𝐁𝐚𝐛 28

39 4 0
                                    

"AKU tak setuju! Kau tahu tak betapa teruk kesan kalau Hooper ni jatuh dekat tangan yang salah?" Leon menyoal garang. Dia memandang Ayunina yang hanya tenang memandang dia sambil berpeluk tubuh. Langsung tak terusik dengan suara yang meninggi.

Akhirnya setelah berbulan-bulan Hooper dirahsiakan, Ayunina akhirnya membuka pekung rahsianya tentang Hooper kepada Mystique. Sangkanya mereka akan terbuka tentang itu, namun nampaknya sangkaannya meleset sama sekali.

"Kau sendiri kata yang Hooper ni masih tak stabil. Macam mana kau yakin dengan keselamatan orang yang akan gunakan alat ni?"

"Aku dah kata, Hooper belum siap sepenuhnya. Aku dah jumpa cara nak lengkapkan Hooper supaya selamat. Just one last work and it's done!" Ayunina cuba memujuk lagi. Dia melihat Leon masih beriak negatif. Seperti tiada harapan untuk dia dan Hooper.

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu dirasakan cukup tegang. Tiada sesiapa yang bersetuju dengan kewujudan Hooper, hanya Zayyan yang kekal berada di sisi. Lelaki itu juga sebenarnya belum cukup yakin dengan cipataan Hooper.

Ayunina menyambung lagi,"Kau takut apa, Leon? Z dah mati. Kau sendiri yang bagi hukuman dekat dia? Dia mati depan mata kita semua." Sudah hampir menginjak dua tahun apabila Mystique menghukum Z. Lelaki tu dah tak wujud, dia dah mati.

Leon hanya diam. Berapa banyak dia respon untuk menidakkan persetujuannya dalam idea Ayunina kali ini, Ayunina tetap berdegil. Dia tahu salah dia dalam sengaja untuk mengurangkan tugas Ayunina dan dia lebih fokus kepada Zayyan. Dia cuma tak mahu emosi Ayunina terus terganggu. Namun dia tak sangka, yang 'masa lapang' itu diisi dengan ciptaan terbaru.

"Ayunina, banyak senjata lain kau boleh cipta, tapi bukan ini. Betul cakap Leon, banyak buruk dan baiknya bila Hooper ni wujud." Puteri menyuarakan pendapatnya. Dia turut bersetuju dengan Leon. Bukannya dia memandang rendah dengan ciptaan Ayunina, tapi kali ini ciptaannya sangat berbeza. Lebih banyak kesan buruk yang bakal muncul.

Leon mengangguk mendengar pendapat Puteri. "Takkan ada kata dan keputusan lain, aku memang tak akan benarkan Hooper digunakan." Leon sudah memberi kata putus. Bukan dia tidak mahu untuk memberi peluang, dia yakin Ayunina tiada kurangnya. Tapi dia tahu, penggunaan Hooper sangat merbahaya.

"Kau orang semua memang tak percayakan aku kan? Sejak kejadian MystiCom, tiada sesiapa yang percayakan ciptaan aku. Letaklah sejuta bukti pun yang kata MystiCom disabotaj, semua orang tetap kata apa yang jadi semuanya tetap salah aku." Ayunina menggengam kuat tangannya. Zayyan yang perasan akan perubahan emosi Ayunina terus mengusap lembut lengan sang isteri supaya segera bertenang.

"Kau salah faham Ayunina. Tiada sesiapa yang memilih kasih dekat sini. Kita semua cuma risaukan impak negatif kepada Mystique dan kepada kau sendiri. Kau mungkin akan terdedah dalam bahaya sebagai orang yang bina Hooper itu sendiri." Selena yang sejak tadi hanya berdiam diri dan memerhati keadaan akhirnya bersuara.

"Impak negatif?" Ayunina ketawa dengan penuh sinis sebelum menyambung, "Bukan kau ke yang paling menentang MystiCom dulu?

"Kau nak bunuh siapa lagi Ayunina? Kesan macam mana lagi yang kau nak supaya kau boleh buka mata kau? Kau memang takkan puas kan. Biar semua musnah dan hancur baru kau bahagia." Zulaikha bersuara sambil melangkah maju ke hadapan Ayunina.

"Jadi kau nak tuduh kejadian dulu puncanya aku?" Ayunina memandang tepat ke arah Zulaikha. Mereka saling beradu pandangan. Cukup sinis dan tajam.

"Kalau aku cakap ya, kau nak kata apa? Memang sebab kau pun Aazam tak ada."

"Kamu berdua sudah cukup!" Leon akhirnya mengambil inisiatif untuk meredakan ketegangan. Semenjak kejadian yang menimpa Aazam, Ayunina dan Zulaikha langsung tidak boleh bertembung, pasti akan ada isu yang membuatkan mereka berdua berselisih pendapat. Leon yakin, jika dibiarkan pasti keadaan lebih melarat.

"Zulaikha, sudah la." Puteri sudah menarik perlahan lengan Zulaikha, namun Zulaikha masih tidak bergerak walaupun seinci. Tubuh itu dikeraskan.

Zulaikha tidak dapat menahan diri, dan dengan nada mengejek, dia berkata, "You kill your own brother."

Riak Ayunina sudah mengendur. Kata-kata itu cukup tajam bagi Ayunina, dan ayat yang dia paling benci. Ayat yang berjuta kali berpusing-pusing dalam fikirannya semenjak permergian Aazam.

"Zulaikha, sudah!" Nada Puteri sudah naik seoktaf. Kali ini dia tidak bersetuju dengan Zulaikha. Mereka semua tahu bahawa MystiCom disabotaj. Kesalahan itu sudah lama digugurkan daripada bahu Ayunina. Untuk apa semua itu diungkit kembali.

Sebaik saja Zulaikha berkata ayat itu, Ayunina terus mencengkak baju Zulaikha dan tubuh itu ditolak kasar ke dinding. "Kau memang tak guna!"

"Kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri kan?"

Satu tumbukan hinggap di pipi Zulaikha. Bilik itu bertukar menjadi kecoh. Ayunina seperti sudah dirasuk amarah. Bertubi-tubi pukulan yang diterima Zulaikha.

"Kau tak layak nak tuduh aku macam tu!" Ayunina memekik kuat. Matanya merah dan berkaca dibanjiri air mata. "Kau tak layak Zulaikha!"

"Hentikan semua ni!" Leon sudah mengeluarkan arahan.

Leon segera mengepung Ayunina dan cuba memisahkan mereka berdua. Namun, Zulaikha tersenyum dengan bibir berdarah, menambah kata-kata yang menusuk tajam, "Pukul la banyak mana yang kau nak, kau tak akan boleh lari daripada kenyataan."

"Kau yang sepatutnya mati, bukan Aazam!" tengking Ayunina.

Baru saja Ayunina mahu melayangkan tumbukannya, tubuhnya dicepung dari arah belakang. Zayyan menjauhkan tubuh itu daripada Zulaikha. Ayunina masih meronta-ronta, matanya masih tajam melihat Zulaikha yang masih terbaring. Yang lain datang untuk membantu Zulaikha.

Zayyan menurunkan Ayunina dan memusingkan badan itu agar beralih kepadanya.

"Sayang, sudah." Berapa kali Zayyan menenangkan Ayunina namun semuanya sia-sia. Ayunina masih meronta-ronta hendak melepaskan diri.

"Ayunina!" Zayyan terus menempik nama itu. Dengan serta-merta bilik yang riuh tadi bertukar sunyi. Ayunina berhenti meronta dan perhatiannya sudah beralih sepenuhnya kepada Zayyan.

"Awak tengking saya, Zayyan? Awak tengking saya untuk dia?" Jari runcing itu menunjuk tepat ke arah Zulaikha. Sungguh dia tidak percaya, sepanjang dia kenal Zayyan, lelaki itu tidak pernah meninggikan suara. Sedegil mana pun dia, lelaki itu sentiasa berlembut dalam menasihati.

"Ayunina, awak dah jadi orang yang awak paling benci dulu. Awak sedar tak?" Zayyan memandang Ayunina dengan pandangan yang sayu. Wajah yang bingung itu diusap lembut.

Ayunina menepis tangan Zayyan daripada terus menyentuhnya dan melangkah setapak ke belakang untuk menjauhi Zayyan. "Apa maksud awak?"

"Ayunina, awak tak suka kekerasan. Awak ingat tak dulu betapa marahnya awak dekat Aazam bila Aazam serang saya? Bila dia dapat tahu kita masuk di bawah Mystique? Sekarang apa yang awak buat tak ada bezanya. Awak dah lain Ayunina. Awak bukan orang yang saya kenal. Saya sendiri tengok awak berubah jauh walaupun saya cuba menafikan kenyataan ni."

"Jadi awak nak kata awak pun setuju dengan apa yang orang lain kata? Awak nak kata Hooper ni akan bawa kesan buruk kat awak juga?" Ayunina sudah tidak mampu menahan air matanya. Dia rasa dikhianati oleh orang yang dia paling percaya. Dia ingat lagi waktu kali pertama dia tunjukkan Hooper kepada Zayyan, Zayyan turut teruja. Namun, bila di hadapan yang lain, lelaki itu juga menentang hebat.

"Awak salah faham sayang, saya..." Zayyan bersuara lembut, cuba menjelaskan.

"Enough!" Ayunina menutup kedua-dua belah telinganya. Dia tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan. Dia takut ayat seterusnya lebih menyakitkan.

"Awak tak ada beza Zayyan. Saya ingat awak akan sentiasa dengan saya."

Ayunina terus melangkah keluar. Bahu Zayyan dirempuh kasar.

"Ayunina, tunggu!" Jerit Zayyan, tetapi suaranya hilang di sebalik pintu yang tertutup rapat. Zayyan meraup kasar wajahnya. Dia menyumpah dirinya sendiri. Dalam banyak-banyak manusia, semestinya Ayunina bergantung harap padanya. Kenapa dia tidak boleh bersabar sikit saja tadi?

Dalam suasana tegang selepas Ayunina pergi, Leon akhirnya menarik nafas panjang. "Okey, semua boleh beransur," katanya sambil cuba memulihkan ketegangan yang berlaku tadi.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now