BAB 11

4.2K 144 15
                                    

"DAH siap Cik Muda..." Jurusolek itu berkata kepada Faura.

Faura lantas melihat pantulan dirinya di cermin. Dia sudah lengkap berbusana pengantin berwarna putih yang dipilih pada bulan lepas dan disolekkan dengan solekan tipis yang sudah cukup memancarkan kejelitaannya.

Tangannya dilukis dengan inai serba merah yang menaikkan lagi seri tangannya yang sudah sedia cerah itu.

Hari ini dan sebentar lagi dia bakal bergelar isteri kepada Ferhad Eirsyaq. Juga bakal menjadi sepenuhnya tanggungjawab dan milik Ferhad.

TOK!
TOK!

Bunyi pintu diketuk menyentakkan Faura.

Terus sahaja Faura berpaling ke arah bunyi ketukan tersebut dan dia dijamah dengan wajah bakal ibu dan nenek mertuanya.

"Masyaallah! Cantiknya menantu mama ni!" Suara teruja Datin Elizabeth mengundang senyuman kecil Faura.

"Mana ada biasa jelah mama ni..."

Faura menidakkan kata-kata bakal ibu mertuanya itu.

"Kalau dah selamanya cantik. Cantik jelah jawabya..." Suara Puan Sri Ellina pula menambahkan lagi kata-kata pujian ke arah Faura dan mengundang tawa halus Faura.

"Ok lah. Tok Ma mana pernah salah kan?" Ujar Faura bersama bibirnya tersenyum manis ke arah kedua-dua wanita yang paling berharga buat Ferhad.

Adakah dia juga akan menjadi yang berharga bagi Ferhad? Insyaallah.

"HA! Itu dah turun pun pengantin perempuan kita ni..." Suara kuat seseorang kedengaran apabila melihat sosok Faura yang sudah mula menuruni tangga.

Ferhad yang mendengar kata-kata orang tersebut terus sahaja memalingkan kepalanya ke arah yang disebutkan itu sebelum mata Ferhad terus terpaku.

Seluruh tubuhnya mengeras apabila melihat sosok tersebut. Faura sudah selamat berada di atas pelamin pun dia belum memalingkan wajahnya walau namanya sudah diseru beberapa kali tapi tetap saja dia tidak dengar.

Haih la kau ni Ferhad. Sekejap lagi dah sah kau tenung la puas-puas! Ini lafaz akad pun belum lagi!

Zayn terus bertindak menyenggol kasar lengan Ferhad apabila tiada tanda-tanda sepupunya itu ingin memalingkan matanya daripada bakal isterinya itu.

Tak menyabar betul lah!

Ferhad terus mencerlung Zayn tajam.

"Boleh kita mula? Khusyuk betul tenung bakal isteri dia tu..." Suara tok kadi tersebut bertanya sambil mengusik Ferhad.

Semua tetamu ketawa mendengar usikan tok kadi tersebut. Datuk Fayyadh hanya menggelengkan sahaja kepalanya melihat tingkah tidak semengah anak lelakinya itu.

Ferhad pula sudah menggaru belakang tengkuknya sebelum tersenyum kekok.

Faura terus menutup mulutnya dengan tangannya bagi mengelakkan mengeluarkan sebarang bunyi tawa. Walaupun mukanya sudah membahang teruk sangat sekarang ni.

Jantung pun tak bagi kerjasama! Macam nak terkeluar terus dari badan ni!

"Kita mulakan ya?" Tanya tok kadi tersebut bagi kepastian. Dibalas dengan anggukan oleh Ferhad.

Tangan Ferhad dan tok kadi itu mula bertaut.

"Ferhad Eirsyaq bin Datuk Fayyadh..."

"Ya saya..."

"Aku nikahkan dikau dengan Faura Irania binti Tan Sri Irman dengan mas kahwinnya sebanyak RM 100 000 ringgit tunai..."

"Aku terima nikahnya Faura Irania binti Tan Sri Irman dengan mas kahwinnya sebanyak RM 100 000 ringgit tunai...."

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora