𝐁𝐚𝐛 13

51 6 0
                                    

 BUNYI loceng berbunyi apabila menolak pintu kafe itu. Dia menarik kerusi di sebuah meja betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Seorang pekerja lelaki memakai t-shirt hitam bersama apron putih datang menghampiri. Ada satu tag nama yang terselit di bahagian kanan dada. Arfa Hud.

"Encik nak order apa?"

" Black expresso satu. Small cup."

"Baik tunggu sebentar." Kemudian lelaki itu berlalu dan memberi arahan kepada barista yang bertugas. Mungkin lelaki yang bernama Arfa Hud ini merupakan pemilik kafe ini.

Sebuah kafe 'Coffee 2days?' yang selalu dikunjungi Zayyan. Kafe itu tidak mempunyai ramai pelanggan pada petang ini. Cuaca juga mendung. Boleh dikatakan bila-bila masa saja awan yang berwarna kelabu itu akan meluahkan segala isinya.

Terdapat seorang lelaki berbaju serba hitam yang sudah lama menunggu di situ. Lelaki itu memakai cap untuk menutup wajahnya. Dia membuka lebar surat khabar bersama seputung rokok yang masih berasap diselitkan di celahan jari kanan.

"Macam mana? Dia ingat sesuatu?"

"Negatif. Dia cuma ingat apa yang diberitahu."

Lelaki itu mengeluh. Dia menutup surat khabar di tangan dan surat khabar itu diletakkan di sisi meja. Putung rokok di tangan sudah ditonyok ke dalam tempat putunh rokok. Dia membetulkan kedudukannnya dah merenung tepat ke dalam mata Zayyan.

"Berapa banyak masa lagi kau nak? Kau cuma risikokan dia selama ni."

"Leon, aku tengah cuba yang terbaik sekarang ni. Sikit saja lagi masa yang aku perlukan. Then she'll be back."

Beberapa keping kertas kecil dikeluarkan daripada poket seluar dan diletakkan di atas meja. Kertas itu semua sudah ditulis dengan sebaris ayat dan berakhir dengan nama 'Z'.

"Terangkan dekat aku apa benda ni?"

Melihat saja kertas-kertas itu, lidah Zayyan seakan-akan kaku. Tiada kata-kata yang mampu dia keluarkan buat masa sekarang. Zayyan pasti Leon sudah mengehtahui jawapannya namun lelaki itu masih mahu dia terangkan sendiri.

"Aku boleh terangkan." Kelam-kabut Zayyan berkata. Dia tidak mahu Leon salah faham. Surat itu tak sepatutnya jatuh ke tangan Leon.

"Semua yang jadi, aku akan tahu. Sudah la Zayyan."

"Aku cuba!" Suara Zayyan sudah naik seoktaf.

"Kau dah janji!"

Suara mereka yang meninggi menyebabkan mata-mata orang yang lalu-lalang mula terarah kepada mereka. Leon dan Zayyan masing-masing terdiam. Bukan kerana malu dilihat oleh orang lain, namun sedar kertelanjuran bicara mereka. Situasi makin hari makin rumit. Seolah-olah bakal menemui jalan buntu. Siapa yang tak tertekan dengan keadaan begitu?

Leon menghela nafas berat. Dia meniliti setiap inci wajah Zayyan. Lelaki itu serabut. Dia tak sepatutnya berkasar. Lelaki itu masih boleh diberi peluang.

"Aku cuma bagi tempoh sebulan. Sebulan untuk kau cuba sedarkan dia. Kita kena tamatkan semua ni dengan segera. Kau sendiri cakap kau nak bebas kan?" sambung Leon.

Zayyan mengangguk perlahan.

"Aku letakkan peluang terakhir. Jangan kecewakan aku. Aku cuma nak tolong kau dengan dia akhiri semua ni. Aku tak tahu sejauh mana aku mampu jaga benda tu."

"Aku cuba, Leon."


AYUNINA menongkat dagunya di atas kayu pemegang penyapu. Entah apa yang dia berangankan. Berdiri seperti tugu negara di tengah-tengah kedai bakeri itu. Zulaikha yang sedang menatang sebuah kek terhenti melihat Ayunina yang sibuk termenung.

"Kau kenapa?" Zulaikha bertanya sambil menyusun kek di rak pameran. Terbongkok-bongkok dia menyusun kek itu. Terdapat pelbagai jenis kek yang baru sahaja keluar dari oven.

"Kau tak pelik ke? Sejak aku Zayyan, macam-macam jadi." Bukannya Ayunina nak bersangka buruk, tapi sejak cubaan dia untuk rapat dengan Zayyan pasti perkara buruk yang berlaku. Peristiwa 'little stone', diserang di kedai makan dan yang terkini ialah manusia misteri yang berhuruf Z.

"Jadi kau nak cakap Zayyan la puncanya?" Zulaikha sudah bersandar di salah sebuah meja sambil menyilangkan kaki dan berpeluk tubuh. Dia melihat Ayunina masih berfikir.

"Tak... bukan tu maksud aku. Macam mana kalau Zayyan ada benda yang dia rahsiakan daripada aku. Kau tahu tak Zulaikha, sepanjang lima tahun aku hidup ni aku tak pernah persoalkan banyak-banyak pasal masa lalu. Aku boleh terima semua macam biasa. But now... I keep curious," kata Ayunina perlahan.

"Ayunina, enjoy the moment now. Bila mana kau ingat semua benda, kau akan berdoa untuk balik ke masa sekarang. Percayalah cakap aku."

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Aku pun tak tahu."

Ayunina dan Zulaikhaberpandangan. Saling mencuba untuk menyampaikan dan menerima sesuatu yang tidakterluah

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWo Geschichten leben. Entdecke jetzt