𝗕𝗮𝗯 3

92 9 0
                                    

JAY sedang enak menyedut tealive yang dijanjikan Ayunina pagi tadi sambil bersandar pada dinding kedai sementara menunggu Ayunina mengunci pintu apabila bakeri mereka tutup pada jam tujuh malam. Tugas lelaki katanya untuk menjaga keselamatan wanita. Entah-entah sekali kena tumbuk dah tergolek Si Jay ni berdasarkan skala 'kelembutan' yang lelaki itu ada.

"Ayu." Puteri berdiri di belakang Ayunina sambil memegang sebuah kotak.

"Puteri? Kau dah booking table belum?" Ayunina yang baru sahaja selesai mengunci pintu kedai berpaling. Matanya turut melihat kotak yang dipegang oleh puteri. Kotak yang sudah dibalut cantik dengan pembalut hadiah bersama riben berwarna biru muda dilekatkan di atas kotak.

"Er..."

"Cantiknya. Kau bagi hadiah kat Ayu ke? Tak menyempat kau, sikit-sikit nak jadi orang pertama. Kita kan nak keluar makan sekali." Sudah datang si langau tak diundang ni. Jay sudah terpacak di sebelah Ayunina.

Malam ini mereka akan menyambut hari lahir Ayunina secara sederhana sahaja di sebuah restoran. Hanya makan dan bergosip yang Ayunina mahukan. Disebabkan peristiwa lalu, Ayunina enggan menyambut hari lahirnya secara meriah kerana baginya selagi dia masih belum mengehtahui kebenaran, selagi itu dia sendiri tak tahu tentang siapa dia sebenarnya. Kenapa kena berlebihan untuk hari begini? Dia takut jika dia terlampau gembira, kesedihan pula yang bakal menyusul.

"Kau ni sibuklah Jay. Bukan Ayu, tadi ada orang bagi kotak dekat kau. Dia cakap suruh bagi dekat kau, tapi aku terlupa sangat. Sorry." Kotak itu kini sudah bertukar tangan.

"Tak apalah, kau pun sibuk sangat aku nampak harini. Terima kasih Puteri." Ayunina membelek-belek kotak itu.

"Aku tunggu dalam kereta ya. Jay, kau sini, jangan kau nak mengintai." Puteri berlalu pergi ke arah kereta Ayunina yang bakal membawa mereka berempat ke restoran malam ini. Jay turut diheret sama apabila Puteri mencekak kolar bajunya dari arah belakang. Muka Jay beriak seperti rela saja dia diheret begitu. Dia dah biasa dibuli dengan perempuan tiga orang itu.

Ayunina hanya mengangguk. Dia menemui kad ucapan yang dilekatkan di sebalik riben besar itu.

Untuk puteri ibu dan abah. Kebenaran akan mengambil masa, apabila tiba waktu yang sesuai ia pasti akan muncul. Sebelum itu, bersabarlah.

Kenapa ibu dan abah tak bagi sendiri aje pagi tadi waktu mereka bersarapan pagi tadi? Mungkin lupa kot. Ayunina meneka sendirian. Tanpa berfikir panjang, dia berlalu ke kenderaannya. Segala persoalan dibiarkan begitu sahaja.


AYUNINA mengurut lembut pelipis keningnya dengan keadaan yang terhidang di depan mata dia sekarang. Nampaknya memang setiap kali keluar makan bersama, setiap kali itulah mereka berdua ni buat perangai macam ni. Ayunina hanya mengeluh kecil, buku menu di tangannya dipandang semula.

"Sotong goreng tepung!" Jay memegang bahagian menu di sebelah kiri.

"Udang goreng tepung!" Manakala Puteri di bahagian satu lagi. Suaranya tenang namun kedengaran tegas.

Disebabkan mereka sudah terlambat untuk menempah meja di sebuah restoran seafood kegemaran mereka, mereka akhirnya memilih untuk makan di sebuah restoran tom yam. Maka, disinilah mereka ketika ini sedang menyaksikan pertelingkahan Jay dan Puteri dalam memilih menu.

Puteri seorang yang tenang juga akan muncul perangai keanak-anakannya apabila dia lapar. Orang kata, perempuan lapar jangan dibuat main. Tong gas pun dia boleh baling bila dah mengamuk. Contohnya sudah ada terhidang jelas di depan mata.

"Ayu, sebelum menu tu terputus dua baik kau buat sesuatu." Zulaikha kekal tidak beriak sambil menyelak menu tanpa melihat ke arah mereka. Zulaikha masih kekal tenang walaupun dia sudah tersepit akibat duduk di tengah-tengah antara Jay dan Puteri. Dia sememangnya malas nak masuk campur.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedМесто, где живут истории. Откройте их для себя