BAB 35

2.8K 82 1
                                    

"YA ALLAH anak mama.." tangisan Datin Elizabeth pecah apabila melihat anaknya yang sudah sedar. Dipeluk erat tubuh sasa itu.

Ferhad hanya tersenyum dan membalas pelukan mamanya. Dia pun amat rindu akan mamanya namun tidak sehebat rindunya terhadap si isteri.

Doktor Tia hanya tersenyum melihat adegan itu sebelum suara Puan Sri Ellina bertanya memecahkan hening.

"Faura mana Tia? Dari tadi Tok Ma tak nampak." Kekok saja Ferhad apabila dirinya dijeling tajam oleh doktor Tia. Puan Sri Ellina pula sudah hairan dengan jelingan doktor muda itu.

"Kenapa kamu jeling Ferhad Tia? Ada sesuatu yang jadi ke masa kami takde?" Giliran doktor Tia pula tersenyum kekok. Aduh Tok Ma perasan ke? Kau ni Tia buat kerja tak clean!

"Sebenarnya-" baru saja doktor Tia memulakan bicara laju Ferhad memotong. Dia mengangkat tangannya tanda tidak mengapa dia yang akan menjelaskannya.

"Ferhad minta maaf mama,papa, tok Ma.." berkerut pelik dahi tiga warga emas itu. Dah kenapa minta maaf pulak?

"Kenapa tiba-tiba je ni Ferhad minta maaf?" Soal Datuk Fayyadh pelik.

Dia menghembus nafas perlahan sambil tangan naik meraupkan rambut lebatnya ke belakang.

"Sebenarnya tadi masa Ferhad sedar Irania ada and dia teruja Ferhad dah sedar cuma... Keterujaan Faura hilang bila Ferhad kata Ferhad hilang ingatan." Membulat mata mereka bertiga.

"What!" Serentak suara lantang mereka bertiga bersatu.

"Kamu kenapa ni Ferhad?! Kamu tahu tak macam mana setianya dia tunggu kamu sedar setiap hari. Kamu tahu tak! Allahuakbar..." Puan Sri Ellina mengelus dadanya perlahan bagi meredakan nafas yang kencang.

"Ya Ferhad tahu Ferhad salah. Hukumlah Ferhad tapi bagilah Ferhad jumpa isteri Ferhad. Ferhad nak minta maaf dengan dia. Tok Ma tolong pujuk dia buat rawatan dia Harini. Dia pucat sangat tadi Tok Ma. Pucat sangat. Ferhad risau apa-apa jadi nanti.." tangan Datuk Fayyadh naik menampar kasar belakang badan Ferhad.

Biar sakit! Sanggup buat menantu kesayangan dia macam tu?!

"Abang! Anak baru sedarlah!" Datuk Fayyadh hanya mengendahkan suara lantang isterinya. Mata dia naik memanah tajam mata amber persis isterinya.

"Biar dia. Ferhad dah besar you should know that there are times when you can joke, there are times when you can't joke. Sekarang dah jadi macam ni baru kamu tahu nak menyesal? Tahu pulak nak risau,yang tadi kamu kata semua tu tak fikir pulak?! Apa-apa jadi dekat menantu kesayangan papa siap kamu! There's no sorry for you anymore!"

Diam saja tiada balasan. Dia amat takut dengan amarah Datuk Fayyadh. Memang papanya seorang yang tenang dan mudah tapi sekali papanya marah sedikit pun dia tak berani nak melawan. Dia takut!

Fikirannya kini hanya dipenuhi oleh satu orang saja. Faura isterinya.

Where are you Irania?

LEMAH saja setiap langkahnya sambil berjalan melalui taman di hospital. Dia memutuskan untuk berehat seketika di bawah pohon besar itu.

Sedang dia sibuk melayan perasaan tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki dengan pakaian hospital duduk di sampingnya. Budak lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Nipis saja senyuman budak lelaki itu dibalas oleh Faura.

"Hai kakak cantik!" Tergelak kecil Faura dengan jawapan budak itu.

"Hai adik. Adik nama apa?"

"Nama saya Firash!" Terkejut sikit Faura mendengar nama budak itu. Tiba-tiba terdetik rasa rindu kepada satu-satunya adik lelakinya.

Firash tengah buat apa tu dengan ibu dan Walid? Kakak rindu...

"Adik sakit apa? Mana mak ayah adik?" Kelihatan budak itu diam lama sebelum riak budak itu menjadi kosong dan dingin. Wajah budak itu ketika itu agak menakutkan Faura namun dia hanya berdehem sejenak bagi menghilangkan rasa gusar.

"Aku pun tak tahu aku sakit apa. Tahu-tahu mak aku hantar aku ke sini. Dia kata aku layak duduk sini. Lagi satu kau tanya mak aku mana kan? Ha mak aku lah yang suruh datang dekat kau lepastu dia suruh aku bagi hadiah ni dekat kau."

Laju tangan kecil itu mengeluarkan satu picagari dari poket seluarnya dan picagari itu terus dicucuk di lengan Faura kasar. Budak itu menekan laju hingga isian picagari itu habis dan terus ditarik daripada lengan Faura. Kelihatan sikit berdarah di situ.

"Arrgghhh!" Faura meringis kesakitan. Jujur dia amat terkejut. Siapa mak budak ni sebenarnya?Jeritan Faura menarik perhatian orang ramai di sekeliling.

Ada yang mengejar budak itu. Ada yang menolong Faura.

"Sakit tak dik? Ish anak siapalah tu?! Takde adab!" Geram suara wanita yang sedang memegang lengan Faura.

"Takde apa kak. Sikit je ni. Mungkin dia buat sebab terpaksa atau tak sedar. Takpalah terima kasih sebab dah tolong saya. Saya minta diri dulu tau?" Terus wanita itu angguk.

Faura berjalan sedikit demi sedikit ke arah wad suaminya sambil memegang lengan yang dicucuk picagari tadi. Sakitnya masih ada walaupun tidak banyak.

Langkahnya terhenti seketika apabila penglibatannya terasa berbalam. Dia menggelengkan kepala sekejap beberapa kali sebelum menyambung perlahan langkahnya.

KTAK!

Bila saja pintu dibuka matanya disajikan dengan keluarga mertuanya yang sudah berada di situ. Dia sedaya upaya meneutralkan reaksi wajahnya agar tidak kelihatan dalam kesakitan. Walaupun sekarang ni dia memang rasa dah nak rebah.

"Faura! Faura pergi mana? Lama kami semua tunggu. Kenapa kamu pucat ni?" Tangan berkedut Puan Sri Ellina naik meraba pipinya dengan nada risau.

"Faura ok la. Cuma keluar ambik angin kejap. Faura nak tidur kejap boleh? Faura mengantuk..." Perlahan saja nada suaranya seakan berbisik. Tidak terkeluar suaranya tika ini.

Puan Sri Ellina tidak membantah malah hanya memapah tubuh Faura ke arah sofa dan membaringkannya.

Ferhad sedari tadi hanya memerhati tingkah isterinya. Sikit pun wajah cantik itu tidak berpaling ke arahnya. Jelas gadis itu amat terluka dengannya.

Apabila saja Faura selamat berbaring,dia mengiringkan badannya kebelakang membelakangi semua orang. Dia tidak mahu sesiapa pun melihatnya tika ini. Kepalanya kembali didatangi denyutan yang hebat. Pemandangannya semakin lama semakin samar-samar saja.

Dia merasakan hidungnya seperti basah,terus dia memegang seketika hidungnya sebelum dia melihat kembali cairan di jarinya. Darah. Hidungnya berdarah dengan banyak sekali. Tiada tanda-tanda pendarahan itu mahu berhenti.

Akibat darah yang keluar terlalu banyak dan tubuh tidak bermaya,terus matanya terpejam erat. Dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

"FAURA?" suara Datin Elizabeth menyeru perlahan. Pelik dia apabila menantu dia sedari tadi tidur dalam kedudukan yang sama. Tidak berubah sikit pun kedudukan itu. Panggilannya jugak tidak bersahut.

Laju dia bergerak ke arah tubuh kurus itu. Dia menepuk perlahan bahu menantunya. Apabila masih tiada sebarang reaksi daripada Faura,Datin Elizabeth sudah mula risau.

Terus dia mengalihkan kepala Faura ke arahnya. Matanya terus membulat dan tangannya menggigil hebat.

"Faura!"

16/11/2023
9. 55 malam






𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ