𝗕𝗮𝗯 9

59 11 0
                                    

PELAYAN itu meletakkan dua cawan kopi panas di hadapan Ayunina dan lelaki itu. Ayunina hanya memandang kosong. Tiada rasa mahu minum ataupun makan sekarang ini. Dia hanya mahu penjelasan.

Dia kini berada di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari kedai bakerinya. Zayyan pula sedang duduk diam tak berkutik di hadapan Ayunina. Zayyan setia memandang Ayunina tidak berkelip. Ini semua nasihat Zulaikha untuk berbincang baik-baik. Setelah dipujuk, dia bersetuju akhirnya.

"Kenapa awak tak bagi tahu awal-awal yang awak kenal saya? Awak tahu tak sepanjang lima tahun ni, saya hidup tak berarah. Saya tak tahu langsung siapa saya sebelum ni." Ayunina terus berterus-terang tentang persoalannya. Dia tak mahu berkias-kias lagi.

Kedengaran keluhan berat daripada Zayyan.

"Sebab saya terpaksa Ayunina."

"Itu bukan jawapan yang saya nak Zayyan." Muka Ayunina menegang semula. Apa yang susah sangat nak bagitahu kepada dia sebabnya.

"Lepas kita graduate, awak dan saya dah lama lost contact. Lagipun dulu awak lagi suka kalau saya tak kacau awak. Ingat tak?" Zayyan tersenyum nipis. Ayunina pula terkedu. Dia juga tahu yang dia pernah menolak Zayyan dulu. Jadi tak salah juga kenyataan Zayyan itu.

"Saya jumpa awak pun secara tak sengaja di kedai bakeri tu. Saya yakin itu awak, tapi nampaknya awak tak kenal saya. Lepas saya tanya pasal awak daripada Jay, baru la saya tahu keadaan sebenar awak."

Zayyan langsung tak tahu, persinggahan dia di bakeri itu secara tidak sengaja dapat menemukan dia kembali dengan Ayunina. Ketika itu, Ayunina langsung tak menegurnya, hanya professional sebagai penjual dan pelanggan. Zayyan mula hairan ketika itu.

"Habis tu kenapa awak tak kenalkan diri sebagai kawan lama saya?"

"Ayunina, kalau orang yang awak tak ingat dan tak kenal tiba-tiba datang mengaku kawan, awak terima ke? Mesti tak kan? Silap-silap awak halau saya keluar. Dengan keadaan awak yang masih tak stabil... saya tak nak keruhkan keadaan lagi." Suara Zayyan mengendur. Dia meraup kasar mukanya. Dia juga sedikit terkilan apabila Ayunina langsung tidak memandang wajahnya pada hari pertama mereka berjumpa kembali, rupa-rupanya gadis itu kemalangan dan hilang ingatan.

Mendengar penjelasan Zayyan, Ayunina berasa sedikit tenang. Ada rasionalnya juga. Dalam keadaan yang tidak tentu arah, mustahil Ayunina dapat menerima kehadiran Zayyan begitu sahaja.

"Jay, Zulaikha dan Puteri tahu la awak siapa?"

Zayyan mengangguk. "Mula-mula susah juga mereka nak percayakan saya,tapi lama-lama dia orang okey. Takut sangat saya sakitkan bos kesayangan dia orang. Sayang juga dia orang kat awak. Tambah-tambah wartawan tak berdaftar tu." Tahu sangat Zayyan maksudkan siapa. Tak lain tak bukan, mesti Jay.

Mereka berdua ketawa.

"Awak ada cerita apa-apa tentang zaman universiti dulu dekat Jay ke?"

"Yang saya suka awak? Mestilah tak, teruk saya kena bahan dengan dia nanti. Dah la kena reject." Zayyan berpura-pura sedih. Tertawa kecil Ayunina. Maknanya rahsia dia meminati Zayyan juga masih terjaga. Kalau tak, tahu la nasib kau Jay!

"Takziah juga Zayyan. Saya tak tahu isteri awak meninggal." Teringat kisah Zayyan, dia turut bersimpati.

"Itu semua cerita rekaan semata-mata," kata Zayyan selamba sebelum menghirup kopinya yang kini sudah suam.

"Huh?" Berkerut-kerut dahi Ayunina. Dia tertunduk merenung kopinya di atas meja. Maknanya isteri dia hidup lagi? Tak cemburu ke tengok suami dia berdua-duaan minum kopi dengan perempuan lain. Silap-silap mandi kopi dia petang ni.

"Ayunina..."

Aduh, lemah betul hati seketul Ayunina bila nama penuhnya diseru Zayyan. Ayunina mengangkat mukanya. Sepasang mata miliknya kini bersabung dengan sepasang mata milik Zayyan.

"Itu semua rekaan. Saya tak terfikir alasan lain bila soalan cepumas Puteri keluar. Kek strawberi tu kan kegemaran awak, sebab tu saya selalu beli kek tu. Nak refresh balik ingatan awak. Kek tu saya selalu bagi dekat mana-mana budak saya jumpa. Saya tak buang... dan yang pasti tiada sesiapa yang akan serang kita berdua. Just because we have our lovely coffee date here. Saya masih bujang," ujar Zayyan. Sempat juga Zayyan mengenyitkan mata. Dah macam budak sekolah yang baru nak belajar mengurat gayanya.

Ayunina sudah gelabah. Zayyan ni seperti membaca mindanya sahaja. Bahaya betul.

Zayyan pula tersenyum sambil menggeleng-geleng melihat reaksi Ayunina. Gadis itu sangat kontra dengan versi remajanya. Ayunina yang dulu lebih tenang. Ayunina versi sekarang lebih mudah gelabah. Usik sahaja sedikit pasti muka gadis itu berubah merah. Emosinya lebih senang dibaca. Zayyan sukakan Ayunina versi sekarang. Lebih comel.

Zayyan menolak secawan kopi milik Ayunina yang dilapik piring itu agar lebih dekat kepada Ayunina.

"Minum sebelum sejuk. Nanti tak sedap." Ayunina hanya menurut. Kopi itu diminum dengan tertib. Takut jika tertumpah, dengan keadaan sekarang dimana Zayyan memerhatikannya. Buat malu saja nanti.

"Ayunina."

"Hmm..." Ayunina masih ralit menikmati kopinya itu.

"Kita okey sekarang?"

Ayunina mengangkat kepalanya melihat Zayyan yang menanti dengan penuh harapan. Ayunina tersenyum manis.

"Awak Zayyan, pelanggan tetap kedai saya dan kawan lama saya. Kita okey."


"KAU dah sampai rumah?" Seperti biasa, Puteri pasti akan menelefon Ayunina untuk memastikan dia selamat pulang ke rumah.

"Dah." Ayunina berjalan menuju ke katil. Sebelah tangannya membelek 'little stone', manakala sebelah lagi masih memegang telefon. Butang telefon kecil berwarna hitam itu ditekan, namun skrin itu masih gelap tidak bernyala.

"Kau dah okey ke dengan Zayyan?" Puteri agak risau dengan Ayunina hari ini. Sudah la Ayunina diserang dengan Zainab, hari ini jugalah Ayunina tiba-tiba tahu tentang Zayyan. Kenapa la semua nak jadi dalam satu hari?

"Okey dah. Pandai kau orang berahsia dengan aku. Kalau Zayyan tak buka mulut tadi sampai bila-bila kau orang senyap kan?" suara Ayunina seperti berjauh hati.

"Kami terpaksa. Demi kau juga. Jangan la marah kami. Rahsia kau pasal Zayyan tu kami tak pernah bocorkan tau." Tahu sangat la rahsia apa. Semestinya rahsia Ayunina menaruh hati kepada Zayyan.

"Hmm ye la... aku tak marah."

"Sayang kau. Dah la, aku nak pergi mandi, ngantuk. Jumpa esok."

"Jumpa esok." Ayunina memutuskan panggilan telefon. Fokusnya kini berada pada telefon kecil itu.

Setelah dia agak tenang dan waras pada ketika itu, akhirnya Ayunina teringat peristiwa di kedai makan, di mana Ayunina bersama Nad dan Zayyan. Kenapa tiba-tiba dia kembali kepada masa asal?

Ayunina meneliti sekali lagi. Skrin telefon itu masih gelap.

"Mungkin sebab habis bateri?" Teori kedua yang dia buat sendiri. Maknanya... setiap kali telefon ni habis bateri, dia pun kena balik ke masa asal. Tanpa membuang masa, dia mengambil pengecas untuk disambungkan kepada telefon itu. Akhirnya telefon itu menyala juga. Simbol infiniti terpempang di skrin telefon itu.

"Kita mengembara esok je la little stone. Letih betul harini." Ayunina meletakkan telefon itu di meja kecil bersebelahan katilnya.

Selimut ditarik hingga ke paras dada. Ayunina baring terlentang merenung syiling kosong. Ayunina senyum sendiri. Akhirnya setelah lima tahun, dia dapat bertemu orang daripada masa silamnya. Orang selain ibu dan ayahnya iaitu Zayyan.

"Ayunina, sama ada awak ingat perkenalan lalu kita atau tak, itu tak penting. Saya cuma nak awak tahu, perasaan saya dekat awak masih sama. I still like you from the first time I saw you, and I hope I can make you fall for me this time too."

Ayunina tersenyum sendiri lagi apabila dia teringat ayat terakhir daripada Zayyan petang tadi. Tak perlu teka, kita akan tahu siapa yang Ayunina akan mimpikan malam ni. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedOnde histórias criam vida. Descubra agora