BAB 13

4.6K 133 6
                                    

"HENSEMNYA sayang saya ni..." Puji Faura ke arah suaminya yang sedang membetulkan bow tie di lehernya.

Hari ini majlis bersanding mereka pula akan diadakan di hotel mewah yang disewa oleh Puan Sri Ellina. Mereka juga akan bermalam di sini pada hari ini setelah majlis selesai.

Ferhad hanya tersenyum manis mendengar pujian isterinya itu. Ferhad pula berjalan ke arah Faura sebelum mencium sekilas pipi isterinya dan mengelusnya lembut.

"My Irania pun apa kurangnya? Aku macam taknak bagi kau keluar je tau, sebab cantik sangat..." Terus Faura tertawa halus mendengar ujaran suaminya itu.

Tangan Ferhad yang sedang mengusap pipinya itu terus sahaja digenggam oleh Faura.

"Terima kasih.."

Ucap Faura tiba-tiba.

"For what my Irania?"

Kening Ferhad terus berkerut mendengar jawapan tiba-tiba isterinya itu.

"Terima kasih sebab sudi angkat saya sebagai isteri sayang. Walaupun saya tak tahu awak ikhlas atau tak terima saya, tapi saya percaya jika kita berdua ditakdirkan bersama,kita berdua berlari sampai hujung dunia pun kita masih akan terikat kan? Jadi saya solat istikharah,dan ya saya yakin awaklah jodoh dunia akhirat saya sayang.." ujar Faura panjang lebar sambil memanah dalam anak mata amber itu.

Ferhad pula sudah terkelu di situ. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Tapi jujur dia katakan Tok Ma dan mama tak pernah paksa dia terima Faura, dia yang menyetujui perjodohan ini dengan rela hati.

"Aku ikhlas terima kau Irania. Ya aku jugak buat solat istikharah dan sebab itu aku setuju dengan perjodohan ni. Because I know that you are my destiny Irania. My forever destiny..." Balas Ferhad penuh keikhlasan.

Ferhad membalas tatapan mata hazel itu lembut sebelum dia menjatuhkan dahinya ke atas dahi Faura.

Jantung Faura pula sudah memainkan rentak yang laju. Kerana ini adalah kali pertama mereka berada dalam keadaan dekat seperti ini.

Ferhad memerhati seluruh wajah isterinya penuh sayang. Sebelum bebola matanya berhenti di atas seulas bibir yang merah bak delima itu.

Seketika Ferhad mencari kembali anak mata hazel itu sebelum bertanya perlahan seakan berbisik.

"Can I?"

Faura yang faham akan soalan Ferhad itu terus tersenyum nipis tanda membenarkan Ferhad menyentuhnya.

Mendapat sahaja balasan positif daripada Faura terus sahaja Ferhad perlahan-lahan mengiringkan kepalanya sebelum membenamkan bibirnya ke atas belahan bibir isterinya.

Faura terus memejamkan matanya lalu mengalungkan tangannya ke leher Ferhad. Ferhad pula makin mencengkam erat pinggang isterinya. Terus dia menjamah bibir merah itu tanpa henti-henti. Muka Faura juga telah berubah merah akibat sentuhan Ferhad itu.

Sedang mereka berdua leka dalam dunia sendiri.

TOK!
TOK!

"Faura? Ferhad? Siap dahke? Majlis dah nak mula dahni. Sudah-sudahlah bermanja tu...." Ujar Datin Elizabeth di hadapan suite hotel yang menempatkan anak dan menantunya itu.

Lama betul bersiap. Ke buat benda lain?

Terus terlepas ciuman mereka berdua akibat ketukan kasar di pintu suite oleh Datin Elizabeth.

Mereka berdua bagai baru tersedar ke alam nyata terus sahaja kedua-dua mereka menjarakkan wajah mereka.

"S-sorry. Aku terlepas.." ucap Ferhad dengan nada tergagap-gagap.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now