𝐁𝐚𝐛 26

41 4 0
                                    

ZAYYAN membuka pintu bilik tidur itu dengan perlahan. Dia menjenguk dan melihat Ayunina yang sedang duduk bersandar pada kepala katil. Wajahnya yang kosong tidak beriak, mencerminkan ketiadaan yang mendalam, seolah-olah dia sedang merenung jauh ke dalam ruang fikirannya. Walaupun televisyen memaparkan bunyi riuh di latar belakang, Zayyan dengan yakin mengetahui bahawa Ayunina benar-benar tidak fokus.

Dengan langkah perlahan, Zayyan menghampiri isterinya. Suaranya lembut saat dia berkata, "Sayang, saya bawakan nasi dengan lauk yang ibu masak tadi. Sedap tau." Talam yang berisi makanan itu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil.

Ayunina melihat ke arah Zayyan, matanya sejenak kembali ke dunia nyata. "Saya tak lapar. Awak dah makan?" Tanyanya dengan suara perlahan.

"Dah, saya makan dengan ibu dan abah tadi."

"Maaf saya sebab abaikan awak." Ketika itu, terpancar rasa kesal dalam diri Ayunina. Dia rasa bersalah kerana telah mengabaikan suaminya. Makan, minum, dan pakaian Zayyan adalah tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, dan dia merasa telah gagal. Dia tenggelam dalam kesedihan dia sekarang.

Zayyan hanya tersenyum nipis. "Tak apa sayang."

Zayyan sudah duduk bersebelahan Ayunina. Kakinya turut berlunjur dan dimasukkan dalam selimut. Bahu Ayunina dipaut agar isterinya dapat bersandar dengan selesa pada bahunya.

"Dah seminggu sayang macam ni, saya dah rindu isteri saya." Bahu Ayunina diusap perlahan.

Seminggu lepas Leon memberi keputusan, mayat yang ditemui itu merupakan mayat Aazam. Hidup Ayunina seakan-akan berhenti. Dia hanya makan apabila dipaksa, tidur sudah menjadi sesuatu yang asing baginya. Asmah dan Zubir mungkin telah menerima kenyataan, tetapi tidak bagi Ayunina.

"Saya minta maaf, tapi saya perlukan masa. Semua ni tiba-tiba." Air mata mula mengalir perlahan namun dengan pantas Zayyan menyeka lembut dengan hujung jari. Dia juga turut terluka melihat keadaan Ayunina begitu.

"Saya faham, Ayu, saya nak awak berhenti salahkan diri awak sendiri. Kita semua tahu yang ada pihak yang sabotajkan MystiCom, sebab itulah senjata tak berfungsi waktu kejadian tu."

"Zayyan, awak cuba bayangkan, berapa banyak penyesalan yang saya perlu tanggung kalau saya tak dengar cakap awak haritu? Macammana kalau saya tak sempat minta maaf..." Ayunina sudah tidak dapat meneruskan percakapannya, sudah terhenjut-henjut bahunya menghamburkan tangisannya.

"Sayang, tapi awak sempatkan? Saya yakin abang sentiasa sayangkan awak. You're his favourite sister. Ayunina, kita semua pinjaman tuhan, awak, saya, abang Aazam, sampai satu masa pencipta kita akan ambil. Siapalah kita untuk menidakkan takdir kan?"

Ayunina sedikit bertenang, dia hanya mengangguk.

"Yang hidup kena teruskan hidup, kita tak boleh mati sekali. Kita masih ada tanggungjawab untuk bela kematian abang Aazam. Kita kena cari jawapan untuk semua ni, Ayu."

Ayunina menggeleng laju, "Saya masih tak kuat untuk balik ke Mystique." Sungguh Ayunina tidak sanggup. Walaupun tiada siapa lagi yang menyalahkan dia atas kerosakan MystiCom, tetapi bayangan Aazam masih berlegar-legar di sana. Dia masih tidak cukup kuat.

"Mystique dah selamat Ayu. Tak apa, bila awak dah bersedia kita akan balik ke sana sama-sama okey? Saya dan awak. Tangan ni, takkan pernah saya lepas. Saya sentiasa ada untuk awak." Zayyan mengenggam erat tangan Ayunina. Tangan itu diusap perlahan.

"Janji?"

"Sentiasa, Ayunina."

Zayyan masih memegang tangan Ayunina dengan lembut, dia memandangnya dengan mata penuh kasih sayang. "Sayang, saya tak nak tengok awak menderita macam ni. Awak perlu makan untuk dapatkan tenaga, untuk kita berdua, dan untuk abang Aazam yang pastinya nak tengok awak sentiasa sihat. Awak pun tahu kan abang Aazam mesti marah kat saya kalau dia tahu adik kesayangan dia ni tak makan?"

Ayunina menundukkan kepalanya, matanya dipenuhi rasa bersalah. "Saya tahu, Zayyan. Tapi saya rasa lemah sangat. Saya rasa macam gagal, semua benda yang saya buat tak pernah jadi."

Zayyan cuba kuatkan hatinya, "Awak tak gagal, Ayu. Awak cuma kena lepaskan rasa sakit dan sedih. Saya kat sini lagi kan untuk awak?"

Ayunina mengangkat mukanya, matanya bersinar-sinar dengan air mata. "Zayyan, terima kasih sebab sentiasa bersabar dengan saya. Awak memang sabar."

Zayyan tersenyum lembut, "Tak perlu terima kasih sayang. Itu tugas saya, semuanya untuk awak, saya sanggup buat selagi mampu, sayang. Dan saya takkan tinggalkan awak. Jom makan sama-sama, kek strawberri pun saya ada beli juga tadi. Saya rindu nak bagi awak kek strawberri"

"Awak tak pernah lupa kan?" Ayunina ketawa kecil. Itulah gaya Zayyan mahu mengambil hatinya dulu. Tak pernah lekang dengan kek strawberri. Hari-hari kek yang sama, muntah pun nanti keluar strawberri.

"Mestilah, kalau tak, tak adalah Puan Ayunina sekarang. Nak makan sikit tak?"

Ayunina mengangguk, akhirnya bersetuju. "Tapi... saya nak awak suap boleh?"

Zayyan tersenyum lebar, dengan pantas dia mengambil pinggan dan sudu, kemudian mengambil secubit nasi dan lauk daripada dulang. Dia menghulurkan sudu ke mulut Ayunina dengan penuh kasih sayang. Ayunina akhirnya menggigit makanan, dan perlahan-lahan, dia mula merasakan seleranya kembali.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now