𝗕𝗮𝗯 43

55 4 0
                                    

Masa sekarang...

"KITA kat mana ni?" Ayunina hanya mengekori Zayyan sejak tadi. Bangunan ini kelihatan begitu gelap dan misteri. Sejak semalam dia cuba mencerna apa yang diceritakan oleh Zayyan. Patut ke dia percaya atau tidak? Tapi semua yang ditunjukkan Zayyan itu semua betul. Tak mungkin la Zayyan menipu kan?

"Awak takut ke?" Zayyan hanya tersenyum kecil. Ayunina kelihatan takut-takut. Suasana ini sama seperti dia dan Ayunina pertama kali menjejakkan kaki di Mystique. Zayyan terus menggengam tangan itu. Sedikit sejuk, mungkin gementar.

Ayunina sedikit terkejut, namun dia tak menarik tangannya. Lelaki ini suaminya, tidak salah pun. Tapi rasa janggal itu masih ada. Selama ini dia kenal Zayyan sebagai pelanggan kedai bakerinya, bukan Zayyan sebagai suaminya. Semuanya berubah terlalu pantas.

"Saya ada, jangan risau," Zayyan berkata sambil tersenyum kepada Ayunina.

Ayunina membalas senyuman Zayyan. Kali ini penuh dengan keikhlasan.

Ayunina dan Zayyan tiba di satu bilik. Masing-masing duduk di sofa sambil menunggu ketibaan seseorang. Tangan Ayunina masih dipegang kemas oleh Zayyan, seperti tidak mahu lelaki itu lepaskan.

"Zayyan, kau bawa tetamu yang aku nantikan harini." Leon muncul. Segak berkot hitam. Rambut lelaki itu pun sudah dipenuhi uban, namun wajah tampan itu masih kelihatan walaupun sudah berusia. Fizikal lelaki itu juga masih tegap.

Ayunina memandang Zayyan. Meminta penjelasan, sesiapa lelaki di depan mereka sekarang. Leon yang memerhati hanya tersenyum nipis.

"Aku Leon." Leon memperkenalkan dirinya sendiri. Dia tahu Ayunina tidak pernah melihat wajahnya selama lima tahun ini. Sudah pasti Ayunina tidak mengenali dirinya sama sekali.

"Leon? Macam nama ikan," gumam Ayunina perlahan. Tiba-tiba Ayunina teringat nama ikan kesayangan Zubir. Kebetulan namanya sama pula dengan lelaki di depannya ini.

"Ikan?"

"Abah saya letak nama ikan saya tu Leon."

Leon dan Zayyan ketawa kecil. Kemudian wajah Leon kembali serius. Ada benda yang lebih penting berbanding nama dia dan ikan itu. Sudah lama mereka tidak bertindak. Ayunina ingat ataupun tidak, kali ini perkara itu perlu diletakkan di tepi, Z perlu ditumpaskan sepenuhnya. Lelaki itu sedang berbahagia di luar sana, sedangkan hidup orang yang dia hancurkan masih belum pulih sepenuhnya.

Leon meletakkan pendrive di atas meja.

"Apa ni?" Ayunina menyoal penuh hairan. Zayyan dan Leon pula melihat wajahnya.

"Dalam ni ada semua maklumat tentang Hooper. Kau sendiri yang bagi aku benda ni dulu. Ini rahsia kita bertiga, sampai harini, tiada sesiapa yang tahu. I don't know this supposed to be a joke or what, but Ayunina you didn't give us the password."

"Hooper? Password apa?"

"Untuk Hooper, Zayyan akan terangkan tentang tu nanti. Formula penuh semua ada dalam ni, tapi aku dan Zayyan masih tak dapat nak bongkarkan password ni. Aku tak boleh minta tolong Selena sebab ini rahsia aku, kau dan Zayyan. Jadi Ayunina, sekarang aku cuma nak minta tolong satu kat kau, tolong cari balik password untuk Hooper. Boleh?"

"Macam mana aku nak tolong kau aku tak ingat apa-apa?"

"Kau kena cuba."

"Aku dah cuba selama ni. Kau ingat aku tak buat apa-apa ke selama ni?"

Leon hanya tersenyum, "Aku yakin kalini kau boleh. Aku ada urusan lain, aku tinggalkan kau orang berdua. Apa-apa, Zayyan, kau boleh bagitahu aku."

Zayyan mengangguk. Selepas Leon hilang disebalik pintu, Zayyan memandang Ayunina semula. "Jom, saya nak tunjuk awak satu tempat." Tangan Ayunina digenggam semula. Ayunina dibawa menuju ke tempat kerja lama mereka berdua. Ayunina hanya menurut tanpa banyak soal.

"Tada! Inilah ofis kita dulu. Banyak benda yang kita buat kat sini dulu, Ayu. Saya duduk sini, awak pula duduk sana. Dulu-dulu kan, sambil kerja pun kita boleh dating." Zayyan menunjukkan meja kerjanya dan Ayunina dengan teruja. Kerusi ditarik dan dia meminta Ayunina untuk duduk. Zayyan menyambung lagi, "Kalau awak nak tahu, dulu awak ni boleh tahan workholic. Semua benda kalau boleh, awak nak buat sendiri. Benda tu yang saya nampak masih tak berubah dalam diri awak. Saya tahu awak boleh, Ayu, tapi saya kan ada. Apa guna saya kalau awak tak gunakan saya?"

Ayunina dari tadi hanya memerhati kini tersenyum kecil. "Awak suka la saya guna-gunakan awak?" Soal Ayunina. Keningnya dijungkitkan sebelah dengan senyuman mengusik.

"Anytime, at your service madam! Untuk awak, semua saya sanggup buat tau." Zayyan juga membuat gaya seperti tabik hormat. Mereka berdua tertawa kecil.

"Awak, terangkanlah pasal Hooper dekat saya."

Zayyan meletakkan satu telefon berwarna ungu dan satu lagi telefon berwarna hitam di atas meja kerjanya. Ayunina melihat dua telefon itu bersilih ganti. Rupa paras itu tidak jauh beza. Saiznya juga sama.

"Little stone..." Ayunina melihat telefon yang sama dia gunakan dulu. Telefon ajaib. Banyak tempat lama dia 'dibawa' oleh telefon itu. Baru dia teringat tentang bagaimana telefon itu boleh berada pada Zayyan. Zayyan masih belum menjawab soalannya.

"Little stone?" Zayyan menyoal penuh hairan.

"Saya letak nama telefon ni Little Stone. Sebab dia kan hitam macam batu kecil. Sesuai nama dia kan? Macam mana telefon ni boleh ada dengan awak?"

Zayyan hanya menggeleng perlanan. Macam-macam la Ayunina ni. Kalau nak letakkan nama kreatif, boleh serahkan tugas itu pada Ayunina. Dia kembali fokus pada alat ciptaan mereka berdua yang sudah terletak elok di atas meja itu.

"Hooper adalah ciptaan awak. Little Stone adalah ciptaan saya. Disebabkan saya tak dapat nak rungkaikan password tu, saya cipta benda yang sama dengan apa yang awak buat. Lagipun awak dulu dah tak nak Hooper dihidupkan semula. Saya hormati keputusan awak. Little stone merupakan klon kepada Hooper.

Dah nama pun klon, pasti tak sama. Lagipun saya cuma dapat tengok sikit saja macam mana awak ciptakan Hooper. Kalau awak perasan, Little Stone sangat tak stabil. Awak akan dicampak ke masa yang rawak. Dan, awak akan kembali pada masa yang rawak juga. Awak tak boleh pilih selama mana awak nak berada dalam masa tu." Zayyan menerangkan panjang lebar. Ayunina hanya diam mendengar penjelasan Zayyan, tidak berniat untuk mencelah langsung.

"Ada masa, saya akan guna Little Stone untuk jumpa awak, sebab saya rindu," Zayyan berkata perlahan. Walaupun Ayunina berada disebelahnya sekarang, namun dia terasa yang Ayunina masih jauh. Tidak semesra dulu. Yalah, Ayunina masih belum ingat tentang mereka.

Ayunina mengusap lembut belakang lelaki itu. Dia tak tahu betapa sayangnya Zayyan pada dia. Tetapi dia dapat merasakan itu. "Maaf Zayyan, saya masih tak ingat. Tapi, terima kasih untuk apa yang awak dah buat selama ni. Saya cuma tertanya-tanya, kenapa Little Stone awak tak ada tarikh saya erm... hari kemalangan tu? " Ayunina tanya dengan nada perlahan, risau pula lelaki itu berubah mood apabila mendengar nama Z. Zayyan sekarang cukup pantang untuk mendengar nama Z. Nota-nota yang dikirim Z cukup untuk membuat Zayyan baran sepanjang hari.

"Sebab saya tak nak awak sakit berkali-kali. Kita cuma boleh kembali ke masa lalu, tapi untuk mengubah apa yang terjadi, bukan hak kita. Saya tak nak tengok masa di mana awak hilang berkali-kali. Cukuplah sekali itu saja. Faham?" Zayyan memandang redup saja Ayunina yang mengangguk perlahan.

"Good, saya simpan semua barang kejap. Saya nak bawa awak ke tempat lain pula. Lagi satu, dalam fail warna kuning tu ada semua pasal Z yang awak perlu tahu. Nanti awak kena baca." Zayyan terus bangun. Semua alatan di simpan rapi. Dia mengemas semula meja kerjanya yang ditinggalkan bersepah. Sebaik saja mendengar bakeri Ayunina diserang, dia tinggalkan semua kerjanya begitu saja. Untuk sampai ke Ayunina adalah keutamaannya ketika itu.

Terjawab sudah teori-teori yang dibuat Ayunina ketika menggunakan Litte Stone. Semua teorinya salah rupanya. Dia ralit memandang Zayyan yang sedang mengemas-ngemas. Apa yang dia buat dulu sehingga lelaki itu begitu takut kehilangan dia? Adakah sayang dia melebihi sayang Zayyan kepada dia dulu?

Kemudian Ayunina beralih pada fail kuning. Fail itu dia ambil dan dia buka. Muka surat pertama lagi sudah ada sekeping gambar bersaiz A4. Wajah itu sebiji dengan Zayyan. Cuma raut wajah Zayyan lebih manis. Dia selak lagi untuk baca muka surat seterusnya. Tertera satu nama.

Zayyad Bin Amran. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now