𝐁𝐚𝐛 20

63 7 0
                                    

AIMAN menghulurkan tisu kepada Zayyan. Kesian pun ada apabila dia lihat keadaan si Zayyan. Berpeluh-peluh rakannya seorang itu mengawal gementar dan debaran di dada. Dia pun terkejut dengan berita yang diberitahu Zayyan. Tak sangka akhirnya Ayunina berjaya ditawan Zayyan. Tak sia-sia usaha kawan baik dia ni.

Mereka berada di dalam sebuah masjid pada hari penyatuan dua hati iaitu Zayyan dan Ayunina. Sejak malam tadi Zayyan sudah mempraktikkan ayat terima akad. Aimanlah yang menjadi mangsa untuk menjadi pendengar dan jurulatih kepada Zayyan. Sepanjang malam juga Zayyan tidak berhenti berlatih untuk sebaris ayat.

"Tarik nafas... hembus. Aku risau kau pitam nanti."

Zayyan menjeling tajam. "Mulut kau,aku gasak pakai karpet masjid ni kejap lagi. Aku cuma nak Ayunina bangga aku bila aku mampu akad dengan sekali lafaz. Kahwin sekali seumur hidup tau."

"Bukan panjang pun nama Ayunina tu. Seketul tu je nama dia. You got this bro." Aiman mengangguk dengan wajah tegas. Seolah-olah ketua yang sedang melepaskan anak buahnya untuk pergi berperang.

"Terima kasih bro."

Aiman dan Zayyan membuat 'bro hand-shake'. Tergeleng-geleng rakan-rakan yang lain melihat gelagat mereka berdua.

"Mengadap abah Zayyan. Kamu salam dengan dia tak akan ada orang yang cakap sah nanti." Zayyan sudah tersengih malu dan disambut oleh gelak ketawa mereka yang lain. Sejak bila Zubir duduk dihadapannya pun dia tidak perasan.

Zayyan membetulkan kedudukannya di hadapan Zubir. Zayyan menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia sudah bersedia. Zubir tenang memandang Zayyan. Dia tahu bahawa dia telah menemui lelaki yang sesuai untuk anak perempuannya. Mata mereka bertemu seketika.

Zubir menyambung, "Dah sedia?"

Zayyan pula mengangguk yakin.

"Bismillahirrahmanirrahim. Aku nikahkan dikau Zayyan Bin Amran dengan anak aku, Ayunina Binti Zubir dengan mas kahwin seutas gelang emas."

"Aku terima nikahnya Ayunina Binti Zubir dengan mas kahwinnya seutas gelang emas." Dengan sekali lafaz saja, Zayyan melafaz lancar.

Zubir melihat ke saksi-saksi yang mengelilingi mereka, dan satu per satu, mereka melafazkan kata-kata yang menegaskan sahnya pernikahan ini.

"Sah," ucap mereka dengan tegas.

Sebuah perasaan syukur melanda seluruh masjid saat banyak yang mengaminkan dengan suara rendah, "Alhamdulillah."

Namun, biarpun detik-detik ini sepatutnya penuh dengan kegembiraan, Ayunina kelihatan tidak gembira sepenuhnya. Dia melihat sekeliling masjid seperti mencari sesuatu. Seseorang yang dijangka hadir pada masa ini masih belum muncul. Hatinya dihantui oleh campuran harapan dan kebimbangan.

Persoalan yang bermain di fikirannya ialah, 'Di mana dia? Dia datang tak?' Ayunina merindui seseorang yang sangat penting dalam hidupnya.

"Kau cari siapa?" Nad yang duduk bersebelahan Ayunina sudah lama perasan yang Ayunina seperti sedang mencari seseorang. Terjenguk-jenguk kepala itu mencari seseorang daripada ramai-ramai orang yang berada di sini harini.

"Aku cari abang aku. Kau ada nampak tak?"

Nad memandang Ayunina dengan wajah yang serba-salah. Laju saja Ayunina faham.

"Aku tahu abang aku mesti tak datang lagi." Kata Ayunina perlahan. Bahunya sudah jatuh. Sia-sia saja dia tunggu sejak daripada tadi dengan penuh harapan.

"Kau tahu kan abang kau sibuk dengan kerja. Sekejap lagi mesti dia datang. Kau jangan nangis pula, mahal nak solekkan muka kau ni." Nad cuba memujuk.

Ayunina hanya tersenyum hambar.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedМесто, где живут истории. Откройте их для себя