𝐁𝐚𝐛 23

41 5 0
                                    

ZAYYAN meletakkan sebuah kotak kecil di atas meja sambil diperhatikan oleh Leon. Dengan berhati-hati dia membuka kotak itu untuk ditunjukkan pada Leon. Sebentuk cip dan subang berwarna hitam terlihat di dalam kotak itu. Leon memandang dengan wajah yang tertarik.

"Setelah berbulan-bulan, ini ciptaan kamu berdua?" Leon memandang wajah Zayyan dan Ayunina bersilih ganti. Dia tertarik namun Leon masih tak dapat menghalang rasanya dengan melihat alat itu sebagai alat biasa.

"Ya, kedua-dua alat ini kami namakan sebagai MystiCom. Alat ini diciptakan atas idea sepenuhnya oleh Ayunina, saya hanya membantu dia untuk menjayakan MystiCom." Zayyan menjawab dengan penuh yakin sambil memandang alat komunikasi itu.

Leon mengangguk faham. "Jadi... apa yang istimewa sangat pasal 'MysticCom'? " Leon bertanya sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Kita perlukan alat komunikasi yang tidak terlampau menonjol bagi tujuan risikan ejen Mystique, betul? Selain tidak menarik pihak musuh, kami mencipta MystiCom bagi mudah dibawa oleh ejen Mystique sendiri."

"Macam mana?" Leon menyoal lagi.

Ayunina mengeluarkan sepucuk pistol khas yang juga baru dicipta dibawah projek MystiCom. Dibahagian bawah iaitu panel grid pistol itu terdapat bahagian kecil yang boleh dibuka. Ayunina mengambil cip tadi dan cip itu dimasukkan di bahagian yang dibuka.

"Senjata utama untuk ejen-ejen kita boleh digunakan sebagai alat komunikasi juga. Cip ini akan merekod segala perkara sama ada ketika ejen bertempur dengan musuh ataupun dimana saja ejen berada. Selagi mana senjata ini bersama mereka, we can know everythings." Ayunina menerangkan serba sedikit.

"Bagaimana pula dengan subang tu." Leon memegang sepasang subang ringkas berwarna hitam yang kelihatan agak berkilat itu.

"Ini bukan sebarang subang, Leon. Subang ini dilengkapi dengan enkripsi tingkat tinggi yang tidak dapat dipecahkan, sehingga memastikan pesan-pesan mereka selamat dari mata-mata atau pihak yang tidak diinginkan." Zayyan menerangkan tentang itu sambil tersenyum.

"Selain itu, MystiCom memiliki teknologi suara canggih yang dapat mengesan pemiliknya berdasarkan suara mereka. Ini akan memastikan hanya anggota Mystique yang sah yang dapat mengakses dan menggunakan MystiCom. Jika ada pihak yang cuba menyeludup atau kecurian, MystiCom akan secara automatik akan mengkatifkan dirinya sendiri." Sambung Zayyan.

Ayunina memandang Leon, "Disebabkan keadaan masih lagi huru-hara dan kita tak tahu berapa ramai mata-mata 'Shadow' yang sedang memerhati dalam Mystique, aku cadangkan alat ini dirahsiakan dulu. It can still be use, but it should be a secret, Leon."

Leon mengangguk setuju. Jika ada pihak luar yang tahu, mungkin keadaan akan menjadi lebih bahaya. Dunia gelap yang penuh dengan tipu dan muslihat. Tersilap langkah, pasti binasa.

Sedang Leon, Zayyan, dan Ayunina masih sibuk berbincang tentang MystiCom, tiba-tiba pintu biliknya terbuka secara tiba-tiba. Semua mata terpaku pada pintu yang baru dibuka, dan pada ketika itu, Selena muncul di muka pintu dengan riak wajah yang mencurigakan.

Wajahnya yang selalunya tenang dan dingin kini kelihatan tegang dan penuh curiga. Dia berdiri di situ, memerhatikan keadaan di dalam bilik itu dengan teliti. Matanya beralih dari wajah Zayyan kepada Ayunina, dan kemudian ke MystiCom yang terletak di atas meja. Selena segera terhidu sesuatu yang tidak kena.

"Apa yang jadi dekat sini? Kenapa senyap?" Selena menghampiri. Satu-persatu wajah mereka dilihat tajam.

Leon, Zayyan, dan Ayunina saling berpandangan. Leon cuba menjelaskan, "Selena, ini MystiCom, alat komunikasi dan penjejakan baharu yang Ayu dan Zayyan bangunkan untuk ejen Mystique."

Namun, riak wajah Selena yang mencurigakan tidak hilang. Dia melangkah menghampiri meja di mana mereka bertiga berada. "MystiCom?" dia berkata, "Kenapa aku tak tahu pasal projek ni. Kenapa projek besar macam ni perlu disorokkan?"

Zayyan cuba menjelaskan dengan sabar, "Kami merahsiakannya bukan sengaja El, kerana keadaan kat luar berbahaya. Ada kemungkinan ada mata-mata dari Shadow sedang memerhatikan kita, dan aku tak mahu alat ini jatuh ke tangan mereka. Bayangkan jika MystiCom ni tersebar, Shadow lebih mudah untuk dapatkan maklumat kita."

Selena masih kelihatan tidak berpuas hati, dan dia mengangkat keningnya sambil memandang Leon. "Leon, kau yakin ke dengan MystiCom ni selamat? Aku tak mahu sebarang kejutan yang tidak diingini. This is their first time came out with their own project."

Leon mengangguk tegas, "Aku faham Selena, dan aku sendiri yakin pada Zayyan dan Ayunina. Aku yakin MystiCom benar-benar selamat dan alat ini akan diberi akses oleh ejen Mystique yang sah sahaja, kita mulakan daripada barisan hadapan dulu."

Riak Ayunina berubah kelat, memang dia rasa tak senang dengan Selena sejak daripada awal. Semua benda yang dia buat dengan Zayyan, tak pernah kena pada mata Selena. Perlahan-lahan, Zayyan meletakkan tangan di bahu Ayunina dan memberikan senyuman penuh pengertian.

"Ayunina, bertenang," bisik Zayyan tenang.

Ayunina mengangguk perlahan walaupun masih risau.

Zayyan menyambung, apabila Selena dan Leon masih lagi membelek-belek alatan baru itu, "Kami akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang MystiCom kepada Selena. Dia Selena pasti akan faham kenapa kita pilih untuk sembunyikan dulu perkara ini. Kami pun gembira untuk kongsi berita ini dengan semua ejen, tapi masa sekarang sangat tak sesuai."


AYUNINA dan Zayyan berjalan beriringan menuju ke kereta mereka yang diparkir di luar bangunan. Di dalam kereta, suasana terasa agak tegang kerana masih membawa perasaan tak senang akibat syak wasangka Selena.

Ayunina mula bersuara, cuba meredakan ketegangan yang masih membara. Selagi dia tak luahkan, selagi tu dia rasa tak senang hati. "Saya daripada dulu rasa tak selesa dengan Selena, Zayyan. Saya betul-betul tak suka cara Selena, tiba-tiba muncul lepas tu dia mula la nak cakap macam-macam. Dia macam tak percaya dengan apa yang kita buat."

Zayyan mengangguk, memahami perasaan Ayunina. "Saya pun rasa benda yang sama, Ayu. Tetapi kita kena ingat, Selena hanya cuba melindungi Mystique. Keadaan dalam organisasi kita sekarang sangat sukar untuk semua orang. Susah untuk kita percayakan sesiapa. Mana tahu ada tali barut dalam Mystique."

Ayunina menggelengkan kepalanya. "Saya tahu, Zayyan, tapi kita dah bekerja keras untuk MystiCom ni. Saya cuma takut kalau maklumat pasal MystiCom ni tiba-tiba bocor, masalah untuk semua nanti."

Zayyan menggenggam tangan Ayunina dengan lembut, cuba memberi sokongan. "Kita akan bersama-sama selesaikan masalah ni, Ayunina. Saya yakin yang Leon dan Selena akan percayakan MystiCom."

Ayunina tersenyum, berasa lebih tenang setelah mendengar kata-kata Zayyan. "Awak sentiasa tahu cara nak nyamankan hati saya ni."

"Anytime,my dear." Zayyan tersenyum senang.

Setibanya di kediaman Asmah dan Zubir, Ayunina perasan sebuah lagi kereta Honda berwarna hitam yang terletak pada halaman rumah. Dia cukup kenal pemilik kereta hitam. Hanya ada satu saja orang yang memiliki kereta itu dalam keluarganya.

"Abang Aazam ada." Dia kenal kereta itu, itu kereta kesayangan Aazam. Ayunina berpaling pada Zayyan yang beriak selamba.

Ayunina berdecit geram sebelum menyambung lagi, "Awak tahu, Zayyan?"

"Ayu. Dia abang awak. Sampai bila-bila pun dia abang awak. Saya rasa bersalah sebab sayalah punca awak dan Aazam bergaduh. Saya minta maaf." Zayyan hanya menunduk.

"Awak suami saya, dia abang saya. Saya cuma... geram, geram sebab dia terus serang awak macam tu. Ini bukan salah awak, faham? Jadi jangan rasa bersalah. Saya yang pilih untuk keadaan jadi macam ni." Ayunina mengeluh kasar sambil bersandar memeluk tubuh.

"Kalau awak tak nak saya rasa bersalah, mari kita betulkan keadaan ni sama-sama. Nak?" Zayyan masih tak mengalah.

Ayunina tidak menjawab, dia hanya memandang kosong pintu rumah yang memang sedia terbuka sejak dari tadi.  

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | Completedजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें