh inspektor Ariqa sekejap. Inspektor Ariqa berlalu ke arah Datin Fayyina dan dikucup tangan kedut itu.

"Saya balik dulu ya Datin? Saya ada kerja nak kena buat ni."

Senyum saja Datin Fayyina sebelum dia mengelus sisi wajah inspektor Ariqa penuh kasih.

Cantik.

"Terima kasih ya datang? Balik elok elok Riqa..." lembut Datin Fayyina balas. Dia membalas lambaian inspektor Ariqa.

Terus inspektor Ariqa berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Sumpah dia dah tak nak ingat pasal hari ni. Dia faham Zayn sedih. Tak apa...

Tanpa inspektor Ariqa tahu, setiap gerak geri nya sejak tadi diperhati lama oleh Zayn sehingga dia pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Perlahan nafasnya dihela. Dia tahu inspektor Ariqa terasa hati. Salahnya juga kerana terlalu melayan perasaan sedih ini.

Dia memandang kubur arwah Arzieq.

"I'm sorry..."

"IRANIA?" Ferhad melihat isterinya yang diam sejak pulang dari majlis pengebumian arwah Arzieq.

Faura sedang berada di balkoni bilik. Dia hanya diam mengamati bulan yang mengambang pada malam ini.

Ferhad tahu mengapa isterinya melihat ke arah bulan. Faura rindu akan ibunya. Terus dia melangkah ke arah isterinya. Dipeluk erat tubuh kecil itu dari belakang. Dagunya direhatkan di atas bahu isterinya.

Terkejut sikit tubuh itu apabila menerima pelukan secara tiba-tiba. Senyum saja dia apabila dia menghidu bauan kesukaannya. Bau suaminya.

"Irania..."

Deheman saja Faura balas akan seruan meleret suaminya.

"Awak rindu ibu ke? Dari tadi awak tenung bulan tu."

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz