BAB 9

4.2K 138 3
                                    

"THANK you for these flowers. And my answer is, yes I will"

Ferhad hanya tersengih membaca mesej yang dihantar oleh Faura. Entahlah tiba-tiba sahaja dia berasa ingin memberikan Faura bunga.

Agaknya dah tak betul kot dia ni.

"Kemain lebar senyum kau..." Zayn berkata apabila melihat Ferhad sedang melihat telefon bimbit itu dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi.

Mesej dengan bakal bini dia lah tu.

Haih sendunya kau Zayn.

Ferhad terus menjeling Zayn tajam. Sibuk je!

"Hah tadi kau kata kau nak bagitau aku something? Apa benda yang something tu?" Ferhad menyoal Zayn apabila tadi Zayn berkata ingin memberitahu Ferhad sesuatu.

"Oh! Boss kedai yang kau hantar kamera kereta kau tu dia kata dia dah nampak nombor plate kereta tu. Ni nombor plate kereta perempuan malam tu..." Zayn berkata sambil menunjukkan hasil tangkapan gambar nombor plate tersebut dari dalam telefonnya.

FXR 2130

Ferhad memandang nombor plate tersebut dengan lama. Macam pernah nampak tapi dekat mana eh?

"Kereta jenis apa yang perempuan ni naik?" Ferhad menyoal lebih dalam lagi.

"Itu aku tak pasti lagi sebab aku baru je dapat nombor plate ni. Lepas ni aku nak cari owner nombor plate ni. Tapi aku rasa mungkin makan masa yang lama..." Zayn berkata. Yelah kereta bukan sebiji dua mat kat Malaysia ni.

"Aku tak kisah janji aku boleh jumpa perempuan ni and aku nak berterima kasih sangat-sangat sebab dah tolong aku malam tu. Dia nak minta apa sebagai balasan pun aku tak kisah..." Gigih Ferhad berkata.

Zayn hanya bersetuju dengan cadangan Ferhad itu.

"Kau nak tunang dulu ke atau kahwin je terus?" Zayn bertanya bagi mengetahui tentang perkembangan semasa si Ferhad ni.

"Kahwin terus. Aku malas nak tunang bagai..." Ferhad berkata sambil bibir melorek senyuman nakal.

Zayn yang melihat gaya Ferhad itu terus membuat muka meluat.

Hari tu kemain tak naklah, tak kenal lah. Sekali dah angau macam orang gila bayang pun ada.

Faura tengah buat apa eh sekarang? Tiba-tiba teringat dekat budak garang tu.

Teringat saja tentang Faura terus Ferhad tersenyum manis bagai tiada siapa yang memerhati.

Zayn yang melihat kelakuan Ferhad hanya mampu menggelengkan kepala. Tengok! Baru tadi dia kata macam orang gila bayang, kan betul.

"CIK Muda? Kenapa ni? Cik Muda sakit balik ke?" Suara doktor Tia bertanya risau.

"Taklah. Saya cuma pening sikit je..." Faura berkata bagi menghilangkan gusar di hati doktor Tia.

Risau betullah doktor sorang ni dekat dia!

"Saya telefon ni sebab saya nak bagitau,tak lama lagi insyaallah saya akan berkahwin dengan satu-satunya cucu Puan Sri Ellina..." Ujar Faura tanpa tapis dan berterus terang.

Sepi seketika.

"Cik- Cik Muda tak main-mainkan? Ke saya salah dengar? Dengan cucu Puan Sri Ellina lagi..." Doktor Tia bertanya seakan tidak mampu percaya kenyataan yang dinyatakan oleh cik mudanya.

"Soal perkahwinan mana kita boleh main-main Tia. Alhamdulillah dah kalah dia jodoh saya. Saya terima dengan hati yang terbuka..." Faura berkata bagi meyakinkan Tia.

Dia tahu Tia risau dengan dia. Tapi itu dulu. Selepas kahwin nanti akan ada orang yang akan selalu ada dengan dia dan menemani dia sehingga ke akhir nafas. Dia percaya akan Ferhad boleh menjaga dia sebaik boleh. Sebab itu dia terima lamaran Puan Sri Ellina.

"Tahniah Cik Muda. Saya tumpang gembira! Semoga lepas ni Cik Muda dah tak nangis ya? Sebab lepas ni Cik Muda dah tak kesunyian. Akan ada peneman yang akan menemani Cik Muda hingga ke syurga insyaallah amiin..." Doktor Tia berkata mengundang rasa sebak di dada Faura.

"Lagi satu, cucu Puan Sri Ellina dah tahu ke pasal Cik Muda yang tolong dia?" Doktor Tia bertanya apabila teringat akan hal tersebut.

Dia juga terkejut apabila cik mudanya memberitahu bahawa lelaki pada malam itu adalah cucu tunggal Puan Sri Ellina.

"Belum. Saya nak dia dapat tahu sendiri..." Faura menjawab soalan doktor Tia.

"Takkan pasal keluarga Cik Muda pun, Cik Muda nak bagi dia tahu sendiri?" Faura terdiam mendengar soalan doktor Tia pada kali ini.

Seketika Faura tersenyum kecil.

"Kalau soal tu saya dah janji kalau dia tanya ,saya sendiri yang akan jawab..." Lirih saja suara Faura ketika itu.

"Mesti datuk, datin dan Firash happy kan tengok cik Muda dah nak kahwin!" Doktor Tia bersuara bagi menghilangkan sebak di hati Faura.

Faura tersenyum.

"Yeah. They will be the most happiest person in the world..."

"KAMU bila nak cari barang hantaran untuk wedding kamu Ferhad?" Puan Sri Ellina bertanya.
Dah nak kahwin pun sibuk kerja je dua-dua orang ni!

"Ferhad tengah tunggu Faura free baru boleh pergi cari barang hantaran sekali dengan fitting baju..." Ferhad membalas.

"Bila entah yang free nya. Dua-dua sibuk dengan kerja! Workaholics betul lah kamu berdua ni! Eloklah berjodoh..." Puan Sri Ellina bersuara kegeraman.

Ferhad tersengih sahaja mendengar bebelan Tok Ma nya itu.

"Tok Maaaa oo Tok Ma..." Nada suara Ferhad meleret memanggil Puan Sri Ellina sambil menggoyangkan badan Puan Sri Ellina ke kiri dan ke kanan.

Puan Sri Ellina pula telah menjulingkan bola matanya ke atas apabila mendengar suara manja Ferhad itu.

"Apa Ferhad? Ferhad nak apa pulak ni?"

Ferhad terus memeluk bahu Puan Sri Ellina dan melentokkan kepalanya di situ.

"Kalau Ferhad nak tanya pasal keluarga Faura boleh? I mean how can they gone? Faura ada siblings tak? Berpusu-pusu soalan keluar dari mulut Ferhad.

Puan Sri Ellina yang mendengar soalan Ferhad terus sahaja tersenyum nipis.

"Faura ada seorang adik lelaki. Firash namanya. Kalau yang lain tu Tok Ma tak boleh cerita. Lebih elok nanti kamu berdua dah kahwin, kamu tanyalah dia ye? And kalau dia tak ready nak cerita, jangan la paksa tau? Dengar Tok Ma nasihat ni.Tapi apa yang Tok Ma boleh cakap adalah semua keluarga Faura meninggal serentak pada hari yang sama,tempat yang sama dan sebab yang sama..." ujar Puan Sri Ellina panjang lebar.

Ferhad cuba menghadam kata-kata neneknya walaupun dia dapat merasakan ,semakin lama dia ingin tahu semakin lama juga perlu dia tunggu untuk tahu jawapan bagi soalannya.

Everything is getting very suspicious.

20/10/2023
11.23 malam

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now