𝐁𝐚𝐛 38

40 5 0
                                    

AYUNINA melihat kedai bakeri dari dalam kereta. Baru sehari kedai itu dioperasikan bersama Zayyan. Sekarang dia biarkan Nadia dan Aiman menguruskan kedai itu berdua buat sementara waktu. Ayunina rasakan semangatnya turut hilang bersama Zayyan.

Harini Ayunina akhirnya keluar, dia memandu kereta Honda Jazz berwarna hitam milik Aazam. Sudah seminggu Zayyan hilang, dia pula langsung tidak rasa untuk menjejakkan kaki untuk keluar. Harini pula merupakan hari ulang tahun perkahwinan dia dan Zayyan. Kehilangan Zayyan begitu terasa harini.

Sampai saja di Mystique, Leon sudah menanti Ayunina di biliknya. "Kau yakin nak gunakan ni?" Leon bertanya untuk kepastian. Ayunina sendiri yang berjanji untuk menutup Hooper untuk selama-selamanya sebelum ini. Tapi hari ni gadis itu telan menelan kata-katanya sendiri.

Ayunina melihat kosong pendrive di tangannya. Ini satu-satunya cara untuk dia dapatkan Zayyan kembali. "Aku terpaksa, Leon. Aku tak boleh tidur, duduk, ataupun makan selagi aku tak tahu Zayyan di mana."

Leon mengangguk, "Aku izinkan kau guna benda ni. Tapi mesti di bawah pengawasan aku. Kau boleh mulakan sekarang." Leon memberi kebenaran untuk Ayunina mula mengaktifkan semula Hooper. Ayunina hanya perlu melihat semula fail itu kerana semua kod untuk cip Hooper ada di situ.

Ayunina mencucuk pendrive itu di lubang yang tersedia pada laptopnya. Jarinya bergerak-gerak menekan papan kekunci. Namun, wajah itu bertukar bingung. Dia memandang Leon meminta penjelasan.

"Kenapa?" tanya Leon hairan.

"Kau pasti ni pendrive yang sama aku bagi kau?"

Leon mengangguk yakin, "Aku yakin. Aku letak Hooper di tempat yang selamat. Tak ada sesiapa yang boleh dapatkan benda ni tanpa akses daripada aku sendiri. Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Pelik. Ini bukan Hooper. Pendrive ni kosong."

"Apa maksud kau kosong?"

Leon terus bangun daripada duduknya dan melihat skrin laptop. Benar apa yang dikatakan Ayunina. Fail di dalamnya semua kosong tiada satu pun yang tertinggal. Sama ada pendrive ini ditukar ataupun seseorang telah padam semua fail itu.

Ayunina melangkah longlai ke bakerinya. Hancur rasanya hati apabila dia juga kehilangan Hooper. Kehilangan itu masih misteri dan Leon sendiri akan menyiasat tentang itu. Tiada sesiapa tahu Hooper dipegang oleh Leon. Hanya dia, Zayyan dan Leon saja tahu benda ni. Adakah ini semua berkaitan Z juga?


"NAD, kedai macam mana?" Masuk-masuk saja, Ayunina melihat keadaan kedai yang lengang. Mungkin masih tiada pelanggan lagi kerana kedai tu baru saja dibuka. Bayang Nadia dan Aiman langsung tak kelihatan.

"Aiman, Nadia? Kau orang kat dapur ke?" Belum sempat Ayunina pergi ke dapur tiba-tiba telefonnya berdering. Dia mengeluarkan telefon dari beg tangannya dan melihat nama pemanggil.

Zulaikha. Tanpa menunggu lama, panggilan itu dijawab.

"Ayu, kau kat mana?" Zulaikha bertanya di sebalik talian. Dia perasan kereta Aazam yang berlalu pergi ketika dia baru saja tiba di Mystique. Dia tertanya-tanya sebab Ayunina ke sana. Leon tak keluarkan apa-apa arahan untuk mereka pun.

"Aku kat bakeri ni. Baru je sampai. Kenapa kau tanya?" Sambil menjawab soalan Zulaikha, Ayunina mengintai ke dapur. Dia rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena.

"Aku nampak kau kat Mystique pagi ni. Kenapa kau datang?" Zulaikha tidak dapat membendung lagi rasa ingin tahu. Leon ada rahsia ke dengan Ayunina?

"Aku ada hal dengan Leon. Tak ada apalah kau nak risau." Tiba-tiba bunyi seperti pergelutan. Semakin lama bunyi itu semakin kuat.

"Nad! Aiman!" Baru saja dia hendak berlari ke sana, bayang Nad dan Aiman keluar perlahan-lahan dari dapur. Masing-masing berwajah pucat lesi. Kedua-dua tangan mereka di angkat tanda bersedia. Lelaki-lelaki bertopeng yang lengkap bersenjata sudah mengepung mereka. Tiada ruang untuk mereka melepaskan diri.

"Hello, Ayu kenapa tu? Kau okey tak? Kau dengar tak suara aku?" Baru saja Ayunina hendak menjawab, dia dapat merasakan satu benda keras yang diletakkan betul-betul di belakang kepalanya. Terus kaku sebarang pergerakan. Mulutnya terkunci. Rasa takut mula menguasai diri.

"Campak telefon tu ke bawah." Suara keras menyapa gegendang telinganya. Tanpa berfikir panjang, Ayunina terus mencampakkan telefonnya ke lantai. Zulaikha yang sudah berjerit-jerit namanya di sebalik talian, terpaksa diabaikan. Jika dia tersilap langkah, satu saat saja cukup untuk nyawanya hilang.

"Kau siapa? Kau nak apa dari aku? Kalau kau nak duit, aku boleh bagi." Walaupun rasa takut menyelubungi diri, Ayunina tetap mahu bertanya. Dia yakin ini semua orang suruhan Z.

Lelaki di belakangnya mula ketawa tak sedar diri. Yang lain hanya mendiamkan diri. Senjata masih diacukan kepada Ayunina, Nadia dan Aiman. Lelaki itu berjalan perlahan-lahan dan mengadap Ayunina.

"Duit? Aku nak Hooper. Dan, nak kau sekali. Kalau harini aku tak heret kau dari sini, kepala aku yang Z penggal nanti."

"Ayu, dia orang cakap pasal apa ni? Hooper?" Aiman bertanya dengan terpinga-pinga.

Ayunina hanya mengabaikan pertanyaan Aiman, "Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa? Lagipun Hooper dah tak ada, bukan ketua kesayangan korang tu dah ambil ke?" Ayunina mengjungkitkan keningnya dengan senyuman sinis. Dia yakin Zulaikha pasti dapat menghidu sesuatu yang tak kena. Mystique pasti dapat menghidu apa yang terjadi.

"Kalau kau rasa kau tak nak tengok mayat Zayyan, baik kau ikut je." Lelaki itu mula mengugut. Awal-awal dia tahu Zayyan merupakan kelemahan Ayunina. Ayunina pasti menurut saja. Dia tersenyum apabila melihat Ayunina yang seperti sudah masuk perangkapnya. Riak wajah gadis itu berubah sepenuhnya apabila nama Zayyan disebut.

Ayunina berfikir sejenak, langkahnya sudah berundur setapak. Akalnya melawan kehendak hati. Dia sayangkan Zayyan, tapi jika dia tertangkap sekarang, dia tak lagi mampu untuk menyelamatkan Zayyan... termasuk diri dia sendiri. Dia tak boleh jatuh sekarang.

Baru saja Ayunina mahu berpaling, mulutnya ditekup dengan sebuah kain. Cecair pada kain itu membuatkan dia berasa pening. Rontaanya semakin lemah, benda terakhir yang dia ingat ialah bunyi bising. Pasti Nadia dan Aiman menerima nasib yang sama. Dia rasa cukup letih, matanya tertutup rapat selepas itu. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now