𝗕𝗮𝗯 48

43 3 0
                                    

PAGI ni Zayyan yang terpaksa teman Asmah ke pasar sebab Zubir balik lambat dari surau kerana mendengar tazkirah. Aazam dan Zulaikha pula keluar sebentar pagi ni atas urusan kerja. Balik saja ke rumah dia mahu menjenguk Ayunina. Tapi Ayunina tak ada di mana-mana. Puas dia cari keliling rumah namun masih negatif.

"Cantik keychain kau beli? Sejak bila suka benda comel-comel ni," tegur Aazam yang baru masuk. Dia menegur Zayyan yang berdiri tegak di ruang tamu sambil memegang kunci kereta.

"Bukan Ayu pergi beli keychain dengan kau ke semalam?" tanya Zayyan. Takkan Aazam tak tahu pula? Ataupun Ayunina beli sorok-sorok sebab tak nak orang lain tahu.

"Mana ada. Kami tak singgah mana-mana kedai cenderamata pun. Kau pun tahu harga kat sana memang cekik darah. Lepas main-main kat sana, kami terus balik. Ayu beli tempat lain kot," teka Aazam pula.

"Kau nampak Ayu?" soal Zayyan. Melihat gaya Aazam, dia tahu yang Ayunina tiada di rumah. Z masih diluar sana. Mana mungkin Ayunina dibiarkan keluar seorang diri.

"Dalam rumah tak ada ke?" melihat gelengan Zayyan, wajah Aazam terus berubah. Mereka berdua saling berpandangan sebelum kedua-dua mereka keluar. Tak lain tak bukan, pasti ada sesuatu yang Ayunina nak buat. Yang pasti, tiada jiwa yang tenteram dengan keputusan itu.

"Kamu berdua tak nak sarapan ke?" laung Asmah dari dapur, namun bayang Zayyan dan Aazam semakin jauh. Hati tuanya sudah mula risau. Apa lagi yang bakal jadi kalini? Setiap hari dia doakan semoga anak-anaknya selamat.


SELENA mengangkat kepalanya dari melihat skrin apabila mendengar biliknya di datangi seseorang. Dia menggeliat kecil untuk membetulkan tengkuknya yang terasa lenguh. Tindakannya terhenti apabila melihat gadis yang semakin menghampiri.

"A-ayunina. Macam mana kau masuk sini? Zayyan ada sekali ya? Patutnya kau bagitahu aku kalau kau nak datang." Selena pantas mengemas meja kerjanya yang bersepah-sepah. Komputernya turut dimatikan. Kemudian dia berpaling melihat Ayunina yang sedang berpeluk tubuh sambil merenungnya tanpa riak.

Selena cuba menepis rasa tidak enak itu. 'Ayunina tak ingat apa-apa. Dari dulu pun memang dia tak tahu apa-apa.' Ayat itu yang dia ulang sejak tadi dalam diri. Dia cuba memaniskan wajahnya semanis mungkin. Tidak mahu Ayunina untuk mengesyaki apa-apa.

"Tak adalah, aku datang seorang," kata Ayunina selamba. Ayunina menarik kerusi yang terletak di hadapan meja kerja itu dan terus duduk tanpa dipelawa. Ayunina bersandar dengan kakinya disilangkan.

"Macam mana kau masuk?" Selena sudah berdebar-debar. Setahunya, Ayunina takkan boleh masuk ke mana saja dalam Mystique sesuka hati tanpa Zayyan sekarang. Perempuan itu hilang ingatan, mana mungkin dia ingat semua kata laluan di sini.

Ayunina tersenyum sinis melihat wajah pucat itu. Dia tahu apa yang berlegar-legar dalam kepala Selena sekarang.

"I may lost my memories, but I'm still Ayunina. Kau lupa pasal tu, Selena. Kau selalu pandang rendah dekat aku, kau selalu pandang remeh dengan apa yang aku boleh buat. Setakat kata laluan dalam Mystique ni, senang je aku nak cari. Kau ingat kau seorang je yang pandai? Banyak benda yang aku teringin nak dengar daripada mulut kau sekarang. Hmm... daripada mana ye kita nak mula." Ayunina mengetuk perlahan-lahan jari telunjuknya pada dagu. Seolah-olah sedang berfikir panjang. Dia kemudian tunduk melihat sehelai kertas yang terletak betul-betul di hujung kakinya. Mungkin kertas ini berterbangan ketika Selena kelam-kabut mengemas mejanya tadi. Ayunina terus tunduk dan mengambil kertas itu. Wajah Selena dipandang kosong.

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedWhere stories live. Discover now