𝗕𝗮𝗯 5

79 10 0
                                    

AYUNINA tersandar keletihan. Matanya meliar di setiap pelosok ruang pejabat kecil yang dibina khas pada bahagian sudut kedaia. Di atas meja dia pun bersepah-sepah invoice dan fail-fail. Banyak kerja akaun yang tertunggak dalam mengira aliran wang keluar masuk. Cabaran perniagaan yang setiap peniaga harus hadapi, naik turun perniagaan. Untung dan rugi. Ayunina masih bersyukur, dia bertahan sampai sekarang.

Ayunina menarik laci untuk mengeluarkan telefon pemberian orang tuanya. Dia memberi nama telefon itu sebagai 'little stone'. Kecil dan hitam seperti batu jalan tar. Kan sesuai tu. Ayunina juga tidak perasan bila telefon bimbit hidup dengan sendirinya. Jarinya meluncur ke atas untuk membuka kunci.

"Kalendar aje? Macam pelik. Playstore pun takda. Kau ni memang pelik la little stone. Agaknya orang cipta kau untuk apa ya?" telefon itu dipusing-pusingnya.

Tanpa menunggu lama, Ayunina menekan ikon kalendar. Sebaik sahaja dia membuka aplikasi itu, satu ayat muncul keluar terlebih dahulu.

Your curiousity is my pleasure.

Apa maksudnya? Ayunina sudah memicit-micit dahinya. Semakin rumit. Dia perlu menelefon Zubir dan Asmah jika begini. Dia paling tidak gemar berteka-teki. Ni telefon mainan ke atau telefon yang boleh guna macam biasa. Pelik-pelik fungsi yang ada pada telefon ni.

Dia meneroka lagi aplikasi itu. Cuma terdapat satu sahaja pilihan lain yang dia ada iaitu, '. Hanya tarikh yang perlu dia isi selepas itu. Baru sahaja dia hendak masukkan tarikh yang berada di benak fikiran, terdengar bunyi riuh-rendah di luar bilik pejabatnya. Bunyi seperti pergaduhan. Kelam-kabut Ayunina bangun untuk memeriksa apa yang terjadi.

"Kau jual kek basi kan? Kau jangan nak biadap dengan aku. Dasar kedai tak guna. Krim ni pun, kau bubuh banyak-banyak bila aku kata nak sikit. Kau memang tak faham bahasa ke?" Seorang perempuan tua sedang mengamuk di hadapan kaunter. Mujur kedai bakeri itu kosong, tiada pelanggan yang masuk. Kalau tak pasti nama kedai akan terkesan.

"Zainab, sudahlah. Mungkin awak salah pesan." Disebelah Zainab pula berdiri seorang lelaki yang usianya yang hampir sebaya dengan Zainab. Suaminya mungkin.

"Makcik, maafkan saya tapi saya dah terangkan rasanya, dah sepuluh kali saya ulang, makcik pesan Blueberry cheesecake. Memang rasa kek tu masam-masam manis. Dan krim tu bukan krim aisin, itu cheese. Ini memang prosedur kedai kami, cara kek tu dibuat pun ada manualnya sendiri. Kami tak boleh ubah sesuka-hati." Jay sedaya-upaya senyum. Tangannya di bawah kaunter sudah menggenggam penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia ceramah makcik ni habis-habisan. Serang tak pakai helmet. Tapi bila difikirkan usia mak cik itu, dia menahan akal buruknya.

"Apa kau ingat aku baru lahir semalam? Aku tak kira aku nak duit aku balik!" Lantang Zainab bersuara. Yusof hanya menggeleng-geleng melihat isterinya. Mukanya sudah tebal. Namun, dia hanya menurut sahaja perangai Zainab. Jika tidak, pasti isterinya akan menimbulkan masalah lebih besar.

"Makcik, ni saya tunjuk resit pesanan makcik. Kami dah tunjuk gambar dan terangkan tentang kek tu. Makcik memang dah bersetuju Maaf kami tak boleh refund, kek ni tinggal suku sahaja makcik. Syarat untuk mak cik refund, kek tu mesti lebih daripada separuh tapi mak cik dah makan banyak kek tu." Puteri pula tampil dengan memegang sehelai resit pembelian untuk ditunjukkan kepada Zainab.

Zainab mengambil resit itu, dia tersenyum sinis lalu mencarit-carit kertas itu sehingga halus lalu dibalingkan semula ke muka Puteri.

Muka Jay sudah berubah merah. Dia sudah sampai tahap untuk meletup.

Senyuman di muka Puteri pula kelihatan begitu pahit. Dia hanya menundukkan kepalanya sedikit. Menyeru sedikit kesabaran dititipkan dalam diri. Apa punya bala yang datang pagi-pagi ni. 'Customer always right' is not really valid for this kind of customer.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedOù les histoires vivent. Découvrez maintenant