𝗕𝗮𝗯 7

67 10 0
                                    

AYUNINA membuka matanya perlahan-lahan. Dia berada di dalam sebuah bilik kuliah. Nampaknya tarikh itu membawa dia kembali semula kepada masa remajanya. Seronoknya dapat jadi muda balik! Siapa tak nak jadi muda balik kan? Tanyalah sesiapa pun, zaman muda adalah zaman yang paling gemilang dan terbilang.

Matanya meliar melihat pelbagai gelagat pelajar lain. Ada yang berkumpul untuk bersembang dan bergelak ketawa. Ada yang duduk diam di kerusi masing-masing. Ada yang kelam-kabut menyiapkan tugasan yang tertunggak. Ayunina tersenyum kecil, sungguh dia rindukan zaman belajar. Ayunina mungkin lupa kenangan itu, tapi perasaan rindu itu sentiasa menjalar.

Seorang wanita memakai baju kurung batik melangkah masuk. Dia membawa beberapa fail. Itu mesti pensyarahnya, Puan Hani. Dia dapat tahu nama itu melalui tanda nama yang dipakai pensyarah itu.

Ayunina mengerling sekilas lelaki di sebelahnya. Sejak tadi lelaki itu nyenyak dibuai mimpi. Walaupun berada dalam posisi yang boleh dikatakan tidak selesa, ia sedikit pun tidak menganggu lena lelaki itu. Ayunina memilih untuk tidak mengambil pusing. Bukan masalah dia. Dia pun tak kenal siapa lelaki itu.

"Pst pst."

Ayunina berpaling ke belakang apabila mendengar bunyi seperti tikus.

"Ayu, jom makan sekali nanti. Tempat biasa." seorang perempuan yang berambut panjang bertocang satu sedang berbisik ke arah Ayunina. Tempat duduk yang terletak sedikit jauh dari Ayunina menyukarkan dia untuk berkomunikasi.

Ayunina berpaling ke arah kiri dan kanan, perempuan tu cakap dengan dia ke? Walaupun dia tahu dia seorang saja yang berada di situ, tapi dia tetap mahu bertanya.

"Saya?" Jari telunjuk di arahkan kepada dirinya sendiri.

"Takkan dengan meja kau pula. Nak tak? Aku bawa kereta harini. Tak payahlah kita nak tunggu bas pulak."

Ayunina sekadar mengangguk. Dia kemudian berpaling semula ke hadapan. Berkerut-kerut keningnya. Sedaya -upaya dia mengerah otaknya untuk mengenali perempuan itu namun semuanya sia-sia. Perempuan itu juga tak pernah muncul selama lima tahun di masa hadapan. Mungkin sekadar kenalan dan rakan kelas.

"Ayunina and the guy next to her. Berdiri!" Suara Puan Hani memetir. Suasana menjadi sunyi dan janggal. Ayunina meneguk air liurnya. Dia tengah sedap berangan memikirkan siapa gadis itu, terkejut apabila disergah Puan Hani.

Perlahan-lahan Ayunina bangun. Lelaki di sebelahnya masih diam tidak berkutik. Bernyawa lagi ke ni? Sikit pun tak tersentak dengan suara lantang itu. Tidak menunggu lama, Ayunina mencuit-cuit bahu lelaki itu. Seram rasanya tengok muka Puan Hani yang memang seperti bersedia nak telan mereka berdua. Semakin kuat cuitan Ayunina. Bangunlah cepat!

"Mentang-mentang dah pandai, kamu berdua buat saya macam hantu depan ni. Come in front both of you. Zayyan dan Ayunina."

Puan Hani yang ayu dah bertukar jadi singa, tapi tunggu kejap. Itu bukan perkara yang penting untuk dipersoalkan sekarang. Zayyan? Irama jantung Ayunina berubah. Adakah dia merupakan orang yang sama?

Lelaki itu mendengus. Dia bangun daripada lenanya. Matanya memandang tajam ke depan. Kemudian lelaki itu berpaling ke arah Ayunina. Mata tajam itu kini melihatnya dingin.

It's him! It's really him! Zayyan versi remaja.

Mereka berdua berjalan ke arah di mana Puan Hani berdiri. Mata Ayunina tidak lepas memandang susuk tubuh Zayyan dari belakang. Hilang sudah malunya ditengking tadi. Semua gara-gara Zayyan. Inikah rupa Zayyan ketika muda? Comel.

Puan Hanim menyerahkan dua batang marker pen kepada mereka berdua.

"Jawab soalan ni. Kamu pandai sangat kan. You can only sit until the end of the class if your answer is right," Kata Puan Hani. Ayat itu penuh dengan bau-bau ugutan.

Ayunina sudah gelisah. Dia tidak tahu-menahu tentang apa yang sedang dibelajarnya sekarang. Ayunina melihat soalan matematik yang ditulis pada papan putih. Kemudian dia berpaling ke arah Zayyan yang sudah mula menulis jawapannya. Ayunina menghembus nafas berat. Puan Hani hanya berdiri sambil memeluk tubuh. Menunggu jawapan mereka berdua.

Sebaik sahaja pen itu menyetuh papan putih, laju sahaja tangannya menulis jawapan. Semuanya muncul dengan tiba-tiba, seperti dejavu. Dia pernah menjawab soalan ini sebelum ini. Dalam situasi yang bagaimana,dia tak ingat langsung. Laju sahaja tangannya menulis jawapan.

Selesai sahaja mereka menulis jawapan, mereka menyerahkan kembali marker pen itu. Puan Hani meneliti jawapan mereka berdua. Benar belaka. Tidak dinafikan, Ayunina dan Zayyan merupakan antara pelajar cemerlang di sini. Jadi tak hairan la mereka berdua boleh jawab dengan betul. Cuma dia geram, seorang sedang sibuk berangan, seorang lagi sedang lena seperti berada di dalam bilik tidur.

"Tahniah, kamu berdua boleh duduk. Ingat, fokus dalam kelas saya. Walaupun kamu cerdik pandai, jangan lupakan adab. Adab dengan guru. Adab di luar sana. Tinggi mana pun ilmu, kalau tidak beradab tak ada guna." Panjang lebar puan Hani memberi ceramah. Terangguk-angguk Ayunina. Zayyan pula dengan muka seperti tak ambil kisah. Orang kata muka 'seposen'. Berdiri tegak macam tengah menyanyi lagu 'Negaraku'.

"Faham puan. Kami minta maaf." Ayunina siap minta maaf pakej kombo dia dan Zayyan lagi. Lelaki itu tak minta pun dia buatkan. Ayunina tak mahu Puan Hanim terus memarahi Zayyan.

Zayyan berjalan kembali ke arah tempat duduknya. Sikit pun tak minta maaf. Zayyan versi ini lebih emotionless. Langsung tiada perasaan. Berbeza dengan Zayyan versi dewasa. Bukan salah dia pun dia minta maaf. Macam peristiwa sewaktu dia diserang dengan makcik Zainab. Berkali-kali dia minta maaf kepadanya.

Kelas sudah berakhir. Zayyan sudah lesap ke mana. Baru sahaja Ayunina hendak bertanya pelbagai soalan yang memenuhi ruang minda namun tidak kesempatan apabila lelaki itu terus laju keluar meninggalkan kelas.

"Ayu jom pergi makan. Aku lapar sangat harini, lupa nak sarapan pulak tadi. Ini semua roommate aku punya pasal. Bising sangat malam tadi, aku nak tidur pun susah." Gadis bertocang satu tadi menarik tangan Ayunina. Ayunina hanya menurut sahaja sambil mendengar gadis itu meluahkan perasaan.

Ayunina sudah menarik tali pinggang keledar. Bunyi 'klik' menandakan dia sudah selamat memakai tali keledar itu. Kepalanya masih ligat memikirkan siapa manusia yang sejak dari tadi tak berhenti-henti membebel.

"Ayu kau okay tak? Daripada tadi kau diam. Risau aku." Jelas riak kerisauan pada wajah gadis itu. Dia menghidupkan enjin kereta kancil miliknya.

"Okay. Er... nama kau apa?" Ayunina tak dapat berselindung. Agak sukar buat dia bertahan untuk tidak menanyakan nama gadis itu. Macam kena culik dan masuk ke dalam kereta orang yang dia tak kenal langsung.

"Seriously? Nad. Nadhirah. Kau ni betul la Ayu. You scare me. Macam orang amnesia tiba-tiba." Mood membebel Nad kembali. Takkan la kawan dia sendiri tak ingat nama dia. Ayunina pula satu-satunya kawan yang dia ada. Kemana saja pasti berdua.

'Kau tak salah.' Desis Ayunina dalam hati. Melihat Nad yang menoleh ke arahnya beberapa kali membuatkan Ayunina terpaksa untuk membalas.

"Saja ja nak takutkan kau." Ayunina membalas dengan gelak yang agak janggal.

"Dia memang perengus macam tu ke?" Ayunina tak dapat menahan diri daripada bertanya tentang Zayyan. Bayangan wajah kosong Zayyan berlegar-legar.

"Siapa? Zayyan ke?"

Ayunina hanya mengangguk.

"Takkan kau tak kenal dia. Dia tak adalah macam tu. Dia kalau mengantuk memang macam singa lapar. Penat dengan part time dia la tu. Kalau dia tak mengantuk, kau pulak yang suruh dia diam. Takkan kau tak kenal kau punya partner in crime?"

Sejak bila pulak dia ada 'partner in crime' ni? Zayyan pun tak nampak mesra dengan dia tadi. Nampak macam berkawan pun tak. Nampak macam musuh pun tak. Status hubungan dia dengan ketika itu lebih kabur daripada kabus.

"Kau tak payah stress sangat la muka tu. Partner in crime yang aku maksudkan macam dalam kelas tadi. Tidur pun geliga juga otak korang. Zayyan dan Ayunina, memang popular buat hal dalam kelas. Tapi nasib korang baik sebab korang pandai. Sebab tu selalu selamat. Ramai orang cakap, you both will made a good couple. Kau tak tahu ke gosip tu? Tapi sayang, kau tolak dia dulu."

Semakin bulat mata Ayunina sekarang. Dia? Ayunina Binti Zubir yang tolak crush masa depan dia sendiri? Mana mungkin. Aci tak kalau dia nak flying kick diri dia sekarang?

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now