𝐁𝐚𝐛 19

61 8 1
                                    

10 tahun lepas...

"ZAYYAN jom kahwin." Tenang saja wajah Ayunina. Muka macam tak ada apa-apa berlaku lepas ajak anak teruna orang kahwin.

Tersembur air yang baru diminum Zayyan. Siapa yang tak terkejut? Gadis yang dia minat sejak dari dulu, kini melamarnya. Bukan sebagai boyfriend, tapi sebagai suami! Ayunina langkau step jauh sangat ni.

"Kau ni kenapa? Mereng?" Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Ayunina meluru ajak kahwin. Zayyan melihat hairan Ayunina yang duduk dihadapannya. Dulu Ayunina sendiri yang beria-ria menolak dia. Sekarang dah terbalik.

"Entahlah Zayyan. Aku rasa aku dah terjatuh hati dekat kau. Bila perempuan-perempuan tadi berkumpul dekat kau, aku rasa...nak marah." Ayunina pun pelik dengan diri sendiri. Hampir saja dia heret satu perempuan yang bernama Farah jauh dari Zayyan. Farah tu tak habis-habis nak menempel pada Zayyan. Tanya soalan konon, tapi niat asal mereka dapat Ayunina hidu. Nak menggatal!

Sekarang mereka berdua menyambung master degree. Rezeki mereka berdua masih bersama dalam satu kelas lagi.

Zayyan tersenyum. Tangannya kembali menyuap nasi goreng kampung ke mulut. Semakin bertambah pula rasa seleranya. Pandai juga Ayunina cemburu. Mulut kata benci, hati kata suka.

"Yang kau tersenyum macam kerang busuk tu kenapa? Nak ke tak nak? Ni pertanyaan sekali seumur hidup tau. Tak valid dah lepas ni." Ayunina rasa seperti dia seorang perempuan yang sudah putus urat malu, namun dia tolak ke tepi semua rasa itu. Macam kena sampuk pun ada dia harini.

"Bukan orang selalu bagi masa seminggu dua ke nak fikir? Istikharah ke... Yang ni kau bagi aku lima minit je, mana cukup."

"Bukan kau suka aku ke? Hmm... Takpe la Zayyan. Kau lupakan apa yang aku cakap tadi." Ayunina menongkat dagu. Nafas berat dihembus. Macam ni ke rasanya ditolak? Baru sekali Ayunina, kau sendiri yang tolak dia dulu. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Hidup je mamat tu. Menempel dengan dia sepanjang masa macam lekat dengan gam gajah. Mana dia pergi mesti ada Zayyan, mereka berdua seperti pakej kombo.

Zayyan melihat wajah cemberut Ayunina yang memandang ke arah lain. Merajuk la tu. Kadang-kadang dia juga hairan mengapa dia boleh jatuh hati dengan perempuan di depan matanya. Nak kata cantik, ada yang lebih cantik. Nak katakan lemah-lembut, ada yang jauh lebih sopan. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Baginya, Ayunina saja sudah cukup daripada segala segi.

Zayyan bangun. Nasi goreng kampung masih berbaki separuh.

"Kenapa kau bangun? Nasi tu tak habis lagi. Membazir." Ayunina menegur Zayyan yang bangun tanpa menghabiskan makannya.

"Nak order air kat kau."

"Tak payah... Aku kejap je ni. Aku nak pergi perpustakaan dengan Yani. Nak cari journal untuk references aku sekali." Alasan saja. Sebenarnya Ayunina mahu 'berehat' sebentar daripada mengadap muka Zayyan. Ayunina berura-ura mengemas barangnya dan mahu berlalu pergi dari situ.

"Rezeki tak baik tolak Ayunina..." kata Zayyan dengan nada meleret.

Bila Zayyan sudah menyeru nama penuhnya, Ayunina duduk secara automatik. Entah kenapa, badannya bergerak tanpa menunggu arahan daripada otak.

"Duduk diam-diam. Kejap aku datang balik." Ayunina hanya mengangguk patuh.

Pelayan kafe itu meletakkan secawan teh o lemon panas diletakkan di hadapan Ayunina bersama dengan sebuah kotak kecil.

Zayyan memang tahu kesukaannya. Teh o lemon panas ketika hujan mampu meredakan kegusaran dan mendatangkan ketenangan kepada dia. Ayunina memandang ke arah luar kafe melalui dinding kaca. Kedudukannya juga tidak terlalu jauh dari situ. Hujan lebat di luar dapat dilihat dengan jelas.

"Kan aku cakap tak payah beli kek kat aku. Cukup umur 30 tahun, aku boleh dapat kencing manis." Lagi ditegah, lagi dilawan. Itulah Zayyan. Sudah dia kata jangan belikan kek setiap kali mereka makan bersama, namun semuanya tidak diendah oleh Zayyan. Kaya sangat gamaknya.

"Ini kek terakhir aku nak bagi dekat kau..."

Tangan Ayunina yang baru saja mahu membuka penutup kotak kecil itu terhenti sebentar. Dia memandang Zayyan sekilas.

"Kau nak mati dah ke?"Ayunina berkata tanpa menunggu ayat itu dihabiskan. Dia kemudiannya membuka penutup kotak.

"...sebagai lelaki yang ditolak berkali-kali. Lepas ni aku nak bagi sebagai suami kau. Aci kan? Kau pun, tunggu la aku habis cakap dulu."

Ayunina membaca tulisan di atas kek. Sebelah tulisan itu diletakkan sebentuk cincin berwarna emas. Tiada berlian mahupun corak pada cincin itu. Hanya cincin emas kosong dan nipis.

𝒀𝒆𝒔, 𝑰 𝒅𝒐

Ayunina memandang wajah Zayyan kembali. Wajahnya tenang tapi masih terselit rasa teruja. Zayyan setuju? Zayyan setuju!

"Tadi jual mahal sangat." Ayunina mencebik. Dia mengambil sudu dan mengambil sedikit kek strawberri tadi sebelum menyuap masuk ke dalam mulut. Manis!

"Mana ada. Kau yang tiba-tiba serang aku dengan soalan tu. Blank kejap otak aku. Aku memang dah lama ready cincin tu untuk kau. Tak sangka pula kau yang interframe rancangan aku dulu."

"Tak ada peraturan yang kata lelaki kena melamar dulu. Perempuan pun boleh. Cuma kena berani dan putus urat malu macam aku dulu, baru boleh."

Kedua-dua mereka tertawa kecil.

"Aku minta maaf aku tak dapat beli cincin yang cantik ataupun cincin yang dihias dengan permata. Tapi aku janji dengan kau, bila aku mampu nanti, semua cincin, rantai atau gelang yang kau nak semua aku bagi."

"This more than enough, Zayyan. Kau tak perlu risau. Bukannya makin mahal cincin tu, makin besar kebahagiaan kita nanti. Kau dah cukup ikhlas, aku tak buta."

Bohonglah jika Ayunina tak nampak sejauh mana usaha Zayyan dalam mengambil hatinya. Bukan sebulan dua, malah bertahun-tahun. Dia juga tak tahu sejak bila hatinya menjawab segala perasaan Zayyan. Tahu-tahu dah cemburu tengok Zayyan dengan perempuan lain.

"Terima kasih, Ayunina..."

Ayunina melihat wajah Zayyan yang masih tidak berubah ceria. Cincin itu diambil dan dilap dengan tisu untuk membuang sisa krim yang masih melekat. Ayunina kemudian menyarung cincin itu di jari manisnya. Tangannya yang bersarung cincin itu didekatkan dengan pipi. Senyuman paling manis dihadiahkan di insan yang berada dihadapannya.

"I do too, Zayyan."

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now