𝗕𝗮𝗯 46

41 5 0
                                    

ASMAH tersenyum bahagia melihat pemandangannya. Buat pertama kali selepas bertahun-tahun, meja makan itu dipenuhi dengan gelak ketawa. Ayunina sedang menjeling sakan Zayyan disebelahnya yang tak habis-habis mengusik. Zubir pula menceritakan macam-macam cerita yang dia rasakan kelakar sementara Zayyan dan Ayunina memaksa diri mereka untuk ketawa. Aazam pula dari tadi senyap namun tidak pasif. Kadang-kala dia hanya menyampuk.

"Kenapa Ja- abang tak makan lagi?" Ayunina masih tidak dapat menepikan rasa kekoknya. Dia masih menganggap manusia di depannya kini masih Jay, bukan Aazam, abang kandungnya. Untuk Zayyan, rasa janggal itu sudah berkurang. Zayyan juga tidak memaksa dia untuk menerima semua ini terlalu cepat.

"Abang tunggu someone kejap. Abang nak kenalkan dekat Ayu," Kata Aazam lembut. Aazam gembira apabila Ayunina cuba untuk merapatkan kembali hubungan yang dah lama terputus. Dia juga dah lama tunggu saat ini. Dulu dia menyorokkan perkara ini kepada Ayunina, tapi kalini dia kalau boleh mahu Ayunina orang pertama yang tahu. Tetapi keadaan sangat tak mengizinkan. Mungkin Ayunina orang yang terakhir sekali yang tahu.

"Lambat lagi ke sampainya?" Asmah bertanya kepada anaknya. Dia baru tiba dengan satu jug sirap ais, dan dia mengambil tempat di sebelah Zubir. Dia mengisi air itu ke dalam enam cawan yang sudah tersedia di atas dulang.

"Maaf, traffic jammed tadi. Lama ke semua orang tunggu?" Gadis yang baru tiba itu mengambil tempat di sebelah Aazam. Tangan Aazam diambil lalu disalam hormat. Dia meletakkan satu bekas polistrin yang terisi dengan tauhu bergedil. Sempat dia singgah di gerai tidak jauh dari rumah mereka untuk membeli. Ini semua sebab Aazam kata teringin nak makan.

"Panjang umur, duduk-duduk. Kami baru je nak mula makan," Pelawa Zubir apabila melihat gadis itu tiba dengan kelam-kabut.

"Zulaikha? Kenapa kau kat sini?" Ayunina menyoal hairan. Sebelum ini, Zulaikha tak pernah datang ke rumahnya. Melainkan bersama Jay dan Puteri. Perwatakan Zulaikha juga berbeza. Lebih ceria dan ramah berbanding 'Zulaikha' di kedai bakeri.

Zulaikha memandang Aazam. Dia yakin Ayunina masih tak tahu kenapa dia ada di situ.

"Ayu, kau tak tahu ke yang -"

Aazam memegang lengan Zulaikha, meminta gadis itu untuk senyap sebentar. Dia mahu memberitahu Ayunina dengan mulutnya sendiri. Asmah, Zubir dan Zayyan hanya diam, memberikan ruang untuk Aazam berterus-terang.

"Zulaikha isteri abang. Kami bernikah tak lama lepas kejadian Ayu. Kami dah kahwin lama dah Ayu. Lebih dari lima tahun dah." Aazam menggapai tangan Zulaikha. Masing-masing melihat respon Ayunina. Dulu sewaktu dia dan Zulaikha bercinta, hanya Zayyan yang tahu. Aazam juga berkahwin tanpa majlis, hanya lalukan yang wajib saja. Dia tak mahu Ayunina tersisih. Keadaan Ayunina juga tidak baik ketika tu.

Terhenti suapan Ayunina. Ayunina mengangkat kepalanya. Dia melihat pasangan itu. Ayunina sendiri keliru dengan perasaannya. Patut ke dia gembira dengan kebahagian Aazam selepas mengehtahui cerita sedih abangnya? Bersedih sebab dia terlepas perkara besar itu? Ataupun kecewa kerana dia orang terakhir yang tahu? Dia juga tak tahu. Tiada lagi senyuman yang menghiasi bibir merah itu. Sudu dia letakkan kembali di sisi mangkuk.

"Abang minta maaf kalau Ayu rasa tersisih. Tapi percayalah, tak ada sesiapa kat sini yang lupakan Ayu. Abang cuma tunggu masa yang sesuai nak bagitahu Ayu." Aazam bersuara apabila melihat respon pasif Ayunina. Dia langsung tak menjangka respon Ayunina sebegitu rupa.

"Betul tu, Ayunina. Sekali pun nama kau tak pernah lekang daripada mulut Aazam." Zulaikha pula menyokong suaminya. Jarinya mengelus lembut tangan Aaazam yang digenggam kini. Untuk menyalurkan sedikit semangat. Riak Aazam dan Ayunina kini sama, masing-masing kecewa.

"Masa yang sesuai abang kata? You guys wait for five years to tell me everything. Masa sesuai yang mana abang nak cakap ni? Abang cakap semua orang sayang Ayu, tapi kenapa Ayu rasa Ayu dibelakangkan dalam banyak benda? Mula-mula Zayyan, Z, Mystique dan sekarang pasal abang? Berapa banyak rahsia yang Ayu kena hadap? Berapa banyak masa yang Ayu tertinggal? Ayu hidup dalam pertanyaan selama ni. Plot Ayu kosong, tapi semua orang..." Ayunina tak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terus berlalu meninggalkan meja makan. Makanannya yang masih luak tidak dipedulikan. Seleranya mati.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedOù les histoires vivent. Découvrez maintenant