𝗕𝗮𝗯 52

130 5 1
                                    

Setahun kemudian...

"ABANG letih nak cakap dengan mak buyung sorang ni. Dah la jalan macam penguin. Tak reti duduk diam pulak tu. Lagi susah nak jaga daripada jaga kucing. Abang dah cakap makan sikit, jangan banyak sangat. Nanti sakit," rungut Aazam sambil mengelap air mata Zulaikha yang mengalir laju,

"Abang buat apa lagi dengan kakak ipar Ayu? Kenapa Kak Zu nangis? Abang buli ke?" Ayunina tiba. Jalannya terkengkang-kengkang menghampiri Aazam dan Zulaikha.

Kan dah cakap! Ni lagi satu lagi penguin.

"Kak Zu kamu ni nak makan benda manis tak habis-habis. Pagi tadi kak Zu dah makan sebiji kek dah. Licin kat dia seorang. Ini nak lagi sebiji. Nasi langsung tak mahu makan." Pening kepala Aazam. Bila tak bagi, beginilah jadinya. Menangis. Lepastu merajuk. Akhirnya Aazam suap juga la lagi sesudu dua.

"Sikit je..." rungut Zulaikha. Bela diri sendiri.

Ayunina hanya tertawa. Entah ke mana perginya sifat dingin Zulaikha. Sejak mengandung, Zulaikha dah bertukar menjadi sangat cengeng. Kini, Ayunina dan Zayyan sama-sama mengusahakan kedai bakeri. Zulaikha tak lagi bekerja di bawah Mystique sejak mengandung. Dia mahu mulakan hidup baru. Hanya Aazam dan Puteri masih kekal di sana.

"Ayu, kenapa asyik berdiri, kakikan dah bengkak. Duduk." Zayyan menarik satu kerusi untuk Ayunina duduk. Ayunina mengangkat kening kepada Aazam dengan muka berlagak. Sejak dia mengandung juga, Zayyan sangat terlebih menjaga.

Nampak? Aazam hanya mencebik.

"Zayyan..." Ayunina meleretkan suaranya. Ada la sesuatu yang dia nak. Suaranya memang akan terlebih lembut. Tiba-tiba dia teringinkan sesuatu. Perutnya juga agak lapar sekarang.

"Nak apa sayang?" soal Zayyan lembut.

"Ayu kan, teringin sangat nak makan mi hailam. Abang carikan boleh?"

"Boleh. Ayu nak berapa? Satu? Lima?"

Eh, perli dia ke ni? Dia tak boleh beza sama ada Zayyan serius atau lawak sekarang.

Lengan Zayyan dicubit lembut. "Satu cukup la." Takkan dia nak minta Zayyan bawa balik satu restoran pula. Selalunya dia akan rasa sikit je, selebihnya dihabiskan oleh Zayyan. Sebab itulah Zayyan semakin berisi sekarang.

Zulaikha yang mendengar perbualan suami isteri itu mula meneguk air liurnya sendiri. Dia terbayang kuah panas mi hailam. Berlegar-legar pula rupa mi hailam di hadapannya. Kek yang disuap Aazam ditolak.

"Abang..."

"Nak mi hailam kan?" Aazam dah tahu dah. Dia tengok mata yang bersinar-sinar tu, dia dapat agak. Zulaikha oh Zulaikha. Kalau Ayunina sebut ayam golek tadi, mesti dia nak ayam golek juga. Pening kepala Aazam dibuatnya.

"Jom. Siapa dapat belikan mi dulu, dia yang menang." Zayyan buat lagi. Seronok pula bertanding macam ni. Maklumlah Ayunina dan Zulaikha mengandung pada masa yang sama. Ini bukan pertama kali Zayyan dan Aazam begini. Nanti beli barang anak pun boleh pergi beli sama-sama.

Ayunina dan Zulaikha hanya menggeleng apabila melihat suami masing-masing mencicit lari keluar dari bakeri. Siap bertolak-tolak. Mereka ke orang yang sama panggil dia orang macam budak-budak tadi?


"PENAT ke lari tadi? Siapa menang, awak ke abang?" Bahu Zayyan dipicit lembut.

"Mestilah saya. Hebatkan saya?" kata Zayyan bangga.

"Awak memang hebat." Ayunina membuat thumbs up.

Ayunina menunduk teringatkan sesuatu. Usia dia sekarang pun sedang berada dalam pertengahan 30 an. Dia dah tak muda macam Zayyan kenal dia mula-mula dulu. Banyak yang berubah dalam diri dia. Fizikal dan cara berfikir. Tambah-tambah pula pengalaman paling besar dalam hidup dia.

"Saya dah tua sekarang, saya mungkin mampu bagi awak satu je anak. Saya minta maaf." Tangan Ayunina mengusap perlahan perut sendiri. Kandungan dia sudah berusia lapan bulan sekarang. Tiba-tiba ada satu tangan kekar lain yang bertindan dengan tangan dia. Ayunina berpaling melihat Zayyan yang tersenyum ke arah dia.

"Awak dah bagi dua dekat saya, Ayu. Satu dekat syurga dan satu akan teman kita kat sini nanti. Kalau ditakdirkan kita berdua saja pun saya bersyukur. Asalkan ada awak." Zayyan takkan pernah lupa anak sulungnya. Mungkin dia dan anaknya tak pernah berjumpa di dunia, tapi dia berharap anaknya akan tunggu mereka berdua nanti. Dia cuma mahu ada dengan Ayunina sentiasa.

"Bercinta apa lagi? Ibu panggil balik. Katanya ada masak istimewa." Naik berbulu mata Aazam bila masuk ke dapur tadi. Tak habis-habis bercinta macam baru kahwin semalam. Padahal yang kahwin dulu tu Ayunina bukannya dia.

"Jom sayang." Zayyan memimpin Ayunina keluar. Sewaktu melepasi Aazam, Ayunina menjelirkan lidahnya. Cemburu cakap cemburu.

Aazam hanya menggeleng. Dia memandang belakang pasangan itu. Ayunina dan Zayyan. Nampaknya Ayunina tak membuat silap dalam memilih. Zayyan menjaga Ayunina dengan baik. Zayyan melindungi Ayunina dengan sepenuh hati. Sebagai abang, dia turut gembira. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now