𝐁𝐚𝐛 35

41 5 0
                                    

"MORNING sayang. Awak buat apa tu?" Zayyan menghampiri Ayunina yang sedang sibuk di tepi singki. Tubuh kecil itu dipeluk erat dari belakang. Zayyan merehatkan dagunya di atas bahu Ayunina.

"Selamat pagi. Ni, saya tengah bancuh kopi awak. Awak nak extra manis ke atau macam biasa?" Ayunina biarkan saja Zayyan memeluk dirinya, dia terus melakukan rutin harian menyiapkan kopi kepada Zayyan. Suaminya tidak boleh 'berfungsi' jika tidak minum kopi pagi-pagi. Terbalik pula dengan dia, dia tak sukakan kopi, dia lebih sukakan teh.

"Saya rasa kopi saya dah cukup manis."

Kening Ayunina berkerut. "Awak merepek apa ni? Saya tak letak apa-apa gula pun lagi. Ini kalau awak minum ni boleh pening, pahit tau tak."

"Saya nampak awak letak tadi, awak letak senyuman awak. Kan dah terlebih manis air saya." Zayyan sudah tergelak kecil melihat jelingan maut Ayunina yang tak lama kemudian turut sama ketawa.

"Gosh, Zayyan. So, cheesy."

Gelak ketawa mereke memenuhi ruang dapur itu. Asmah dan Zubir yang sejak dari tadi menyaksikan kemesraan anak dan menantu mereka turut tersenyum. Mereka berasa cukup lega melihat hubungan kedua-dua itu sudah pulih dan mesra seperti biasa. Tak sia-sia kerja mereka menjadi kaunselor tak berbayar.


"ZAYYAN, Ayu dah fikir ke kamu berdua nak buat apa lepas ni?" Zubir bertanya kepada Zayyan dan Ayunina. Ayunina beritahu yang dia dan Zayyan terpaksa berhenti kerja daripada syarikat lama kerana syarikat itu mempunyai masalah ekonomi.

"Kalau ada apa-apa kamu berdua nak buat, bagitahu la ibu dengan abah ni. Kami boleh tolong yang mana mampu." Asmah melihat Ayunina dan Zayyan yang kelihatan serba-salah. Dia pun faham jika kedua-dua mereka ada masalah dengan duit. Diberhentikan kerja tiba-tiba bukan mudah.

Ayunina dan Zayyan saling berpandangan. Sudah lama mereka berdua berbincang perkara ini.

"Sebenarnya abah, ibu, Zayyan dengan Ayu ingat kami nak buka kedai bakeri." Selepas berfikir panjang, Ayunina dan Zayyan mahu buat benda lain yang mereka sukai. Mereka berdua sangat sukakan kerja-kerja bakeri.

Mata Asmah sudah bercahaya. "Baguslah tu, buat business sekali. Lebih banyak masa kamu berdua, tak adalah susah-payah nak bekerja asing-asing nanti."

Zubir mengangguk setuju, dia kemudian bertanya, "Kamu berdua dah fikir habis dah?'

"Ayu dengan Zayyan dah lama berbincang, abah. Kami dah tekad nak buka kedai ni. Untuk modal, abah dengan ibu jangan risau. Kami berdua ada simpan duit, tapi ada satu je masalah..." Kata Zayyan perlahan.

"Masalah apa, Zayyan?"

"Kami masih tak jumpa kedai yang sesuai untuk kedai kami. Kebanyakan yang kami tengok, banyak lokasi tak strategik dan ada tempat yang susah nak parking."

Zubir berfikir sejenak, "Abah ada kenal kawan yang nak jual dia punya tempat niaga. Dia kedai teres dekat pekan sana. Bagus juga tempatnya, ramai orang lalu-lalang kawasan situ. Tempat letak kereta pun luas. Sesuai juga yang macam kamu nak. Apa kata kita pergi tengok dulu?"

"Siapa bang?" Asmah bertanya.

"Malik, katanya nak pindah ikut anak dia. Dah penat berniaga, anak dia suruh bersara je la." Zubir memberitahu isterinya. Asmah hanya mengangguk, kenal sangat dengan Malik. Rakan baik Zubir merangkap temannya ke surau.

"Boleh juga abah, Bila kita boleh pergi tengok?" Ayunina sudah teruja. Zayyan hanya tersenyum melihat telatah Ayunina.

"Waktu Zuhur nanti abah jumpa Pak Cik Malik. Nanti abah bagitahu."


AYUNINA dan Zayyan masing-masing bercekak pinggang melihat bakal kedai bakeri mereka yang sudah mula diubah suai. Mereka menerima kunci kedai itu dua minggu lepas. Mudah saja urusan mereka diselesaikan oleh Zubir. Siap dapat promosi lagi. Pak Cik Malik kata sebagai hadiah perpisahan untuk Zubir.

"Awak design yang macam saya nak tu kan?" Ayunina bertanya untuk kepastian. Sudah beberapa malam Ayunina bersekang mata memikirkan design untuk kedai mereka. Dia mahukan sesuatu yang ringkas tetapi tampak elegan. Warna pula dia mahukan warna yang cerah seperti krim ataupun putih. Barulah pelanggan tertarik dengan situasi yang tenang.

"Dah sayang, sebiji macam sayang nak. Saya dah highlight siap-siap dekat kontraktor." Zayyan memeluk bahu Ayunina dan menarik dia rapat kepadanya. Dia turut teruja dengan kedai mereka yang bakal siap tak lama lagi.

"Sayang..." Zayyan memanggil Ayunina yang masih ralit melihat kerja-kerja pengubahsuaian.

"Hmm..." Ayunina hanya mengguman perlahan.

"Saya seronok sangat. Akhirnya kita dapat buat yang kita suka kan? Kita dah tak payah risaukan apa-apa." Zayyan meluahkan keseronokkannya tanpa segan-silu. Surat-surat ugutan tidak lagi diterima oleh mereka semenjak Mystique mula menyiasat kejadian itu.

"Saya pun seronok Zayyan." Ayunina memeluk pinggang Zayyan. Masing-masing terasa nyaman dengan kisah baru mereka. Hanya Zayyan dan Ayunina. Dalam dunia mereka berdua saja.

Tanpa mereka sedar, adaseseorang yang memerhati gerak-geri mereka dari jauh sejak tadi. Wajahnya penuhdendam. "Kau tunggu nasib kau. Kau ingat aku akan biarkan semua ni macam ni?Jangan harap. Kau orang berdua takkan pernah bahagia. Aku akan pastikan bendatu." 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now