𝐁𝐚𝐛 37

35 4 0
                                    

ZULAIKHA meletakkan secawan air di depan Ayunina sebelum kembali berdiri di sebelah Puteri. Selena pula sejak dari tadi hanya melihat skrin laptop, cuba menjejaki kedudukan Zayyan. Leon pula berpeluk tubuh melihat Selena yang sedang berkerja keras. Selena melihat wajah Leon. Dia menggeleng perlahan dengan wajah yang hampa. Leon pula mengeluh perlahan.

Zulaikha menjumpai Ayunina yang sedang mengetuk-ngetuk pintu Mystique sambil menangis-nangis. Selepas Ayunina bertenang sikit, barulah dia mengehtahui yang Zayyan tidak balik sejak semalam. Ayunina syak yang Zayyan sudah hilang.

"Leon memang kata nak jumpa aku lepas kejadian bakeri kamu berdua disimbah cat. Aku tunggu tapi dia tak datang sampai malam," Kata Leon perlahan. Dia serabut memikirkan rancangan 'Z'. Sangkanya Z menyerang Mystique untuk mengehtahui rahsia dalaman Mystique itu sendiri, tapi ternyata dia salah. Sejak dari awal, fokus Z hanya Ayunina dan Zayyan. Dia sebagai ketua, patut lebih peka tapi dia gagal.

"Aku ada letak MystiCom dalam kereta kami." Ayunina baru teringat tentang MystiCom yang masih disimpan untuk keselamatan mereka.

"Aku dah periksa, MystiCom tu tak berfungsi," Kata Selena. Sudah beberapa kali cubaan, namun masih gagal. MystiCom itu seperti sudah dimusnahkan sejak awal. Musuh mereka sudah pasti dapat menghidu tentang perkara itu.

"Aku dah sorok MystiCom, Zayyan pun tak tahu pasal ni. Macam mana dia masih boleh tahu. Z ni guna bomoh gamaknya. Semua benda pasal hidup aku dia tahu. Pasal MystiCom, Hooper dan sekarang Zayyan. Lepas ni apa pula la kan?" Ayunina ketawa kecil, namun ketawanya kedengaran amat hambar. Wajahnya sudah comot dengan air mata. Fikirannya sudah hampir gila dengan kehilangan Zayyan. Mereka semua memandang Ayunina dengan riak simpati.

"Aku rasa untuk keselamatan, biar aku dan Puteri bermalam dekat rumah kau harini. Kita perlu periksa rumah kau juga, takut-takut alat pengesan ataupun alat-alat intipan dipasang di sana," ujar Zulaikha. Dia menghampiri Ayunina, bahu Ayunina diusap perlahan, menyalur sedikit semangat untuk perempuan itu. Dia juga tidak lekang daripada tadi melihat Ayunina. Dia faham perasaan itu. Dia dulu pernah hilang Aazam, rasanya pasti sama malah mungkin lebih dasyat parahnya. Ayunina, dia juga kehilangan Aazam sama seperti dia, dan luka itu akan bertambah nanahnya jika Ayunina kehilangan Zayyan juga.

"Setuju." Puteri juga setuju dengan cadangan Zulaikha.

"Kalau macam tu, Puteri dan Zulaikha, untuk seminggu ni aku nak kau kekal dengan Ayunina. Apa-apa jadi, lindungi dia dulu, tapi ingat, mind your safety. Untuk melindungi orang lain, kita kena jaga nyawa kita dulu. Selena, cari semua tempat yang Zayyan lalu. Jika ada CCTV, dapatkan rakaman. Cari sampai dapat dengan apa cara sekali pun." Leon memberi arahan tegas.

"Baik Tuan." Mereka berkata serentak.

'Zayyan, awak kat mana sekarang?'

Dia tak patut biarkan Zayyan keluar seorang diri tadi. Biarlah apa jadi itu, terjadi pada mereka berdua. Jika hilang, biarlah mereka berdua. Sakit kehilangan Aazam masih tak hilang, dia tak bersedia untuk hilang lelaki ini juga. Ayunina berharap Zayyan berada dalam keadaan yang baik-baik saja.


Bush! Bush!

ESAKAN lelaki itu yang sedang kesakitan berselang-seli dengan bunyi tumbukan. Lelaki itu diikat pada kerusi, tidak berbaju. Wajah dan badannya dipenuhi luka dan lebam. Setiap saat dilaluinya disitu terasa begitu lama. Dia dibelasah tanpa ehsan. Hatta, setitik air pun masih tidak diberikan.

"Cukup, aku tak nak dia mati lagi." Muncul satu bayang seorang lelaki, yang semakin lama semakin hampir. Cahaya yang samar-samar di dalam ruangan itu membuatkan wajah lelaki itu masih tidak jelas. Lelaki itu kemudian bertinggung di hadapan lelaki yang diikat tadi.

"Tsk Tsk Tsk. Apa yang korang dah buat kat dia ni? Hm? Zayyan, long time no see. Ingat aku lagi tak?" Dia menolak dagu Zayyan yang lemah itu agar melihat wajahnya.

"Ka...kau hi...hidup lagi?" Susah payah Zayyan hendak menuturkan ayat itu. Jujurnya, dia agak terkejut dengan kewujudan lelaki di hadapannya. Perasaanya bercampur-baur. Dia sepatutnya gembira, tapi perasaan marah dan sedih mula merasuk diri apabila mengenangkan apa yang lelaki itu sudah buat pada dia, pada Ayunina.

"Kau Z?"

Lelaki yang tadi membuat memek muka kesian terus berubah dingin. Langsung tiada secalit senyuman. Tapi tiba-tiba lelaki itu ketawa perlahan dan lama-kelamaan semakin kuat. Ketawa itu kedengaran begitu sinis pada Zayyan.

"Ya, kalau kau nak tahu sangat, akulah Z yang kauorang cari sangat-sangat tu. Mystique yang konon-kononnya hebat tu pun tak mampu nak tumpaskan aku. Bunuh aku? Dalam mimpi pun belum tentu." Dia terus sambung ketawanya.

"Apa jadi dengan kau? K-kau dah lain." Mata Zayyan berkaca melihat Z. Wajah itu penuh dengan dendam, entah rancangan jahat apa lagi yang berlegar dalam kepala lelaki itu. Kenapa kau berubah macam ni?

Lelaki itu terus mencengkak rahang Zayyan. Wajahnya dirapatkan. Meneliti setiap inci wajah yang terluka itu tanpa secalit senyuman. "Bukan ke aku jadi macam ni sebab kau? Kau dah lupa?"

"Bukan aku tak cuba, aku cuba. Tapi kau hilang, kau hilang." Zayyan tak mampu menahan air matanya. Adakah semua yang jadi ni salahnya? Hidupnya menangisi kehilangan lelaki itu. Dia cuba, dia cuba. Ayat itu meniti dari bibir Zayyan.

"Simpan air mata kau. Aku muak. Manusia hanya berjanji, tapi pernah mampu nak tepati. Manusia yang dijanjikan, hidup dengan berharap. Entah bila janji tu akan dikotakan aku tak tahu. Yang pasti, segala janji tu semua akan terkubur. Kau tak patut salahkan aku, Zayyan!" Lelaki itu tersenyum sinis. Dia menjauhi Zayyan.

"Sekarang... aku kena cari bini kau. Yang kau sayang sangat tu. Ayunina Zubir. Cantik orangnya, patutlah kau terpikat. Daripada dulu kau gilakan dia kan?" Lelaki itu berlegar-legar di hadapan Zayyan, sambil merenggangkan tangannya.

Mata Zayyan terbuka lebih luas apabila mendengar nama Ayunina meniti di bibir itu. Tak, Ayunina tak bersalah dalam hal ni. Jika Z mahu menghukum, hukum dia saja.

"Jangan sentuh dia. Kau ada masalah dengan aku, selesaikan cuma dengan aku. Selama ni kenapa Ayunina yang tanggung akibat? Dia tak salah, kau jangan sentuh dia." Suara Zayyan berubah dingin. Rahangnya bergerak-gerak. Dia benci mendengar nama Ayunina disebut oleh lelaki kejam seperti itu.

"Sayang juga kau kat dia. Kalau kau nak tahu, sebab kau sayang la aku buat macam ni. Kau ingat aku nak biarkan kau hidup bahagia lepas apa yang jadi dekat aku? Jangan berangan terlampau tinggi. Lagipun, aku memang nak Hooper. Aku akan pastikan apa yang aku nak, aku dapat." Z tersenyum sinis. Dia tak sabar untuk tiba di hari di mana Zayyan akan jatuh terduduk dengan semua kehilangan. Hari yang dia rasakan hari paling bahagia.

"Jangan, aku kata jangan!" Zayyan terus memekik apabila Z yang berlalu keluar dari situ. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia perlu hentikan Z namun semuanya sia-sia. Tubuhnya sudah lemah, kudratnya tidak mampu berlawan dengan orang-orang suruhan Z. Dia mula menyumpah diri-sendiri.

'Ayunina, tolong jaga diri.' Mata Zayyan terpejam rapat.Hanya itu doa Zayyan untuk Ayunina. Semoga tiada apa-apa benda buruk yangterjadi. Dia bakal menyalahkan diri dia sendiri untuk seumur hidup jika sesuatuterjadi. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | Completedजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें