𝐁𝐚𝐛 21

59 6 0
                                    

"AWAK pasti ke ni tempat yang betul? Saya rasa seram sejuk la. Gelap betul tempat ni. Tak ada lampu ke?" Ayunina mengomel sambil matanya tak lekang memandang sekeliling. Mana pulak Zayyan bawa dia ni?

"Tak bayar bil elektrik kut sayang."

"Zayyan! Jangan main-main." Orang tengah risau, Zayyan boleh menyempat nak buat lawak pula. Ada yang dia cubit nanti.

Ayunina dan Zayyan menyelusuri satu jalan gelap. Dinding dan siling semuanya bercat dengan warna hitam. Sewaktu mereka tiba di bangunan tinggi itu, bahagian luar kelihatan normal. Namun, apabila tiba dibahagian dalam bangunan itu langsung tidak seperti yang dibayangkan. Tiada seorang pekerja pun yang kelihatan. Hanya skrin yang menjadi petunjuk arah.

"Awak yakin kan?" Ayunina masih menyoal berkali-kali.

"Betul, saya dah periksa alamat tu banyak kali. Kalau awak takut, jalan rapat-rapat dengan saya pun takpe." Zayyan menarik pinggang Ayunina agar lebih rapat kepadanya. Senyumnya jauh lebih lebar.

"Awak jangan nak mengada sekarang ya. Ada yang kena cubit nanti." Jarinya sudah bersedia untuk mengepit makhluk tuhan yang gatal seorang ni.

"Nak manja sikit pun tak boleh."

"Tak boleh!" jawab Ayunina garang sebelum menyambung, "Dalam mesej tu, ada bagitahu tak kerja kita apa?" Pelik juga Ayunina apabila Zayyan bagitahu yang mereka terima mesej tawaran kerja. Pekerjaan apa, bagaimana semuanya tidak dinyatakan. Hanya jumlah gaji yang diberitahu dan jumlah itu semestinya tidak kecil. Mereka juga perlu merahsiakan tentang perkara itu daripada sesiapa.

"Tak ada. Saya pun ragu-ragu juga ni. Tapi apa salahnya kalau kita nak cuba kan?"

Ayunina hanya mengangguk setuju. Itulah persamaan antara dia dan Zayyan yang paling disukainya. Mereka tidak pernah takut mencuba sesuatu yang baru.

Mereka tiba di sebuah ruang. Kali ini ruang itu kelihatan lebih cerah, berbanding jalan yang mereka lalui tadi. Ruang itu kosong tidak berperabot. Hanya sebuah skrin besar, sebesar di panggung wayang saiznya terletak pada bahagian tengah ruang itu.

"Selamat datang ke Mystique." Skrin yang gelap tadi sudah menyala. Seorang lelaki yang kelihatan sudah berusia memakai kemas suit berwarna kelabu menyapa. Dia sedang duduk di atas sebuah kerusi empuk. Tersenyum memandang sepasang suami isteri yang kelihatan bingung itu.

Ayunina dan Zayyan saling bertatapan, tidak yakin apa yang sebenarnya sedang terjadi. Mereka lalu mendekati Leon yang mengenalkan diri, "Aku Leon."

"Mystique? Syarikat apa ni?" Zayyan bertanya. Dia tidak pernah dengar langsung syarikat seperti itu sebelum ini.

Leon tersenyum ramah, seolah-olah mengetahui bahawa soalan ini akan muncul. "Kami adalah Mystique, sebuah syarikat yang bergerak di luar batas biasa. Kami telah lama menunggu kedatangan kalian berdua. Disebabkan pencapaian luar biasa kamu berdua, aku percaya kalian berdua mampu menggalas tanggungjawab yang bakal kami tawarkan."

Ayunina dan Zayyan saling pandang lagi, kali ini dengan rasa ingin tahu yang lebih mendalam. Mereka tertarik.

"Kerja apa yang kami berdua akan dapat?" tanya Ayunina, rasa tak sabar mula menyelinap masuk.

Leon tersenyum nipis, seolah-olah menyimpan rahsia besar di balik senyumnya. "Sabar, Ayunina. Jangan terlalu tergesa-gesa. Semuanya akan dijelaskan pada waktunya." Aura misteri di sekitar Mystique semakin terasa kuat.

"Mystique adalah rahsia tersembunyi dalam dunia senjata, bersembunyi di balik tirai misteri. Mystique merupakan sumber terpercaya bagi syarikat tersembunyi, di dalam dan di luar negara. Mystique merupakan nama yang tak boleh dielakkan, Mystique ada di mana-mana. We have big name Ayunina."

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now