𝐁𝐚𝐛 42

49 6 0
                                    

LEON merenung skrin komputernya, cuba mencari petunjuk. Wajah Zayyad terpampang pada skrin itu. Wajah itu tidak jauh beza daripada Zayyan, hanya tahi lalat kecil di hujung mata kiri yang membezakan mereka. Di tangannya pula terdapat kertas-kertas yang mengandungi sejarah hidup Zayyan dan Zayyad. Mengapa dia tidak peka tentang itu sebelum ini? Zayyad berjaya meloloskan diri sekali lagi. Tapi kalini, dia yakin yang Zayyad takkan bertahan lama. Zayyad cedera parah ketika Mystique menyelamatkan Ayunina dan Zayyan.

Dia mendengar pintu dibuka dari luar. Tidak ramai yang mempunyai akses kepada biliknya. Beberapa ejen saja. Dia pun sememangnya sedang menunggu Puteri setelah dia meminta Puteri mencari satu maklumat untuknya.

"So, Puteri, apa yang kau – ," ayatnya tergantung apabila melihat figura itu dihadapannya. Apabila dia yakin itu bukan Puteri, dia terus pantas berdiri. "Macam mana kau boleh ada dekat sini?"

Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dia meletakkan pendrive di atas meja. Leon mengambil pendrive itu dan memandang lelaki itu kembali. Rupa-rupanya benar yang dikatakan Zayyad, bukan lelaki itu yang mengambil Hooper. Tapi mengapa Hooper jatuh ke tangan lelaki ini pula?

"Macam mana Hooper boleh ada dengan kau? Mind to explain everything?"

"Ada musuh dalam selimut, dalam Mystique sendiri. Aku tak tahu nak percayakan siapa dan aku takut nak percayakan sesiapa. Pastikan kau jangan cuai lagi, Leon. Berhati-hati dalam membuat keputusan. Benda yang jadi, biarkan ia jadi sekali dan pastikan situasi macam ni tak berulang lagi," Suara lelaki itu penuh dengan amaran.


LEON melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu. Dia melihat Zulaikha, Puteri, Selena dan Zayyan yang sedia menanti.

"Zayyan, macam mana keadaan Ayunina?" Leon bertanya kepada Zayyan. Zayyan sejak tadi memanggung kepalanya kini memandang ke arah Leon. Matanya kosong. Sekosong-kosongnya. Hidupnya sekelip mata bertukar gelap. Jika dulu dia kuat kerana dia tahu Ayunina sentiasa ada di sisi, tapi sekarang tidak lagi. Dia hilang orang yang paling penting dalam hidupnya.

"Doktor dah sahkan Ayunina hilang ingatan. Doktor masih cuba kesan puncanya, tapi mungkin kepala Ayunina terhentak teruk di batu atau pokok waktu jatuh. She's bleeding for three days after that fall, alone. She was alone, Leon," ujar Zayyan lemah. Suara Zayyan semakin tenggelam. Air matanya mengalir lagi. Sejak tadi dia cuba menahan diri, untuk menjadi lebih kuat. Namun dia gagal.

Semua mata memandang simpati ke arah Zayyan. Mereka turut berduka mendengar khabar itu. Suasana ruang itu bertukar sunyi sebelum Leon bersuara kembali.

"Zulaikha, Puteri kamu ada jumpa Ayunina?"

"Ada, tapi dia masih tak ingat kami siapa. Berbanding situasi Zayyan, dia lebih bertenang ketika berjumpa dengan kami. Buat masa sekarang dia hanya percayakan Encik Zubir dan Puan Asmah sepenuhnya. Selebihnya, dia tak ingat apa-apa, termasuk diri dia sendiri. Dia juga tak banyak cakap, hanya diam dan banyak termenung. Kami dah letakkan kawalan di luar hospital, dan di wad Ayunina sendiri. Buat masa sekarang, keselamatan dia terjamin," Zulaikha menjawab pertanyaan Leon, sekaligus merangkumi jawapan yang akan diberikan oleh Puteri.

"El, macam mana? Kau dapat kesan Zayyad?" Leon bertanya pada Selena pula. Semua mata kini tertumpu pada Selena.

"Kita dah manipulasi bekalan senjata dan berjaya selitkan beberapa MystiCom ke dalam Shadow, kumpulan bawah Zayyad. Tapi, semuanya seperti dapat dihidu oleh mereka. Kali terakhir aku dapat mengesan Zayyad, dia berada di satu apartment tinggal. Aku ada hantar beberapa ejen untuk pergi ke sana, tapi negatif. Zayyad berjaya meloloskan diri dan yang tinggal hanya alat pengesan. Aku yakin, Zayyad masih hidup. Keadaan makin terdesak sebab kita kekurangan petunjuk. Aku tak dapat jejak lokasi dia yang terkini," jawab Selena dengan tenang. Raut wajah Selena kelihatan penat. Sudah beberapa malam dia tidak cukup rehat untuk menjejaki Zayyad. Sungguh licik lelaki itu meloloskan diri. Dia cuba sedaya-upaya namun semuanya masih samar-samar.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now