𝐁𝐚𝐛 25

43 4 0
                                    

AYUNINA sedang kusyuk membuat kerja namun kepalanya beralih apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Susuk tubuh Zayyan muncul disebalik pintu. Zayyan senyum apabila melihat Ayunina yang masih tak lekang mata melihatnya.

"Hensem sangat ke saya harini sampai mata awak tak lari langsung dari teliti saya."

"Perasannya, saya tak tengok awak la. Macam mana? Semua okey tak?" Ayunina tidak sabar-sabar menunggu jawapan Zayyan. Sejak daripada tadi otaknya hanya fokus tentang perkara itu.

"Nah." Sehelai kertas dihulur kepada Ayunina. "Ini nama ejen yang telah berjaya menggunakan MystiCom."

Ayunina meyambut huluran kertas itu. Matanya membaca kelulusan MystiCom dengan sepasang mata yang bersinar-sinar. Zayyan juga tersenyum bahagia.

Their first project together.

Sudah sebulan berlalu sejak MystiCom dilancarkan. Ini kali pertama mereka berdua dipanggil semula. Ada aura yang tak kena apabila Zayyan menyahut panggilan tadi. Pelik juga bila tiba-tiba Leon panggil mereka berdua.

"kenapa kita kena panggil ni?" Tanya Ayunina dengan perasaan tidak sabar. Berita baikkah atau berita buruk? Sesungguhnya tiada yang dapat diteka setiap kali mereka mendapat panggilan daripada Leon.

"Tak tahu, tapi Leon ada bagitahu untuk kita datang ke bilik ni dengan kadar segera."

"Awak rasa pasal MystiCom ke?"

"Tak kut. Kita tengok dulu kenapa Leon nak jumpa," kata Zayyan. Nak menyedapkan hati Ayunina dan dia sendiri. Suara Leon tadi kedengaran agak serius.

Sebaik saja pintu ditolak, Ayunina dapat merasakan suasana sunyi yang luar biasa. Apabila melangkah masuk, dia melihat semua mata tertuju padanya. Pelbagai emosi yang dia dapat baca sekarang. Emosi sedih, luka dan bersalah semuanya bercampur-baur.

"Apa yang berlaku Leon?" Zayyan memandang semua yang berada disitu.

"Kamu berdua duduk dulu."

"Aazam mana?" Ayunina masih kaku berdiri bersebelahan Zayyan. Matanya bersilih ganti memandag Puteri dan Zulaikha. Masing-masing tidak seperti selalu. Wajah mereka tidak seperti selalu.

Pipi yang luka. Wajah yang dipenuhi lebam. Bibir yang pecah. Keadaan wajah saja sudah teruk dilihat pada kasar, belum diceritakan lagi tentang luka dan kecederaan yang mungkin berada pada badan mereka.

"Ayunina, aku minta maaf." Puteri tertunduk. Titisan air mata dapat dilihat jelas yang mengalir perlahan dan akhirnya semakin deras.

Dada Ayunina sudah berdetak laju. Rasa tidak enak kian meracun fikirannya. "Kenapa kau nak minta maaf dengan aku. Mana Aazam? Abang aku mana? Sepatutnya dia ada dekat sini sekali."

Melihat tiada sesiapa yang mahu menjawab pertanyaannya, emosi Ayunina semakin meluap-luap. Jantungnya sudah berdetak laju.

"Mana Aazam!" tengkingan itu memenuhi setiap pelosok ruang bilik itu.

"Sayang sabar, duduk dulu. Bertenang, kita dengar dulu ya." Zayyan menarik kerusi untuk Ayunina duduk. Ayunina selalunya bertenang, namun tidak apabila ia melibatkan keluarganya. Dia juga turut risau melihat bayang Aazam yang tidak kelihatan.

"Aazam hilang. Kita diserang oleh Shadow malam semalam. Kita tak bersedia langsung, seperti ada tali barut yang bongkarkan kegiatan kita. Setiap pelosok tempat ni dalam gengaman Z." Leon melihat satu-persatu ahli Mystique yang berada di dalam ruangan itu.

"Macam mana dengan MystiCom? Mesti kita boleh dapat sesuatu daripada situ."

Zulaikha sejak tadi hanya senyap. Dia kemudian bangun dan mengeluarkan senjatanya. Pistol itu ditalakan tepat pada Zayyan. Wajah itu kosong.

Mata Ayunina membutang. Dia terus bangun dan berdiri di hadapan Zayyan. Zulaikha dipandang seperti mahu ditelan hidup-hidup. Yang lain turut terkejut dengan tindakan Zulaikha dan turut sama bangun dalam posisi bersedia.

"Zulaikha, apa kau cuba buat ni?" Leon bertanya dengan nada yang tegas.

Zulaikha mengabaikan pertanyaan Leon. Dia menarik picu itu, dan tanpa berfikir panjang, picu ditekan. Zayyan terus memeluk Ayunina yang berada dihadapannya dan memusingkan tubuh mereka sehingga posisi Zayyan berubah dan dia kembali berdiri di hadapan Ayunina semula.

Tap. Tap. Namun, bukan peluru yang dilepaskan. Hanya bunyi tembakan kosong.

"Kau nak tahu kenapa benda jadi teruk macam ni?" suara Zulaikha hanya mendatar, pistol tadi diletakkan di atas meja semula.

"Benda ni tak berfungsi, dua das dan senyap. Kau cakap sekarang, benda ni salah kami atau salah kau? Macam-macam kau canang pasal MystiCom. Teknologi terbaiklah, alat komunikasi terhebat la, tapi kosong. You're too confident Ayu, but all of this are useless. Kau hilang abang kau sebab ciptaan bodoh kau ni"

"Zulaikha enough! Ini bukan masanya untuk kita salahkan sesiapa." Puteri menghentikan Zulaikha daripada terus berkata-kata.

Ini sebenarnya situasi yang terjadi. Yang menyebabkan semua ejen Mystique tak dapat mengawal situasi serangan semalam. Keadaan berubah panik. Dan mereka terpaksa melindungi diri tanpa senjata.

Ayunina sudah terduduk lemah. Tak mungkin, alat itu sudah diuji ratusan malah ribuan kali. Dia takkan sesekali melepaskan MystiCom jika dia sendiri yakin alat itu masih tak bersedia.

"Aku tak pasti lagi tentang khabar Aazam, tapi ada satu mayat yang kita jumpa. Mayat tu masih berada di bilik bedah siasat untuk dikenal pasti. Aku akan bagitau bila keputusan dah keluar. Zayyan, Ayunina kamu berdua boleh balik dulu."


AYUNINA dan Zayyan akhirnya kembali ke pejabat mereka. Mereka berdua masih terpukul oleh berita kehilangan Aazam. Ayunina terus menuju ke bilik kerjanya, di mana terletaknya MystiCom. Alat itu, yang mereka anggap sebagai teknologi yang sempurna sebelum ini, kini terasa seperti pengkhianat yang setia. MystiCom yang mungkin menjadi penyebab kekalahan mereka.

Ayunina mengambil salah satu MystiCom yang dia cipta. Dia menggenggamnya erat, matanya memandangnya dengan pandangan tajam. Kemudian, dia berpusing dan berjalan keluar semula tanpa menghiraukan soalan Zayyan tentang destinasinya.

"Sayang, awak nak pergi mana tu?" Zayyan mengulang soalannya sekali lagi namun masih tiada jawapan.

"Ayu! Tunggu saya!"

Zayyan mengekori Ayunina dengan pantas. Mereka berdua tiba di padang menembak, di mana ejen sering berlatih kemahiran menembak mereka. Ayunina menghampiri salah satu sasaran yang telah disediakan sebelum ini. Dalam diam, dia menarik picu MystiCom, mengejutkan Zayyan dengan tembakan tajam.

Bang! bunyi tembakan kedengaran lagi, dan lagi. Ayunina terus menembak tanpa henti, berasa seperti dia melepaskan semua ketidakpastian, kegusaran, dan kekeliruan yang menghantuinya.

MystiCom dilemparkan ke lantai, dan Ayunina jatuh dalam pelukan Zayyan.

"Sayang, sudah," Zayyan berkata lembut, mengusap kepala Ayunina dengan lembut. Mereka berdua tahu bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menyalahkan alat itu atau diri mereka sendiri.

"Saya yakin awak, MystiCom tak ada kurangnya, tapi kenapa? Kenapa? Benda ni tak boleh jadi macam ni." Teresak-esak Ayunina bertanya sambil tangannya memukul diri sendiri.

Zayyan tidak tahu respon apa yang dia perlu lakukan sekarang, sungguh dia juga bingung. Tubuh Ayunina didakap erat sambil mengusap lembut kepala itu. Cuba menenangkan jiwa itu. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now