BAB 31

2.5K 76 1
                                    

LONGLAI saja langkah Faura memasuki biliknya dan Ferhad. Kali ini biliknya terasa kosong dan tak bermakna.

Selalunya ada susuk tubuh suaminya yang menyapa kornea matanya. Senyuman manis selalu dihadiahkan dari suaminya untuknya. Tapi sekarang dia tidak dapat senyuman itu lagi.

Entah bila pula dia dapat melihat senyuman manis itu.

Perlahan saja dia melangkah ke almari pakaian milik suaminya dan dia mencapai kemeja hitam milik Ferhad.

Dia memeluk erat baju kemeja itu sebelum tubuhnya meleret jatuh dan dia bersandar di tepi katil. Air matanya mengalir lagi.

Sudah kali keberapa air matanya mengalir pun dia dah tak tahu. Perasaan ini terlalu sakit.

Sakit sangat.

Kali terakhir dia menangis dengan teruk sebegini adalah sewaktu ahli keluarganya meninggal dunia. Tapi entah mengapa perasaan ini lebih sakit daripada sebelumnya.

"I miss you already sayang."

Habis basah baju kemeja itu dengan air matanya. Dia tidak kuat. Dia rindu Ferhad.Dia rindu suami dia.

Dia rindu senyuman manis itu.

Dia rindu tawa indah itu.

Dia rindu usikan lelaki itu.

Dia rindu sentuhan suaminya.

Dia rindu segala-galanya tentang Ferhad. Baru sehari dia tidak dapat melihat semua itu,rasanya sudah bagai mahu gila Faura dibuatnya.

Matanya dipejam rapat sambil tangan masih utuh memegang kemaja milik suaminya. Dia perlu bertahan dan kuat demi Ferhad.

"I will find the culprit and make them pay for what they do to my husband! What they give they got back!"

Digenggam erat baju kemeja itu dengan amarah yang membara. Dia takkan biarkan apa yang terjadi kepada suaminya adalah sia-sia.

Dia takkan biarkan.

Never.

"ASSALAMUALAIKUM" Ucap Faura setelah dia membuka pintu wad milik suaminya.

"Waalaikumussalam." Salamnya disambut baik oleh ketiga-tiga manusia yang berada di situ.

Laju kakinya bergerak ke arah Ferhad. Dia memeriksa setiap inci tubuh dan wajah suaminya bagi memastikan dia baik-baik saja.

Mereka yang melihat perbuatan Faura itu hanya mampu tersenyum tawar. Betapa sayangnya Faura terhadap Ferhad.

Dia mencapai tangan kasar yang kaku itu dan dicium kejap sebelum bibir dia beralih pula ke dahi licin itu. Lama bibirnya berlabuh di situ sebelum dia memandang Datin Elizaberth.

"Ferhad ok je kan mama? Still takde apa-apa perkembangan? Tia kata apa?" Tersenyum sikit Datin Elizabeth mendengar soalan menantunya. Kelihatan jelas di matanya betapa risau Faura terhadap anaknya.

Ferhad tengok,kan mama dah kata anak mama tak bertepuk sebelah tangan. Kamu kena sembuh dan cepat bangun tau!

"Ferhad still macam ni dan alhamdulillah tiada apa sangat yang teruk cuma nadi dia masih lemah Tia cakap."

Faura hanya mampu tersenyum kelat mendengar jawapan ibu mertuanya. Dia memalingkan wajahnya ke arah suaminya yang sedang terlantar itu. Kelihatan dada bidang itu masih berombak tenang walaupun tidak seperti selalu.

"Sekarang mama,papa dengan Tok Ma baliklah. Biar Faura pulak jaga Ferhad. Dari semalam mama, papa dengan Tok Ma jaga dia. Biarlah Faura jaga dia pulak. Dia suami Faura jugak bukan orang lain."

"Faura tak pergi kerja ke? Macam mana dengan company? Janganlah susahkan diri. Kami semua ada untuk jaga Ferhad." Datuk Fayyadh menyoal risau. Dia takut Faura tidak cukup rehat nanti.

Tergeleng kepala Faura mendengar jawapan bapa mertuanya.

"Tak susah pun papa. Dia suami Faura. Sekarang ni dia segala-galanya bagi Faura. Setakat nak rugi sikit-sikit tu Faura tak kisahlah. Yang penting Faura dapat jaga dia sepenuh masa. Penuhkan masa yang telah lama Faura buang sia-sia dengan berada di sisi dia. Mulai sekarang Faura buat kerja dekat sini saja. Apa-apa meeting pun semua Faura selesaikan dekat sini. Kalau boleh selagi Ferhad tak sedar takkan ada satu saat pun Faura nak berpisah dengan dia. Faura nak jadi orang pertama yang dia nampak bila dia buka mata."

Terdiam Datuk Fayyadh dibuatnya. Dia memandang Datin Elizabeth yang sedang menekup mulut dari mengelakkan esakan kedengaran.

Sungguh hati tuanya terharu mendengar betapa bersungguh-sungguhnya Faura mahu menjaga anaknya. Puan Sri Ellina hanya tersenyum nipis. Dia tahu Faura dah jatuh hati dekat cucunya cuma Faura taknak mengaku.

"Kami balik dulu tau? Apa-apa call je sesiapa diantara kami bertiga ok? Menantu mama ni strong woman kan?" Tergelak kecil Faura dengan ayat Datin Elizabeth.

Lega mereka apabila tawa Faura kedengaran jua. Mereka risau Faura akan kembali seperti sebelum ini sewaktu keluarganya meninggal dunia.

Faura ketika itu suka menjauhkan diri,tidak banyak bicara,tidak ketawa dan tidak tersenyum. Namun semua itu hilang apabila hadirnya Ferhad di dalam hidup Faura. Sikap Faura yang sebelum ini bagai tidak pernah ada dan ia menghilang begitu saja.

Betapa besar impak seorang Ferhad Eirsyaq terhadap Faura Irania sehingga Faura mampu berubah sejauh itu.

Hilang saja susuk tubuh ketiga-tiga manusia itu, tumpuannya kini sudah beralih seratus peratus ke arah suaminya.

Dia mengambil tangan kasar itu dan dilekapkan ke pipi mulusnya. Terpejam mata dia apabila merasa hangatnya haba daripada tangan itu.

Tangan itu dialihkan dari wajahnya dan dia mencium lama kekura tangan suaminya. Matanya tidak henti-henti sejak tadi menganalisis wajah tampan suaminya.Walaupun wajah itu pucat namun tampannya masih ada.

"Sayang...sayang taknak bangun ke? Tak rindu saya ke?" Kata-kata dia terhenti apabila matanya kembali memanas. Dia tidak mahu menangis. Tapi apabila saja nama panggilan yang diberikan olehnya kepada Ferhad disebut,hatinya dilanda rasa sebak.

Dia menghembus nafas perlahan dan mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum menyambung kata-katanya.

"Sayang nak tahu tak? Malam tadi saya tak boleh lelap. Nak tahu sebab apa? Sebab bantal peluk saya tengah baring dekat sini macam mana saya nak tidur. Jadi hari ni saya decide nak tidur sini dengan sayang boleh? Kalau sayang tak bagi pun saya tetap jugak akan tidur sini sebab apa? Sebab isteri sayang ni kan degil!"

Terkekeh sikit Faura bagi menghiburkan hati yang dilanda rasa sebak menggunung itu.

Dia melabuhkan kepalanya di atas bahu suaminya dan dia memeluk erat lengan sasa itu sebelum setitik air mata mengalir. Pantas dia menyeka air mata itu.

"Sayang tak suka saya menangis kan? Jadi ini kali terakhir saya menangis." Dia mengangkat sedikit kepalanya dan bibirnya mencium lama rahang tajam itu.

"I promise."

13/11/2023
11.57 malam









𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Место, где живут истории. Откройте их для себя