BAB 40

2.9K 80 1
                                    

"WOI FERHAD!" Jerit Zayn kasar setelah memasuki pejabat Ferhad dengan pintu dihempas kuat.

Dia mengambil bantal di atas sofa dan dibaling kuat ke arah muka tampan Zayn.

"Senyap lah sial! Bini aku tengah tidur!" Ferhad berbisik dengan nada suara keras.

Terkejut Zayn dibuatnya.

Manalah aku tahu...

Zayn melihat Faura yang sedang tidur beralaskan paha Ferhad di atas sofa sambil tangan Ferhad tidak henti-henti menepuk perlahan lengan si isteri yang merengek sedikit mungkin disebabkan bunyi pintu tadi.

Sakit mata Zayn melihat kemesraan suami isteri depan dia ni. Tahulah dia single,tapi janganlah seksa dia macam ni! Depan-depan dia pula tu!

Ya Allah. Nak jodoh...

Dia melabuhkan punggung di sebuah sofa berhadapan dengan Ferhad.

"Ha. Kau nak apa? Dahla tak reti ketuk pintu. Main terjah je kau tahu kan? Aku bagitahu Maksu perangai kau macam mana baru kau tahu...."

Zayn memutarkan bola mata ke atas. Sikit-sikit ugut nak bagitahu bonda dia. Dah macam takde modal lain dah nak diugut.

Menyampah aku.

Lantas satu fail yang dibawa bersama diletakkan di atas meja lalu ditolak ke arah Ferhad.

"Apa yang aku dapat daripada pihak hospital, diorang kata diorang dah check semuanya semasa diorang rawat kau. Takde pulak tanda-tanda yang wayar topeng oksigen kau putus. Lagi satu pasal budak tu. Pihak hospital kata diorang tak pernah tengok muka budak tu dekat bahagian pesakit kanak-kanak. Aku rasa semua ni dah dirancang dan bermotif la..."

Termenung kejap Ferhad mendengar ujaran panjang lebar Zayn. Siapa yang nak rancang semua ni? Lepastu kenapa?

Seketika dia melihat wajah lena isterinya dan terus teringat akan keluarga mertuanya.

Takkanlah...

"Kau ada syak siapa-siapa tak?" Geleng Ferhad membalas.

Zayn pula sudah pelik.

"Takkan sikit pun takde?" Terus jelingan diberikan oleh Ferhad. Aku dah kata takde tu,takde lah!

"Tadi aku ada jumpa Ariqa. Inspektor Ariqa. Lepastu sekarang ni aku tengah rasa berdosa dengan isteri aku." Dia meraup wajah penuh kesal. Zayn pula sudah naik hairan.

"Apa pasal pulak kau rasa berdosa dengan Faura? Kau buat apa? Kau curang dengan Inspektor tu ke? Lagi satu inspektor Ariqa tu siapa?" Zayn bertanya panjang lebar.

Ariqa.

Cantik jugak nama.

Mendengus geram Ferhad mendengar andaian Zayn.

"Kepala hotak kau curang! Inspektor Ariqa tu polis yang siasat tentang kes arwah mertua akulah. Aku pergi jumpa dia sebab nak tahu tentang perkembangan kes tu." Zayn mengangguk faham.

"Oh...Sebab ni lah kau rasa berdosa? Takpalah,tu masalah kau bukan masalah aku. Ha si inspektor tu bagitahu apa je dekat kau pasal kes mertua kau tu?"

Ferhad mengeluh panjang.

"Kau ingat kan bulan lepas aku pergi Sepanyol 4 hari tu?" Zayn angguk sekilas.

"Aku balik je hari tu aku dapat tahu dia demam. Bila aku tanya macam mana boleh demam dia kata sebab rindu. Aku percayalah. Lepastu kau nak tahu tak sebab sebenar dia kenapa?" Berkerut dahi Zayn. Apa pasal je tak sambung terus. Ada episod seterusnya ke apa ni.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now