𝐁𝐚𝐛 17

45 7 0
                                    

AYUNINA hanya menongkat dagu di atas meja dalam pejabatnya. Dia tetap berkeras untuk datang ke bakeri harini. Untuk apa dia duduk dekat rumah yang masih berantakan itu. Bertambah serabut kepalanya. Jiwanya masih resah memikirkan keadaan Asmah dan Zubir. Masih tiada khabar daripada abah dan ibunya.

Ayunina mencapai beg tangannya yang diletak di sisi meja. Zip dibuka dan tangannya diselukkan untuk mencari sesuatu.

"Mana little stone ni? Rasanya semalam ada dalam ni." Tangannya meraba-raba di dalam beg itu namun Little stone masih gagal ditemui.

Beg tangannya dihempas semula ke tempat asal. Tak ada mood nak buat kerja. Dia kemudiannya melangkah keluar dari pejabat. Dia melihat ke arah satu meja yang kosong yang terletak di sudut kedai. Kerusi di tarik dan dia mengambil tempat di situ.

"Okey tak?" Jay menghampiri dengan secawan teh o lemon panas di tangan. Air itu diletakkan di depan Ayunina.

"Soalan apa la kau tanya aku ni. Kalau kau tanya aku rasa nak tergolek ataupun rasa nak baring tak bangun-bangun tu logik la jugak." Ayunina menjawab malas. Mak bapak tak jumpa-jumpa. Masalah bertimbun, dia boleh tanya okey ke tak. Jay oh Jay.

Air yang masih panas itu dihirup perlahan. Nikmatnya rasa bila air suam panas itu membasahi tekak.

"Sikit-sikit nak marah. Tanya pun tak boleh. Kita tutup kedai awal nak? Kami bawa kau pusing-pusing taman. Mana tau boleh kurangkan stress kau." Jay mengambil tempat di hadapan Ayunina.

"Kau ingat aku umur berapa? Takpe la kau orang boleh balik awal harini. Aku ingat nak balik rumah."

Belum sempat Jay membalas, Zulaikha meluru ke arah mereka berdua. Puteri turut datang membuntuti Zulaikha dari belakang.

"Ayu nah, abah kau." Telefon di hulurkan kepada Ayunina. Zubir sedang menanti di sebalik talian.

"Abah?"Ayunina menyoal dengan teruja untuk kepastian, mana tahu dia salah dengar. Zulaikha mengangguk laju. Tak akan dia nak main-main pula.

Ayunina terus menyambut telefon di tangan Zulaikha.

"Hello, abah?"

"Ayu, abah ni. Ayu okey ke? Zulaikha bagitahu rumah kita kena pecah masuk."

"Betul, abah kat mana ni? Abah dengan ibu buat Ayu risau la. Call semua tak balas. Ayu balik-balik tengok rumah macam tu, Abah dengan ibu hilang." Air mata Ayunina mengalir laju. Rasa nak meraung apabila dengar suara abahnya. Akhirnya dia boleh tenang lepas tahu mereka baik-baik saja.

"Abah balik Perak dengan ibu lepas kamu keluar dengan Zayyan semalam. Ada kecemasan. Kawan ibu kamu meninggal. Kami lalu jalan lama, line pula tak ada kat situ," terang Zubir. Silap dia juga tak memberitahu Ayunina pasal itu. Mujurlah Zulaikha telefon mereka dan menceritakan keadaan yang berlaku.

"Kenapa tak mesej Ayu dulu. Buat Ayu risau tau tak?" Ayunina mengesat air matanya. Dia mengerling tiga serangkai yang masih setia memandangnya. Tak ada privasi langsung dengan mereka tiga orang ni.

"Abah nak cepat semalam. Abah call kamu tak dapat pula. Lagi 2-3 hari kami balik. Tinggal dengan Puteri dulu tau." Zubir sempat menitip pesan. Risau juga dia jika dia membiarkan Ayunina tinggal di rumah seorang diri dengan ketiadaan mereka.

"Baik abah." Seusai itu Ayunina memutuskan panggilan. Dia tersandar lega. Akhirnya beban utama telah terlerai. Sekurang-kurangnya Zubir dan Asmah selamat.

"Terima kasih Zulaikha." Senyuman ikhlas dihadiahkan kepada Zulaikha.

"Tak ada masalah la. Aku nak sambung bakar kek kat belakang. Apa-apa panggil." Ayunina hanya mengangguk tanda setuju. Puteri turut berlalu untuk membantu Zulaikha. Hanya tinggal dia dan Jay berdua.

"Kadang-kadang aku risau... Risau kalau dulu aku ada buat benda yang tak sepatutnya aku buat. Kau tak rasa macam tu?"

Jay hanya melihat Ayunina yang menunduk sambil bermain-main dengan jarinya. Bohonglah jika Jay tidak simpati melihat keadaan Ayunina. Masa silam yang ditinggalnya dulu kini menghantui kembali.

"Memang dulu kau ada buat benda macam tu. Let's say that you try to fix things but it doesn't come out well like you wanted."

"Berapa banyak benda kau tahu pasal aku dulu?" Ayunina memandang Jay dengan penuh riak curiga. Bukan boleh percaya sotong seekor ni. Nampak macam tak tahu apa-apa tapi sebenarnya banyak juga yang dia tahu, tetapi sengaja disembunyikan.

Jay hanya mengangkat bahu dengan muka yang selamba. "Aku kan wartawan tak berbayar kau. Mestilah aku kena kenal siapa bos aku."

"Tapi Ayu... You did great until now." Jay menepuk perlahan bahu gadis itu lalu meninggalkan Ayunina yang masih terpinga-pinga.

Jay masuk ke dapur bakeri. Zulaikha sedang membetulkan suhu oven manakala Puteri sedang menghias kek. Satu kerusi ditarik dan dia duduk bertentang dengan mereka.

"Macam mana? Dia masih banyak tanya?" Zulaikha bertanya. Dia masih membelakangi Jay. Memusing-musing butang oven itu untuk mencari suhu yang dikehendaki.

"Ayunina, macam biasa." Secawan air sejuk diteguk laju.

"Aku rasa kita kena cepatkan rancangan. Z semakin berani." Puteri memberi cadangannya. Butalah mereka jika mereka menidakkan fakta itu. Puteri sangat risau dengan keselamatan Ayunina.

"Setuju." Zulaikha sudah bersandar pada kaunter kerja berdekatan Puteri.

"Nanti kita bincang."

Baru saja Jay bangun dan mahu meletakkan gelas yang digunakan di dalam singki, telinganya menangkap bunyi yang mencurigakan di depan. Mereka bertiga berpandangan.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedKde žijí příběhy. Začni objevovat