𝐁𝐚𝐛 34

42 5 0
                                    

ZAYYAN mengambil buku yang selalu dibaca olehnya setiap malam. Masih berbaki separuh lagi buku tu untuk dihabiskan. Sewaktu bukunya diambil, satu kad yang diselitkan jatuh ke lantai. Berkerut dahi Zayyan, terus kad itu diambil.

"Sejak bila pula penanda buku ni jadi kad." Zayyan gumam sendiri.

Zayyan buka satu-persatu bahagian kad itu. Satu bahagian merupakan gambar pertama dia dan Ayunina. Ketika itu zaman belajar. Mereka berdua bekerja dalam satu tugasan projek untuk satu pertandingan inovasi. Gambar mereka yang sedang memegang trofi berdua sambil tersenyum. Terdapat tulisan di bawah gambar itu.

First chapter, for you and me.

Bahagian kedua juga mempunyai gambar. Gambar Ayunina yang sedang membebel kepada Zayyan. Zayyan di sebelah hanya membuat muka selamba. Di hadapan mereka ada sepotong kek. Pasti gambar ni Nadia yang ambil. Zayyan tersenyum kecil. Ayunina jual mahal waktu ni, dia kena bebel sebab belikan kek strawberri lagi.

I pretend that I hate it, but actually I love it. It's been my favorite since then and now.

Bahagian ketiga, gambar pernikahan mereka. Terus Zayyan mengukir senyuman yang lebih lebar. Dia rindu hari itu, hari paling gembira dalam hidup dia. Tangannya mengelus perlahan gambar itu, dan wajah Ayunina yang sedang tersenyum manis.

14/7, the day you're mine. I'm truly happy, Zayyan.

Di bahagian akhir, terdapat kata-kata yang ditulis Ayunina. 'Sayang, saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak abaikan awak. Saya cuba, dan lepas ni saya janji yang awak orang pertama yang saya cari. Jangan marah saya lagi, saya sunyi bila awak tak ada.'

Zayyan dapat merasakan jiwanya sudah sejuk dan terpujuk.

"Dah, awak dah boleh keluar dari bilik air tu. Tak panas ke duduk situ?" Zayyan menegur Ayunina yang terintai-intai dari bilik air yang gelap. Sejak mula masuk tadi dia dah perasan namun sengaja dia biarkan. Niatnya untuk ketawa dia simpan saja. Terintai-intai kepala itu sejak tadi.

Ayunina melangkah keluar perlahan-lahan. 'Dia perasan ke tadi?' Ayunina berkata dalam hati. Segannya terasa. Buat penat saja dia menyorok dari tadi. Rupa-rupanya dah kantoi sejak dari awal.

"Awak marahkan saya lagi ke?" Ayunina berdiri tiga kaki dari katil. Tidak mahu duduk bersebelahan Zayyan. Hatinya terasa sedih setiap kali Zayyan membelakanginya. Sejak bergaduh, Zayyan langsung tak sudi nak menatap wajah dia. Menyampah sungguh ke lelaki itu rasa? Tidur Ayunina terganggu sejak kebelakangan ini apabila Zayyan tak mendakapnya seperti selalu.

Ayunina melihat Zayyan langsung tak menjawab pertanyaannya. Tengok muka dia pun tak. Lelaki itu masih sibuk membelek kad tadi. Dia kemudian menunduk merenung kakinya. Kolam mata terasa panas. Sikit saja lagi air matanya mahu jatuh. Dia melihat terdapat sepasang kaki menyentuh hujung jari kakinya. Terus dia mendongak, melihat Zayyan yang memandangnya redup. Dia rindu dengan pandangan itu. Sangat rindu.

"Awak marahkan saya lagi ke?" Ayunina mengulang lagi soalannya tadi. Tapi kalini dengan air mata yang mula mengalir laju. Matanya memandang tepat ke Zayyan sambil tangannya sudah memegang dan menggoyangkan perlahan lengan suaminya. Meminta jawapan daripada Zayyan tapi Zayyan masih kaku disitu.

Zayyan rasa serba-salah apabila melihat Ayunina sudah menangis begitu. Jarang sekali Ayunina kelihatan begitu. Senyuman manis ikhlas terbentuk pada bibirnya kini. Tangannya pantas menyeka air mata jernih itu. Kedua-kedua pipi Ayunina diusap lembut. Dia memegang kedua-dua belah pipi isterinya dan mendongakkan sedikit kepala Ayunina agar dapat melihatnya.

"Nak buat lagi tak?" Zayyan menyoal lembut.

Ayunina menggeleng laju. "Saya janji tak buat lagi." Sudah tersiksa rasanya apabila lelaki itu marah dan merajuk. Sunyi sungguh dia rasakan. Mana mungkin dia nak buat seperti ini lagi.

"Siapa yang awak akan cari kalau awak ada masalah, Zulaikha ke Puteri?" Zayyan bertanya lagi, sekadar mahu menguji.

"Saya cari suami saya dulu. Saya cari Zayyan." Ayunina menjawab yakin.

Zayyan tersenyum tanda berpuas hati. Dia terus mendakap tubuh kecil itu. Rambut Ayunina diusap perlahan. "Saya maafkan awak." Zayyan berbisik perlahan ke telinga Ayunina.

Ayunina tersenyum senang, lega rasanya. Pelukan Zayyan dibalas erat. 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now