𝗘𝗽𝗶𝗹𝗼𝗴 𝗜

115 5 0
                                    

NADIA memegang sebuah kotak yang terisi dengan sepotong kek longan. Nadia tersenyum gembira untuk bertemu dengan lelaki idamannya. Dia menghirup perlahan kopi yang dibeli dari kafe kegemaran Zayyan sendiri, Coffee2days.

Dia lihat Zayyan yang baru tiba. Lelaki itu menanggalkan topi yang dipakai dan meraup rambutnya agar lebih kemas. Kerusi di hadapan Nadia di tarik.

"Mana Ayu? Kau kata dia ada sekali?" Zayyan mencari-cari kelibat Ayunina namun masih tak kelihatan. Dia datang ni pun sebab ada Ayunina, kalau tak memang dia tak akan datang. Tak manis untuk dia keluar berdua dengan Nadia, Nadia sendiri sudah mempunyai kekasih hati. Aiman pun memang kawan baik dia.

"Er... Ayu kata dia sakit perut," bohong Nadia. Sengaja dia menipu Zayyan dengan kata yang Ayunina nak ikut sekali. Kalau Zayyan tahu dia hanya seorang, pastu Zayyan takkan muncul sekali.

"Oh yeke. Tak apalah aku balik dulu macam tu. Lagipun tak elok kalau kita berdua je," kata Zayyan dalam masa yang sama dia tak mahu Nadia terasa. Dia tahu Nadia menipu lagi. Dia selalu tertipu apabila nama 'Ayunina' digunakan. Semuanya sebab nak keluar berdua dengan dia.

"Tapi kita kan kawan?" Nadia tak mahu kalah. Kenapa mesti Zayyan ada ketika Ayunina ada saja. Ayunina pun dah banyak kali menolak Zayyan. Tapi lelaki itu tak habis-habis terhegeh-hegeh pada Ayunina.

"Kita memang kawan. Aku tahu benda tu. Kau ada hati kau kena jaga. Walaupun Aiman kawan aku, aku yakin dia mesti tak suka kalau aku keluar berdua dengan girlfriend dia. Aku pulak, ada hati yang aku nak sambut. Dari awal aku kena jaga kepercayaan dia kan?"

Baru saja Zayyan mahu berlalu, Nadia terus bangun dan berjalan laju untuk memintas Zayyan. Dia terus berdiri tegak di hadapan Zayyan. Terkejut juga lelaki itu dengan tindakan Nadia yang tiba-tiba.

"Aku suka kau Zayyan. Kau tak nampak lagi ke?"

"Nadia, aku yakin perasaan yang kau ada tu bukan suka. Tapi lebih kepada kagum. Aku tak nafikan perasaan kau, tapi aku yakin rasa itu akan berlalu tak lama lagi. Aiman tu baik Nad, dia sayangkan kau. Jangan khianati rasa sayang orang lain. Aku sukakan Ayunina. Aku dah cakap banyak kali. Dia akan sentiasa Ayunina, takkan pernah kau Nadia," jawab Zayyan tenang. Ini bukan kali pertama Nadia meluahkan perasaannya. Tapi setiap kali itu juga Zayyan menolak. Zayyan teringatkan Aiman, jika kawan baiknya itu tahu nanti macam mana la rasanya nanti.

"Tapi Zayyan..." nada Nadia jelas kedengaran kecewa.

"Aku cakap ni untuk kali terakhir Nad. Enough is enough. You and me can never be us. Aku tak salahkan kau untuk sukakan aku. Siapalah aku untuk mengawal hati manusia. Tapi kau kena faham, aku takkan pernah boleh terima kau. Dan kau pun tahu sebabnya kenapa. Kalau kau masih nak berkawan dengan aku, act like one. Aku balik dulu," kata-kata Zayyan kedengaran lembut, tapi masih tegas. Zayyan terus menonong keluar tanpa mempedulikan Nadia.

Nadia hanya melihat permergian Zayyan dengan hati yang terluka. Dia menaruh perasaan kepada Zayyan sejak pertama kali dia bertemu lelaki itu. Dia bercinta dengan Aiman pun semata-mata nak dekat dengan Zayyan. Lebih mudah jika dia mahu melihat Zayyan sebab Zayyan dan Aiman memang rapat. Tapi siapa sangka, di mata Zayyan hanya Ayunina yang menarik. Dia cukup penat menabur bunga.

Nadia mengetap giginya kuat. Tangannya juga turut dikepalkan.

"Kau tunggu Zayyan. Kau takkan bahagia dengan Ayunina. Dan aku akan pastikan tu. Kalau kau tak dengan aku, kau takkan bahagia sampai bila-bila," ucap Nadia dengan penuh tekad dan dendam. Sejak hari itu, tiada apa memenuhi ruang hati Nadia melainkan amarah yang perlu dilunaskan. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now