𝐁𝐚𝐛 40

49 5 0
                                    

"ZAYYAN, bangun Zayyan. Saya ada sini. Awak bangun la, jangan tidur macam ni." Ayunina kini sudah meriba Zayyan. Dia melihat Zayyad yang tadi meninggalkannya dan pergi ke arah kereta yang terpakir tak jauh dari kawasan lapang itu.

Sudah 30 minit sejak lelaki itu pergi. Apa yang Zayyad nak buat dia pun tak tahu, dan tak mahu tahu. Orang suruhannya hanya memerhatikan dia dan Zayyan. Mungkin risau dia akan lari. Lari di tengah hutan lebat ni? Memang saja minta dibunuh.

"Zayyan, bangun la Zayyan. Saya takut ni,bangun la." Suara serak Ayunina tidak henti-henti memanggil nama itu. Dia tahu keadaan Zayyan agak lemah, tapi dia masih berharap yang Zayyan akan bangun.

Terkedip-kedip kelopak mata Zayyan, cuba membuka kelopak matanya. Seluruh badannya rasa sangat sakit. Jika diikutkan, dia tak mampu nak bangun dan mahu saja dia terus tidur. Namun suara gadis yang mengongoi sejak tadi membangkitkan semangatnya.

Dengan susah payah dia mengangkat tangannya dan menyentuh tangan lembut yang tak henti-henti menepuk perlahan pipinya sejak tadi. "Ayu..."

"Zayyan? Awak bangun dah ke?" Ayunina pantas mengesar air matanya. Dia melihat Zayyan yang membuka matanya namun tidak penuh, cukup untuk memberitahunya yang dia telah sedar. Zayyan tersenyum nipis.

"J-jangan nangis," Kata Zayyan perlahan. Untuk mengusap air mata itu pun sekarang dia tak mampu. Dia terasa begitu lemah, dia yang sepatutnya melindungi Ayunina. Namun apa yang berlaku sekarang pula sebaliknya.

"Z-zayyad?" Zayyan bertanya pula tentang adik kembarnya yang masih tidak kelihatan.

"Tak tahu. Saya tak tahu. Awak teruk ni, saya rindu awak. Maaf sebab lambat sampai. Kesian awak." Ayunina mengusap lembut rambut Zayyan yang serabai. Kesan darah dilap perlahan menggunakan lengan bajunya.

"S-saya yang sepatutnya l-lindung awak, Ayu." Zayyan hanya memandang redup wajah isterinya. Wajah itu semakin cekung dan pucat, mungkin tidak cukup tidur ataupun makan. Entah apa yang Ayunina telah rancang selepas kehilangan dia.

Ayunina memegang lembut kedua-dua pipi Zayyan. Dahinya dirapatkan dengan dahi Zayyan. "Tak apa, sebab saya pun boleh lindungi awak juga. You've done more than enough, Zayyan. Thank you for everything. Nanti kita keluar dari sini ya, sementara itu awak bertahanlah. Sekejap aje lagi," bisik Ayunina lembut.

Entah mereka akan dapat keluar dari situ atau tidak. Namun, Ayunina masih meletakkan harapan yang mungkin Mystique dapat menemui di mana mereka berada sekarang. Dia yakin yang Zulaikha tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku kepadanya.

Harapannya kini diletakkan pada Mystique. Ayunina tak tahu, adakah pengakhiran dia dan Zayyan sampai di sini saja? Sesingkat inikah masa yang dipinjamkan untuk dia? Dia belum membanggakan Asmah dan Zubir sepenuhnya. Kematian Aazam masih tak terbela. Impian dia dan Zayyan masih belum dipenuhi. Keluarga kecil dia masih juga tidak lengkap. Tetapi sekarang, masanya seperti jam pasir. Yang menunggu masa saja butiran pasir terakhir untuk jatuh.

Ayunina mengangkat kepalanya apabila mendengar bunyi tepukan tangan. Melihat saja wajah Zayyad yang sedang tersenyum sinis melihat mereka, Ayunina terus memeluk Zayyan erat. Zayyan hanya mampu memandang Zayyad tanpa riak.

"Aku tengah sibuk serabut kat sana, kau sibuk nak bercinta kat sini. Kau ingat ni apa, telemovie ke apa? Sebab kau pun macam layak untuk berlakon Ayunina," ujar Zayyad dengan nada yang cukup sinis.

"Apa maksud kau?" Ayunina menyoal hairan.

"Kau kata Hooper dah diambil, tapi tak ada satu pun budak aku yang ambil Hooper. Kau tipu aku kan? Kau sorok benda tu kan? Aku dah kata kat kau, aku dah bagi amaran, jangan tipu aku. Tapi kau ni memang terlebih berani. Patut ke aku ajar kau?"

"Tak Zayyad, aku tak tipu kau. Tolong Zayyad, kesian la kat Zayyan."

Zayyad mengabaikan rayuan Ayunina. Dia terus mencengkam lengan Ayunina lalu diheret jauh daripada Zayyan. Pada mulanya Ayunina masih cuba untuk memegang Zayyan, namun sekali rentap saja telah meleraikan pegangan Ayunina.

"Lunyaikan dia."

Ayunina memandang Zayyad dan Zayyan bersilih ganti dalam kalutan. Dia melihat lelaki-lelaki tadi sudah menghampiri Zayyan. Zayyan pula memandang Ayunina, dia hanya mampu tersenyum nipis. Dia tak dapat membayangkan kesakitan yang dia bakal terima lagi.

"Tolong Zayyad. Aku merayu kat kau, tolong jangan apa-apakan Zayyan." Ayunina meronta-ronta melihat mereka membelasah Zayyan.

Zayyad hanya melihat tanpa riak.

Ayunina sudah terduduk memegang kaki Zayyad. "Tolong Zayyad, aku tak pernah tipu kau. Kalau kau nak pukul sangat, kau pukul aku. Zayyan tak salah"

Zayyad mengangkat tangannya untuk mengarahkan mereka untuk berhenti. Zayyad bertinggung di hadapan Ayunina. Kepalanya disengetkan untuk melihat wajah Ayunina yang menunduk itu tanpa sebarang riak.

"Betul? Kau sanggup kena pukul?"

Ayunina hanya mengangguk perlahan. Apa lagi pilihan yang dia ada sekarang? Jika mereka terus-menerus pukul Zayyan, entah lelaki itu akan dapat hidup ke tak lepas ni. Silap-silap dia membawa pulang Zayyan yang tidak bernyawa.

Belum sempat Zayyad menyambung kata-katanya, mereka mendongak ke atas apabila mendengar bunyi yang kuat. Dua helikopter berwarna hitam sedang berlegar-legar di atas mereka. Ayunina tersenyum lega, itu daripada Mystique kah? Akhirnya penantian dia berakhir.

Zayyad kembali memandang Ayunina dengan wajah begis. Dia melihat Ayunina yang sedang tersenyum. Terus dia rasakan amarahnya membuak-buat. Dia tahu, sejak awal lagi Ayunina tidak jujur pada dia. Perempuan ni memang berani mati!

"Kau tipu aku perempuan! Kau memang tak guna!" Zayyad terus mencekik tengkuk Ayunina. Dia dapat melihat satu-persatu orangnya tumpas di tangan ejen-ejen Mystique yang sudah mara dan menyerang dari segala arah. Dia semakin panik, perempuan di depannya sekarang perlu dihapuskan segera.

Muka Ayunina berubah merah. Ayunina menampar-nampak tangan Zayyad namun sia-sia. Nafasnya rasa tersekat-sekat. Inikah dia? Pengakhiran dia? Tidak mengapalah, mereka dah tiba. Sekurang-kurangnya Zayyan masih selamat.

Zayyad terus mendorong Ayunina ke tepi gaung. Zayyad tersenyum sinis. "Semoga kita berjumpa lagi, Ayunina."

Dia terus menolak Ayunina jatuh. Ayunina melihat Zayyad yang memandangnya dengan senyuman sinis bersama riak wajah yang puas. Ayunina memejamkan matanya rapat, hanya wajah Zayyan, Zubir, Asmah dan Aazam berputar-putar pada kotak memorinya.

Dia yang mulakan benda ini, dia juga perlu akhiri semuanya. 'Maafkan Ayu, semua.'

𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 | CompletedKde žijí příběhy. Začni objevovat