𝐁𝐚𝐛 2

110 12 0
                                    

AYUNINA memecut keretanya seperti pelesit. Kakinya dah macam tak nak angkat daripada pedal minyak. Dia bukan apa, dia sudah berjanji untuk membuka kedai awal harini. Sudah setengah jam berlalu daripada waktu yang dia janjikan. Tak sangka pula yang dia memang akan lambat harini.

"Bising lagi la diorang ni." Ayunina mengomel sendirian. Apa ingat bos tak takut ke masuk lambat? Dia pun sama kena punch card tau.

Sampai sahaja di hadapan kedai, Ayunina melihat ketiga-tiga pekerjanya sudah menunggu. Jay, Puteri dan Zulaikha. Mereka merupakan pekerja tetap kedai itu sejak lima tahun lepas, atau mungkin sebelum dia lupa lagi? Ayunina pun tak tahu sebenar-benarnya. Menurut Puteri, mereka bertiga sudah lama berkhidmat bersama dia.

"," Jay menyergah dengan nada geram. Mukanya mencuka. Bibir sudah dimuncungkan, boleh ikat reben panjangnya. Sudahlah panas dekat situ. Setengah jam dia kena sidai.

Jay. Satu-satunya kumbang di bakeri itu. Perwatakannya agak lembut berbanding lelaki biasa. Pakaiannya sentiasa berwarna-warni. Masih mengekalkan gaya seorang lelaki tetapi dari jauh boleh nampak Jay dengan pakaiannya yang sentiasa bergaya. Itu tak termasuk dengan minyak wangi yang dipakai, sebatu dah bau. Mulut Jay juga agak tajam dan laser, tapi jangan risau Jay ni hatinya murni. Boleh dikatakan, Jay ini penyeri untuk mereka. Tak payah radio mahupun pembesar suara, cukup Jay sahaja untuk meriuhkan suasana.

"Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak perasan jam tadi. Harini aku belanja tealive, kau order je nak apa." Kelam-kabut Ayunina membuka kunci pintu. Rasa bersalah semakin menjalar masuk.

"Jay, mungkin Ayu betul-betul tak perasan. Kau ni jangan main sergah je." Puteri pula menegur. Nak saja dia lepuk belakang kepala Jay. Suka sangat nak serang orang tak tentu hala.

Puteri, penyelamatku. Puteri, pekerja yang kedua. Staf paling lembut dan berbudi bahasa. Walaupun Ayunina digelar 'Ayu', dia masih tidak mampu untuk melawan keayuan Puteri. Namun, jangan salah faham. Lemah-lembut tidak semestinya dia boleh ditindas. Jika Puteri naik angin, semua mesti kena lari. Walaupun kemarahan puteri jarang tercetus, lebih baik semua orang memilih untuk tidak mencetuskannya. Biarlah puteri kekal dalam versi lemah-lembut ini sahaja, demi keselamatan mereka bersama.

"Eleh, lagipun aku dah suruh kau buat kunci pendua kan. Kau yang degil." Ayunina tak mahu kalah. Sengaja dia nak tengok muncung Jay semakin panjang.

"Kau bernasib baik tau, Ayu. Dapat pekerja yang baik-baik, kalau tak aku dah buat pintu sendiri kat sini. Aku maafkan kau sebab tealive aje ni dan sebab kau birthday girl tau." Jarinya yang sengaja dilentikkan diketuk-ketuk pada cermin pintu kedai. Dia kemudian membuat gaya 'flip hair'pada rambutnya separas bahu itu.

Puteri hanya tergelak kecil melihat gelagat Jay. Ayunina turut ketawa. Ayunina sempat mengerling ke arah seseorang yang berdiri membelakanginya di sebalik tiang.

Zulaikha, staf yang ketiga dan terakhir di kedai bakeri ini. Telinganya sudah disumbatkan dengan earphone sejak dia tiba lagi. Zulaikha sangat pendiam. Boleh dikira menggunakan jari berapa patah perkataan yang keluar daripada mulutnya dalam sehari. Mukanya seperti biasa, kekal tidak beriak. Marah, sedih, gembira atau kecewa, semuanya jarang ditunjukkan.

"Nah, dah buka. Masuklah... buat macam bakeri sendiri."

Sebaik sahaja pintu dibuka, Jay melangkah terlebih dahulu. Dia sengaja berjalan seperti model di karpet merah di hadapan Ayunina. Berhenti dua hingga tiga saat sambil menggalas begnya.

"Aku potong gaji kau baru tahu." Ayunina bercekak pinggang. Kekwat pula depan dia.

Jay hanya menjelirkan lidah sebelum berlalu ke ruang persalinan. Puteri dan Zulaikha berlalu ke tempat yang sama. Sempat juga Puteri dan Zulaikha mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now