𝐁𝐚𝐛 29

37 4 0
                                    

SUDAH seminggu hubungan Zayyan dan Ayunina dingin. Ini pertama kali mereka bergaduh teruk sebegini rupa. Ayunina langsung tidak bagi peluang pada Zayyan untuk menjelaskan salah faham antara mereka.

Zayyan terjaga daripada lenanya. Dia melihat jam dinding biliknya, sudah pukul 11 malam. Dia beralih pula matanya ke sisi. Sudah seminggu jugalah tempat di sebelahnya tidak terisi. Zayyan mengeluh kecil. Kakinya diturunkan dan melangkah keluar dari bilik itu. Apabila dia tiba di ruang tamu, dia melihat sofa ruang tamu mereka berpenghuni.

Zayyan menghampiri Ayunina yang sedang nyenyak tidur. Dahi itu dielus lembut. Dia dapat merasakan haba yang meresap ke kulitnya. Ini hari ketiga Ayunina demam. Wajah pucat itu dilihat lagi. Zayyan terus bangun untuk mengambil sehelai kain basah kemudian diletak di atas dahi Ayunina. Semoga suhu itu surut.

Wajah polos yang sedang lena itu ditatap seperti tidak puas. "Saya sakitkan awak ya... saya minta maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya sayang awak sangat-sangat Ayunina, kalau apa-apa jadi kat awak macam mana saya nak hidup tanpa awak nanti?" Zayyan berkata perlahan, tidak mahu lena itu terganggu. Suaranya kedengaran cukup sayu.

"Awak tidur ya, saya dekat sini." Tidak lama selepas itu, Zayyan pun terlelap bersebelahan Ayunina dalam posisi duduk. Tangannya tidak lepas daripada memegang tangan Ayunina.

Ayunina membuka matanya perlahan-lahan. Bukannya dia tak terjaga sejak Zayyan meletakkan kain basah yang sejuk di dahinya. Dia berpaling melihat Zayyan yang tertidur di sebelah. Rasa bersalah dia rasakan semakin menebal. Seminggu dia abaikan lelaki itu, tetapi Ayunina tahu Zayyan masih menjaganya. Dia saja yang masih berkeras. Berdosa sungguh dia rasa, tapi hatinya terasa sakit. Rambut Zayyan diusap perlahan, air mata semakin laju mengalir.

Apabila terdengar bunyi esakan, Zayyan terus bangun. "Kenapa, awak sakit kat mana-mana ke?" Wajah Ayunina diperiksa cemas.

Ayunina terus merangkul Zayyan, erat. "Saya minta maaf dekat awak." Dia tidak mampu lagi untuk meneruskan perang dingin mereka. Dia membuang jauh egonya, kasih-sayangnya melebihi daripada itu.

Pandangan cemas Zayyan berubah lembut. Pelukan itu dibalas. Luruh rasa amarah, rindu dan sakit yang ditanggungnya. "Saya pun nak minta maaf. Saya tak sengaja tengking awak, saya cuma tak nak awak sakit atau sakitkan sesiapa."

"Awak memang tak nak Hooper diteruskan?" Ayunina bertanya perlahan.

Zayyan mengeluh perlahan, tangan Ayunina diambil dan dipegang erat. "Kalau saya minta awak jangan teruskan boleh? Demi saya, demi kita, lupakan semuanya Ayunina." Zayyan sudah merayu. Dia tak sanggup untuk menghadapi lagi persengkataan dan perpisahan sekali lagi. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Dia sudah serik, dia tak mahu hubungannya dengan Ayunina semakin parah.

"Saya tak nak awak sakit. Saya tak nak sesiapa sakitkan orang yang saya sayang lagi. Saya tak pernah ada niat untuk sakitkan semua orang." Ayunina menahan tangisnya daripada terus mendominasi.

"Saya tahu, saya sentiasa tahu. Tapi bagi saya, lagi sakit kalau saya kehilangan awak, sayang. Kita tinggalkan semua ni. Kita mulakan hidup baru, nak?" Zayyan sudah tekad, ini masa yang sesuai untuk mereka berdua pergi. Pergi jauh daripada Mystique. Cukuplah seadanya, untuk apa mempunyai segalanya jika yang akan dipertaruhkan itu kasih sayang yang ada.

Ayunina merenung kedalam sepasang mata milik lelaki kesayangannya. Mencari kebenaran kepada ayat yang dilontarkan tadi. Ikhlaskah dia untuk merelakan semua yang jadi? Ketulusan itu dia soalkan sejak kali pertama untuk merelakan semua ini pergi, namun apabila dia melihat mata itu, dia menjadi lebih yakin. Dia harus melepaskan.

"Nak. Nak sangat."

Senyuman manis mula terukir. Dia mengangguk-angguk tanda setuju. Dia memeluk Zayyan sekali lagi. Tangannya erat memeluk rapat pinggang lelaki itu. Zayyan membalas pelukan dan mengusap-ngusap kepala isterinya dengan penuh rasa syukur.

"Esok kita bagitahu Leon tentang keputusan kita."

"Okey."

"Esok juga kita kena nyahaktifkan Hooper."

"Okey." Ayunina menjawab tanpa banyak soal. Ya, demi kebahagiaan mereka dan orang lain, biarlah Hooper dimatikan seperti tidak pernah wujud.

"Esok saya nak awak minta maaf dekat Zulaikha, boleh?"

Kali ini jawapan Ayunina tidak kedengaran. Agak lama juga tiada suara yang kedengaran. Zayyan merelaikan pelukan dan wajah itu dilihat lembut. Ayunina sudah bermain dengan jari-jarinya.

"Tapi, awak pun tahu yang kejadian tu, Zulaikha mulakan dulu. Dia yang cari pasal dengan Ayu. Dari dulu sampai sekarang dia asyik tuduh saya yang bunuh abang. Awak ingat saya tak sakit ke setiap kali dia ungkit pasal tu?" Kata Ayunina perlahan.

Sejak daripada kejadian hampir dua tahun lalu, ada juga dia cuba mendekati Zulaikha, namun gadis itu semakin dingin. Semua kata-kata yang keluar dari mulut Zulaikha tak pernah manis di telinganya. Hanya Puteri yang selalu berbicara baik dengan dia. Dia pun sakit dengan kehilangan Aazam, satu-satunya abang yang dia ada. Kejadian itu tetap menjadi titik hitam hidupnya, namun cukup-cukuplah menyalahkan dia. Jangan melukakan lagi luka yang sudah dalam. Sembuhnya yang lalu sudah cukup mengambil masa.

"Awak jangan risau, saya dah cakap dengan Zulaikha. Saya yakin selama ni Zulaikha pun rasa bersalah dekat awak. Zulaikha masih terkilan dengan pemergian Aazam. Mereka kan dah lama kerja sekali." Zayyan memujuk lembut, tangannya meramas lembut tangan yang digengamnya.

"Betul ni?" Ayunina menyoal ragu-ragu. Manalah tahu itu hanya kata-kata untuk memujuk dia.

"Betul, esok kalau awak nak saya teman pun boleh. Asalkan kita boleh selesaikan benda ni. Saya tak nak kita pergi dan tinggalkan benda yang masih tak selesai. Setiap benda yang dimulakan perlukan pengakhiran."

"Okey." Jawapan akhir Ayunina yang membuat Zayyan tersenyum senang.

"Okey jom tidur. Saya dah mengantuk balik." Bantal dan selimut Ayunina di atas sofa itu dikutip oleh Zayyan. Kemudian dia berpaling ke arah Ayunina yang masih tidak berganjak.

"Awak nak tidur sini lagi ke? Seminggu awak biar saya seorang diri kat bilik tu. Awak tu demam, makin sakit badan tu nanti bila awak tidur kat sini. Bukannya saya tak tahu awak tiap-tiap malam tidur kat sini." Zayyan melihat Ayunina sudah tunduk merenung lantai.

Ayunina menguis-nguis kakinya di karpet. Wajahnya tidak diangkat. Dengan suara yang cukup perlahan dia berkata, "Saya tak larat la nak jalan. Saya nak awak dukungkan boleh?"

Zayyan hanya tersenyum. Ayunina asalnya kalau sakit memang manja, manja sangat. Mungkin sebab rajuknya, dia tahan saja. Kini, Ayuninanya telah kembali. Tanpa menjawab, tubuh kecil itu terus dicepung, bantal dan selimut tadi ditinggalkan saja di situ.

"Okey jom."

Ayunina merangkul leher itu. Rindunya, baru seminggu dia sudah terseksa, kalau lebih lama tak tahu la berapa banyak rindu yang dia perlu tanggung. "Berat tak?" Dia melihat wajah Zayyan yang sedang tenang mendukungnya.

"Berat lagi rasa sayang saya kat awak."

Ayunina hanya mamputertawa. "So cheesy, Zayyan." 

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now