𝐁𝐚𝐛 11

49 7 0
                                    

AYUNINA bangun dan duduk bersimpuh, kepalanya terasa berputar saat dia menatap sekelilingnya. Di hadapannya, luasnya sawah padi yang menghijau terhampar. Ini adalah kampung halamannya yang indah. Pondok kecil yang berdiri teguh di tengah-tengah sawah padi adalah tempat kegemarannya untuk bersantai setiap kali dia pulang ke kampung neneknya.

Kesedaran tiba-tiba menyapu dirinya, dan Ayunina meraba kepalanya dengan penuh kebingungan. Dia menunduk untuk memeriksa pakaian yang dipakainya. Semuanya tampak lengkap, tidak ada yang pelik. Dia tidak pernah mengguna little stone semalam, jadi bagaimana dia tiba-tiba berada di sini? Mana mungkin dia tiba-tiba boleh kembali ke masa lalu?

Ayunina mengesot ke arah tangga dan perlahan-lahan menapak turun. Kelihatan seorang lelaki yang terbongkok-bongkok dan sedang menangkap sesuatu. Terdapat juga satu timba putih terletak bersebelahan lelaki itu.

Lelaki itu berpaling apabila mendengar bunyi telapak kaki yang menghampiri.

"Ayunina dah bangun? Lama betul awak tidur."

"Zayyan?" Sejak bila dia guna awak dan saya dengan Zayyan? Dulu bukan ke aku dan kau? Di masa depan saja Zayyan dan dia gunakan saya dan awak.

"Ya saya ni." Lembutnya suara. Tak payah matahari terik sekarang, suara Zayyan dah cukup untuk mencairkan hatinya. Tengah-tengah panas ni Ayunina, menyempat juga dia nak layan perasaan syok sendiri tu.

"Apa tarikh harini?"

"Awak ni cepat sangat la lupa sekarang. Saya rasa awak kena makan vitamin lebih sikit. Harini kan 14 Julai 2014. Lupa?"

"Apa awak buat kat sini?" Tak cukup di kelas dulu, Zayyan juga berada di kampung halamannya. Lelaki ni ada pintu doraemon ke? Selalu ada je kat mana dia ada. Ayunina tersenyum. Zayyan ini juga merupakan Zayyan versi muda. Sama seperti sewaktu dia kembali ke universiti dulu.

"Tangkap belut. Nenek awak kata dia teringin nak makan."

Muka Ayunina berubah.

"Apa lut?" Ayunina mahu Zayyan mengulang kembali. Mungkin dia tersalah dengar.

Dia mengangkat sebelah tangannya. Seekor belut yang masih hidup sedang meronta-ronta untuk melepaskan diri. Zayyan terus memegang kejap dengan kedua-dua belah tangannya. Risau kalau terlepas, dah la nak dapat satu pun susah.

"Jangan dekat!" Ayunina menahan Zayyan daripada terus menghampiri. Dia paling anti dengan binatang yang satu itu. Serupa ular! Benci. Benci. Benci.

Zayyan tersenyum. Keningnya terjongket sebelah. Dalam diam, ada satu agenda sudah terlakar dalam kepala Zayyan.

"Zayyan. Jangan buat apa yang awak fikir. Saya tak nak kawan awak!" Sudah seperti budak sekolah rendah gayanya. Mukanya sudah memerah menahan geram.

Zayyan melangkah sekali, Ayunina mengundur sekali. Beberapa kali mereka berdua begitu. Sehinggalah... Zayyan mula buka langkah besar. Ayunina apa lagi, mula berpaling untuk melarikan diri. Mereka berdua seolah-olah sedang berlumba dalam acara lumba lari 100 meter.

Kali ini versi klasik.

Versi sawah padi.

Pengadilnya ialah belut tadi.

"ZAYYAN!!!" Suara Ayunina bergema lagi. Terumbang-ambing Ayunina mengimbangkan diri untuk berlari di batas sawah padi. Berkaki ayam bukan masalah sekarang. Kau tunggu kejap lagi Zayyan, dua-dua dia goreng dalam kuali. Buat lauk makan tengah hari.

Ayunina berpaling dan melihat Zayyan masih ligat mengejarnya. Zayyan selalu juga bersenam jika nak dibandingkan dengannya. Stamina Zayyan jauh lebih baik. Ayunina? Paras oksigen dia sekarang sudah jatuh paras nyawa-nyawa ikan. Tercungap-cungap dia menyelematkan diri. Tak guna punya Zayyan.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now