BAB 16

3.9K 116 0
                                    

DOKTOR Tia mencucuk jarum di atas belakang tangan Faura.

Sekarang Faura sedang berada di rumah agam milik keluarganya untuk rawatan bulanannya. Patutlah dia berasa lemah sejak pagi tadi, rupanya hari ni merupakan hari untuk dia menerima rawatan.

Doktor Tia lah yang menelefon mengingatkan Faura apabila Faura dalam perjalanan ke syarikat. Terus sahaja Faura ke sini bagi menerima rawatan. Dia sudah memaklumkan Melissa bahawa dia tidak dapat masuk ke pejabat hari ini kerana tidak sihat.

"Kenapa pucat sangat muka Cik Puan hari ini?" Doktor Tia bertanya risau. Sebelum ni memang majikannya akan berwajah pucat tapi kali ni pucatnya kelihatan lebih teruk dari biasanya.

"I had a dream about my family last night...and saya tak makan sebab takde selera. Semua makanan nampak tak menarik di mata saya." Balas Faura sambil mengurut perlahan dahinya. Pening itu masih tersisa rasanya walaupun tidak banyak.

Baru doktor Tia faham mengapa wajah majikannya itu sangat pucat. Dia pasti terlalu memikirkan soal keluarganya itu sampai dia tertekan. Doktor Tia amat bersimpati dengan nasib yang diterima Faura.

"Cik Puan ke sini Tuan Ferhad tahu ke tak?" Soal doktor Tia berhati-hati. Terus Faura mencelikkan matanya apabila mendengar soalan Tia itu.

"Jangan bagitahu dia kata saya ada kat sini..please Tia. Dia tak tahu lagi tentang saya sakit.." Rayu Faura kepada doktor peribadi itu.

Berkerut kening doktor Tia mendengar rayuan Faura itu.

"Jadi Cik Puan tak bagitahu lagi tentang Cik Puan sakit dekat Tuan?"

Terus Faura mengiakan soalan doktor Tia itu. Doktor muda itu terus menghela nafasnya sebelum dia teringat akan perihal sesuatu.

"Maksudnya Cik Puan pun belum cerita lagi lah dekat Tuan tentang tragedi tu?" Tanya doktor Tia perlahan.

Faura terus terdiam. Lama.

"Saya tak sedia lagi nak cerita dekat dia. Tapi kalau dia sendiri nak tahu, insyaallah saya akan cuba kuatkan diri dan ceritakan segalanya dekat dia.." Balas Faura tenang.

Mata Faura kian layu akibat daripada kesan ubat itu. Doktor Tia yang perasan akan hal itu terus menyelimuti majikannya itu.

"Tidurlah Cik Puan. Saya tahu Cik Puan penat dengan semua ni. Cik Puan kuatkan diri ya? Saya sentiasa ada untuk Cik Puan."

Suara doktor Tia kedengaran sayup-sayup di telinganya sebelum matanya terkatup rapat.

FERHAD sedang merenung telefon bimbit nya bagai hendak tembus. Sikit pun dia tidak fokus akan pekerjaannya pada hari ini.

Dia risau akan Faura yang tidak mengangkat panggilannya dan juga tidak membalas mesej yang dia hantar.

Hati Ferhad sudah dilanda rasa tidak enak apabila teringat akan wajah isterinya yang pucat lesi pada pagi tadi. Janganlah apa-apa terjadinya padanya ya Allah.

Zayn yang sedang memerhati tingkah pelik Ferhad itu terus bertanya.

"Kau ni apa pasal? Dari tadi kau tengok telefon tu macam nak tembus. Ke kau ada masalah dengan bini kau?"

Ferhad terus menggelengkan kepalanya menidakkan jawapan Zayn itu.

"Dia tak sihat dari pagi tadi. Aku tak bagi dia pergi kerja,tapi dia nak pergi jugak...sekarang ni aku telefon dengan mesej satu pun tak terbalas. Mana tak risau nya aku. Buat nya dia pengsan dekat mana-mana ke?" Ferhad membalas dalam nada gelisah.

"Sekarang ni dah waktu lunch. Dah kalau kau risau sangat pergilah jenguk dia dekat syarikat dia. Kalau dia ok kau datang la sini balik habis lunch." Zayn berkata. Risau betul ya dekat bini tu.

Ada betul jugak kata si Zayn ni kan. Ferhad terus bangun dan ingin bergerak ke IREX GROUP.

Dia berpaling seketika ke arah Zayn sebelum berkata.

"Thanks sebab jadi berguna untuk aku for the first time." Gurau Ferhad sebelum meninggalkan Zayn yang terkebil-kebil di situ.

Cis! Tak guna punya sepupu. Untunglah ada bini, aku ni awek pun takde hmm.

"FAURA ada?" Tanya Ferhad kepada Melissa sebaik sahaja dia berdiri di hadapan meja itu.

Melissa pula sudah pelik di situ. Takkan Ferhad tak tahu kata Faura tak datang hari ni?

"Cik Puan bukan sakit ke Tuan? Dia mesej saya dia tak boleh datang hari ni sebab dia sakit. Takkan Tuan tak tahu?" Balas Melissa.

Ferhad pula sudah tidak senang duduk mendengar jawapan Melissa. Ya Allah Irania kau pergi mana ni?

"Dia memang tak datang langsung ke sini hari ni?" Tanya Ferhad dengan nada gelisah.

Terus sahaja Melissa menggeleng. Ferhad pula sudah laju keluar daripada bangunan itu dan masuk ke dalam keretanya.

Ferhad menyandarkan tubuhnya ke seat kereta dan menghela nafas perlahan.

"Kau pergi mana ni my Irania? Kau dahla tengah tak sihat. Janganlah buat aku macam ni...aku janji aku tak merajuk dah..." Pinta Ferhad sambil meletakkan kepalanya di atas stereng kereta nya.

Setelah lama berdiam diri baru Ferhad sedar akan satu hal. Dia telah memasangkan tracker di telefon milik isterinya.

Laju sahaja Ferhad membuka tracker itu dan mencari lokasi Faura. Mata Ferhad terhenti ke arah alamat dimana isterinya berada.

Faura sedang berada di rumah agam milik keluarganya. Apa yang Faura lakukan di sana?

Tanya banyak kata terus sahaja kereta itu laju meninggalkan kawasan syarikat itu dan bergerak ke arah rumah agam milik arwah mertuanya.

FERHAD terus memberhentikan keretanya dan melangkah laju ke arah rumah agam itu sebelum dia melihat sekilas kereta Range Rover Evoque milik Faura yang terletak di tempat letak kereta rumah itu.

Ferhad lantas membuka pintu rumah itu apabila ianya tidak berkunci. Apalah yang isterinya itu buat sampai lupa kunci pintu rumah. Bahaya lah!

Masuk sahaja ke dalam rumah Ferhad dikejutkan dengan kelibat seseorang yang sedang duduk di ruang tamu rumah itu.

"Tia? Tia right? Kau buat apa kat sini? Mana isteri aku?" Ferhad bertanya ke arah doktor muda itu.

"Tuan? Macam mana Tuan tahu Cik Puan dekat sini?" Mampus dia kejap lagi dengan Faura. Dia dan janji takkan bagitahu dekat Ferhad,tapi entah macam mana Ferhad tahu Faura ada dekat sini.

"Aku ada pasang tracker dalam telefon dia, sebab tu aku boleh tahu dia ada dekat sini. Now.. mana isteri aku? Kenapa kau tak jawab tadi aku tanya?" Ferhad bertanya. Geram betul aku tanya lain jawab lain! Dahlah dia separuh mati risaukan keselamatan Faura.

"Hmm Cik Puan... Macam mana saya nak bagitahu ya? Takpalah Tuan ikut saya dulu." Doktor Tia berkata sambil menyuruh Ferhad mengikut langkahnya.

Ferhad pula terus mengikuti langkah doktor muda itu dan mereka berhenti di depan satu bilik dan doktor Tia berkata.

"Cik Puan ada dalam ni. Kalau Tuan nak tahu selanjutnya insyaallah saya boleh beritahu." Ujar doktor Tia kepada Ferhad.

Ferhad pula sudah memandang wajah doktor itu kebingungan. Tanpa banyak bicara Ferhad terus memulas tombol pintu itu.

Langkah Ferhad terus terhenti dan terpaku di situ. Laju sahaja Ferhad berpaling ke arah doktor Tia bagi mendapatkan kepastian. Doktor Tia hanya tersenyum tawar.

Katakan kepada dia bahawa apa yang dia sedang tengok ni adalah gurauan. Isterinya sakit teruk dan dia tidak tahu? Suami jenis apa dia ni?

Ferhad terus memandang tajam kepada doktor muda itu.

"Explain to me now."

28/10/2023
11.46 malam



𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now