𝗕𝗮𝗯 50

55 4 0
                                    

"BAGI benda tu." Z tidak sabar untuk mendapatkan benda itu dalam gengamannya.

Ayunina mendonggak untuk melihat wajah Z. Ayunina tersenyum sinis. "Kau yakin? Macam mana aku nak bagi kalau tangan aku kena pegang macam ni? Kau nak aku bagi guna kaki ke?"

Zayyad merengus geram. Macam-macam kerenah la perempuan ni. "Lepaskan dia," Zayyad mengarahkan orang-orang yang memegang Ayunina untuk melepaskan gadis itu. Dua orang suruhan itu bergerak ke belakang sedikit. Memberi ruang kepada Zayyad dan Ayunina.

"Cepatlah perempuan! Terhegeh-hegeh. Memang lembap," cemuh Nadia. Sudahlah lambat, cuaca pun tengah terik. Nak buat drama slow motion pula kat sini. Kalau tak sebab Zayyad, dia pun tak teringin nak ikut ke sana.

Ayunina bangun dan mengelap mukanya sambil mata dia tak lekang daripada memandang Nadia. Tangannya diselukkan ke dalam baju dan membawa keluar sebuah pendrive hitam. Zayyad hanya memandang pendrive itu dengan mata yang bersinar-sinar. Ayunina melangkah perlahan, merapati Zayyad. Berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu.

Pendrive itu dibuka, namun bukan 'pendrive' yang kelihatan. Tetapi sebuah pisau kecil. Tanpa menunggu lama, Ayunina terus menikam tepat di perut lelaki itu dan menarik panjang pisau itu melintang pada perut lelaki itu sebelum pisau itu ditarik semula. Rasakan! Melolong jeritan Zayyad memenuhi ruang itu. Semua yang berada di situ terpinga-pinga.

"Zayyad!" Baru saja Nadia mahu menerpa, dia dapat rasakan tubuhnya ditarik. Nadia berpaling melihat Zayyan yang sedang memegangnya dari belakang. Muncung pistol diletakkan tepat pada belakang kepala Nadia. Rapat. Orang di sisi Zayyan sudah terbaring, hidup atau mati pun dia tak tahu.

"Kau gerak, kau mati Nadia." Zayyan memberi arahan keras. Mata Zayyan memerhati orang-orang sekeliling yang sedang dalam langkah berjaga-jaga.

"Kau memang menyusahkan aku," Jerit Zayyad. Dengan sisa baki tenaga yang dia ada, dia melayangkan satu tumbukan tepat di wajah Ayunina. Terus wanita itu jatuh.

"Tangkap perempuan ni!"

Namun tindakan orang suruhan Zayyad terhenti apabila melihat bayangan orang yang berpakaian serba hitam tiba-tiba muncul di sebalik semak. Masing-masing memegang senjata yang mampu menghilangkan nyawa mereka dalam beberapa saat saja. Mereka terus mengangkat tangan tanda menyerah. Ejen Mystique kali ini terlalu ramai. Mustahil untuk mereka keluar hidup-hidup atau berbuat apa-apa.

Tumbukan Zayyad begitu kuat sehingga Ayunina dapat merasakan rahangnya seperti hendak tertanggal. Dia meludah darah yang mengumpul dalam mulutnya sekarang.

Zayyad melihat Ayunina yang masih terumbang-ambing untuk bangun. Ini peluangnya. Baru saja dia mahu menerkam Ayunina, ada tubuh lain yang menjadi penghalang.

Apabila dia melihat Zayyad mahu mara ke arahnya, Zayyan terus menendang bahagian tikaman di perut Zayyad. Sewaktu Zayyad menunduk menahan sakit, Zayyan sekali lagi menendang kepala lelaki itu. Zayyan diserang lagi oleh saki-baki kumpulan Shadow yang lain.

"Kau memang menyusahkan aku Zayyan." Zayyad berkata sambil memegang bahagian tubuhnya yang masih sakit. Dia bangun untuk menyerang hendap Zayyan dari belakang. Zayyan masih tak perasan.

"Bukan kali ni, Zayyad." Ayunina terus merempuh tubuh Zayyad.

Apabila Zayyad jatuh terlentang, Ayunina terus duduk di atas lelaki itu. Tangan dominannya sudah tersarung dengan cincin hari itu. Cincin kahwin, cincin tunang, cincin yang dihadiahkan. Semuanya dia sarung untuk hari ini. Tumbukan demi tumbukan Ayunina lepaskan ke wajah lelaki itu. Dia membayangkan bagaimana sakitnya wajah Zayyan dulu.

"Kau pergi mati! Sebab kau! Semua sebab kau! Aku hilang semuanya sebab kau! Kau memang syaitan. Kau tak layak hidup Zayyad," Ayunina menjerit gila.

Buk! Ini untuk Zayyan.

Buk! Ini untuk anak dia.

Buk! Ini untuk masa yang dia hilang.

"Kau je bodoh Zayyad. Mana ada orang bawa musuh dia ke tempat yang sama untuk dua kali. Semua strategi kau dalam poket aku kalini. I'm a weapon creator, you idiot. Kau lupa aku yang aku mampu cipta 1001 senjata untuk bunuh kau dengan cara paling seksa," Ayunina berkata dengan nada yang keras. Dia mencengkam kolar baju milik Zayyad.

Zayyad hanya tersenyum walaupun wajahnya sudah pecah dipukul, "Kau orang semua tak ada beza dari Yusuf. Kau layak untuk semua ni. Kau layak untuk hilang semua benda. Kau tak pernah layak nak bahagia. Kalau aku mati, kau kena mati sekali. Baru aku puas hati bila Zayyan merana. Aku puas!" Zayyad terus tertawa besar.

Mendengar jawapan Zayyad yang seolah-olah memerlinya membuatkan angin Ayunina semakin gila. Ayunina terus bangun dan matanya meliar-meliar mencari sesuatu. Dia terus bangun dan mengambil batu itu. Baru saja dia mahu menghempas batu itu pada wajah Zayyad, ada satu tangan lain yang menghalang. Ayunina berpaling. Matanya yang merah itu berpaling tajam. Siapa yang berani halang dia?

Namun renungan tajam tadi dilembutkan dengan satu pandangan redup. Mata itu meminta Ayunina untuk bertenang. Meminta Ayunina untuk hentikan apa yang dia mahu lakukan. Mahukan Ayunina untuk mewaraskan semula akalnya.

"Zayyan," Ayunina memanggil lembut insan yang masih setia memegang lengannya. Lelaki itu menggeleng perlahan. Batu itu diambil daripada tangannya dan dicampakkan ke tepi.

Leon segera memanggil ejen-ejen lain untuk membawa Zayyad yang separa sedar berlalu dari situ. Dia memandang sekilas pasangan itu sebelum berlalu pergi menguruskan situasi di situ. Ini tangkapan besar, Shadow akhirnya tumpas di tangan Mystique.

Semakin deras air mata yang mengalir. Ayunina memegang luka di pipi Zayyan yang masih basah dengan tangan yang menggigil. Dia mahu cari Nadia sekarang. Dia mahu patahkan setiap jari-jemari halus yang melukakan lelaki ini. Baru saja Ayunina mahu berpaling, Zayyan menarik dia ke dalam pelukan.

"It's over. It's over now, Ayunina. Jadi awak boleh bertenang sekarang," Pujuk Zayyan lembut. Dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran Ayunina. Fikiran itu perlu dihentikan segera. Tangan Ayunina tak perlu kotor lagi.

"Zayyan, saya..." Belum sempat Ayunina menghabiskan kata-katanya, Ayunina dapat merasakan yang tubuhnya berat. Zayyan pengsan. Rupa-rupanya tadi Zayyan banyak menangkis orang-orang Zayyad yang cuba menyerang Ayunina dari belakang ketika Ayunina sibuk bergelut dengan Zayyad.

Ayunina terus bertukar panik. Dia berpaling melihat ejen-ejen lain yang masih ada disitu. Dia juga melihat bayangan Aazam yang tidak jauh daripada mereka.

"Abang, tolong abang!" Ayunina terus memekik nama Aazam.

Aazam, Puteri, Zulaikha yang tidak jauh dari situ berpaling. Mereka terus berlari mendapatkan Ayunina dan Zayyan. Aazam terus menyambut tubuh Zayyan. Zayyan dibaringkan. Puteri dan Zulaikha memegang Ayunina, membantu Ayunina untuk bertenang.

"Abang! Zayyan macam mana? Tolong, Ayu tak nak hilang dia lagi. Tolong la, tolong. Puteri tolong aku! Zulaikha! Zayyan tak sedar, bangunkanlah dia," Ayunina sudah merengek seperti budak kecil.

"Sabar Ayu, Aazam tengah check Zayyan kejap," Puteri memujuk lembut. Zulaikha memandang Aazam. Sabar menanti ayat dari Aazam.

"Dia ada lagi, tapi makin lemah. Aku rasa sebab hilang banyak darah. Kita kena gerak sekarang. Zu, stanby the helicopter. We need to move now," Aazam memberi arahan. Zulaikha menangguk dan berlalu untuk menguruskan seperti yang dipinta.

Ayunina menghembus nafas lega. Dia terduduk di sebelah Zayyan. Syukur, lelaki itu masih ada. Pipi Zayyan dielus lembut. Wajah pucat itu ditatap penuh kasih.

"Saya dah balik, Zayyan.I'm here now. Your Ayunina,"Ayunina berbisik pada telinga Zayyan. Ayatyang dia mahu ungkapkan tadi, tapi tidak kesempatan. Ya, dia sudah ingatsemuanya, tapi tidak semua mengehtahui tentang itu. Ayunina memandang kelangit. Kelihatan satu helikopter besar berwarna hitam mendarat tidak jauh darisitu. Semuanya berakhir, kali ini memang betul-betul berakhir

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now