𝐁𝐚𝐛 16

47 7 0
                                    

"AWAK nak mandi hujan?"

"Tak nak. Nanti sejuk satu hal. Kereta awak pun boleh basah lenjun nanti." Ayunina mengambil cup minuman dan menyedut air teh bunga yang dibelinya tadi, cuba menolak pelawaan Zayyan dengan senyuman manis. Dia juga teringin nak mandi hujan, tapi masa sekarang sangat tidak sesuai. Dia bukannya budak-budak lagi.

"Okeylah kalau macam tu. Awak nak makan apa? Saya ambilkan." Zayyan menunggu respon daripada Ayunina.

"Hmm... Saya ambil sendiri. Apa kata awak pasang lagu, bosan."

"Awak nak lagu apa?"

Ayunina meneguk perlahan air. Nak cakap ke tak nak. Terasa segan, tapi dia teringin nak tahu. Tanya je la kan?

"Ayunina?" Zayyan cuba memancing jawapan daripada Ayunina apabila melihat Ayunina seperti segan untuk mengungkap sesuatu.

"Tadi awak kata pasang lagu kegemaran kita kan? Lagu apa tu? Saya tertanya-tanya." Ayunina akhirnya memberanikan diri untuk bertanya.

Zayyan tersenyum lebar, menunjukkan rasa senangnya atas ketertarikan Ayunina. "Nak tahu?"

Ayunina mengangguk laju. Zayyan menaip sesuatu di skrin. Telefonnya sudah disambungkan dengan bluetooth kereta. Tidak lama selepas itu, satu melodi mula bergema daripada corong pembesar suara.

"Lagu apa ni?"

"Old love."

Ayunina memejamkan matanya. Untuk menghayati bait-bait lirik lagu itu. Dia biarkan dirinya terus hanyut dalam melodi itu.

I wanna hold your hand and show what is love

When you are smiling and when you are laughing

We should keep dancing to treasure the feelings

Like it's the old love

When I'm with you, it's like déjà vu

I realize that dreams really come true

We keep on talking for the moment we live in

Let's keep drinking 'till the moon disappear

(Old Love- Yuji ft Puteri Dahlia)

Tiba-tiba irama tadi berganti dengan pelbagai suara yang bercampur-baur. Kening Ayunina berkerut. Terasa seperti dejavu. Dia dapat mengagak apa yang bakal berlaku.

Ayunina membuka matanya kembali. Suasana gelap. Tiada Zayyan. Tiada makanan yang mereka beli tadi. Tiada juga muzik yang menemani mereka. Hanya kosong. Ayunina memandang sekeliling. Dia berada di pintu hadapan sebuah rumah. Seperti sebelum ini, dia tak dapat menyentuh apa-apa.

"Zayyan? Awak ada dekat sini ke?" Walaupun Ayunina tahu soalannya tiada guna, dia masih mencuba.

Hujan selebat-lebatnya. Hanya tempias lampu jalan yang malam menghiasi laman itu. Ayunina masih pegun berdiri di satu sudut. Rasa takut mula menyapa.

"Jom la sekali ni je." kedengaran sayup-sayup suara seorang perempuan yang manja memujuk. Teringin betul dia nak mandi hujan, tapi keinginannya terbantut.

"Sayang... Demam nanti. Sayang pun bukannya sihat sangat." Suara lelaki pula muncul.

Bayang-bayang pasangan itu melangkah semakin hampir beberapa tapak namun terhenti tidak jauh dari tempat di mana Ayunina berdiri. Namun, hanya bayang dan suara mereka yang terasa lebih dekat mampu Ayunina dengar.

"Sayang teringin la. Bukan selalu. Please. Please. Please." Wanita itu tidak mengalah.

"Kali ni je, 5 minit. Lepas tu sayang kena terus pergi mandi. Nanti demam lagi." Akhirnya lelaki itu beralah juga dek pujuk rayu wanita kesayangannya. Memang setiap kali dia melarang, pujukan manja itu yang akan menang.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWo Geschichten leben. Entdecke jetzt