BAB 44

2.5K 76 1
                                    

"AWAK cari apa?" Tanya Ferhad hairan apabila isterinya sedari tadi melihat sekeliling pejabatnya.

Kepala Faura kembali beralih ke arah suaminya.

"Zayn mana? Saya tak nampak pun?" Muram sedikit muka Ferhad mendengar soalan Faura.

Dia cemburu tau!

"Kenapa awak cari dia? Sayang kan dah ada depan mata awak ni. Takkan tak cukup?" Tangan kecil itu naik menampar geram dada suaminya. Mengaduh sakit Ferhad menerima tamparan Faura.

Apa punya soalan la...

"Sayang jealous kan?" Diangkat keningnya berkali-kali bersama senyuman senget. Ferhad hanya diam dan memandang tempat lain.

"Yes I am. Puas hati?" Tersengih lucu dia mendengar jawapan suaminya.

How cute my husband is?

Terus Ferhad berdehem seketika.

"Ekhemm! Ha awak tanya tadi kan Zayn pergi mana? Zayn pergi ziarah kubur arwah abang dia." Berkerut kening cantik Faura.

Abang?

"Zayn ada abang ke? Kenapa saya tak tahu? Sampai hati sayang tak bagitahu saya kan?" Mimik muka sedih ditayangkan kepada Ferhad.

Kalut Ferhad melihat wajah sedih isterinya.

"Macam mana sayang nak bagitahu dah awak tak tanya?" Terus Faura sedar.

Betul jugak eh?

Tersengih tidak bersalah dia ke arah suaminya. Dijeling manja wajah cantik berseri isterinya.

"Ha ah, Zayn ada abang nama Zayyan. Dah tiga tahun dia meninggal sebab barah otak. Itulah satu-satunya adik-beradik yang Zayn ada..." Berfikir kejap Faura mendengar nama yang agak kedengaran tidak asing di telinganya.

Zayyan?

"Sayang ada gambar arwah tak? Saya nak tengok boleh?" Sekilas Ferhad angguk dan mengambil telefonnya.

"Boleh."

Telefonnya dialihkan ke arah Faura. Membulat sikit mata Faura melihat gambar lelaki yang bernama Zayyan itu.

Inikan...

Bingung Ferhad melihat riak wajah terkejut isterinya. Kenapa?

"What if I say that I have seen Zayyan before? I mean we both know each other..." Giliran Ferhad pulak terkejut dengan kenyataan isterinya. Biar betul?

"You did? But how?"

Pelik dia. Macam mana Faura boleh kenal arwah Zayyan? Jangan cakap Faura pernah bercinta dengan arwah sudahlah.

"Saya satu kolej dengan arwah lah. Cuma bidang je lain-lain. Dia medic saya business..." Lega Ferhad mendengarnya. Dia pun tak tahu kenapa dia overthinking lebih-lebih ni.

"Tapi ada lagi satu sebab kenapa saya kenal dia sangat-sangat,yang membuatkan saya ingat dia sampai hari ni." Berdetak laju jantung Ferhad mendengar kata-kata Faura.

Ah sudah.

Jangan kata apa yang dia overthinking tadi betul-betul pernah terjadi?

"Sebab apa tu?" Tersenyum jahat Faura melihat wajah gusar suaminya. Bukannya dia tak perasan. Tengok muka pun tahu yang sekarang ni Ferhad tengah fikir bukan-bukan.

Haihlah suami..

"Macam mana kalau saya kata dia pernah confess dekat saya yang dia suka saya dan ajak saya bercinta?" Bagai mahu tanggal rahangnya apabila mendengar jawapan Faura.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now