SINOPSIS

632 16 0
                                    

𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟.

.

𝐀𝐋𝐈𝐒𝐀 𝐙𝐀𝐇𝐑𝐀𝐇.

Seorang gadis yang biasa. Tiada apa yang menonjol pada dirinya – rupa, harta, sikap dan agama – segala-galanya tentang dia cukup sederhana.

Hari-harinya juga berlalu normal sehinggalah dia menerima sekeping nota kecil yang tiba-tiba muncul.

𝓓𝓸 𝔀𝓪𝓲𝓽 𝓯𝓸𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓭𝓪𝔂,
𝓫𝓮𝓪𝓾𝓽𝓲𝓯𝓾𝓵. ♡

Tanpa salam, tanpa memperkenalkan siapa dirinya, penghantar surat itu meminta Alisa supaya menunggunya.

Bukanlah dia sengaja mahu menolak, tetapi Alisa sendiri tidak mahu berpegang pada sesuatu yang tidak pasti. Jadi nota itu disimpan, dijadikan rahsia yang paling dalam. Pegangannya, jika benar ada jodoh di antara mereka, pasti suatu hari nanti akan didekatkan.

Sehinggalah suatu hari, satu tragedi buruk menimpa Alisa. Dia tidak tahu, apa salahnya sehingga dia yang menjadi mangsa?

Namun takdir Tuhan, ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan. Satu persatu memori dicipta tatkala nyawa berada di hujung pedang. Daripada orang asing yang tidak pernah dikenali, insan itu menjadi penyelamatnya yang sejati.

𝐘𝐨𝐮 𝐰𝐞𝐫𝐞 𝐧𝐨 𝐨𝐧𝐞 𝐛𝐮𝐭 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐚 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 𝐰𝐡𝐨𝐦 𝐈 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐤𝐧𝐞𝐰 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞. 𝐘𝐞𝐭 𝐨𝐮𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐥𝐮𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐩𝐩𝐞𝐚𝐫𝐞𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐦𝐞, 𝐚𝐬 𝐢𝐟 𝐈 𝐚𝐦 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐬𝐭 𝐜𝐡𝐞𝐫𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐲𝐨𝐮.

Dan selepas itu, mereka berpisah tanpa ada kepastian sama ada mereka akan bertemu kembali atau tidak. Setiap detik yang dikongsi antara mereka bagai sebuah mimpi, hilang pergi sebaik mata dicelik pada pagi hari.

"𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫, 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐦𝐞?" 

"𝐈𝐧 𝐬𝐡𝐚𝐚 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇. 𝐈𝐟 𝐇𝐞 𝐰𝐢𝐥𝐥𝐬."

Pertemuan yang cukup singkat, tapi kesannya hingga ke relung hati. Perkenalan pendek antara mereka meninggalkan satu rasa yang mendalam, membuatkan Alisa setia menunggu walau bertahun-tahun memakan masa – tanpa ada niat untuk dilupakan.

Tapi cukupkah kesetiaan itu jika hanya sebelah tangan yang bertepuk sendiri?

𝐌𝐲 𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐲 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫, 𝐦𝐲 𝐬𝐚𝐯𝐢𝐨𝐮𝐫. 𝐃𝐢𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐨𝐫𝐠𝐞𝐭 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐦𝐞? 𝐃𝐢𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐨𝐫𝐠𝐞𝐭 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐮𝐬?

Jadi di hujung cerita, Alisa di dalam dilema. Mahu terus setia, tetapi si dia tetap tidak kunjung tiba. Mahu dilupakan, tetapi nanti hatinya yang bakal terseksa.

𝐒𝐡𝐞 𝐭𝐫𝐢𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐡𝐨𝐥𝐝 𝐨𝐧, 𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐨 𝐧𝐨 𝐚𝐯𝐚𝐢𝐥. 𝐇𝐞 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐜𝐨𝐦𝐞𝐬, 𝐞𝐯𝐞𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐧𝐜𝐞. 𝐓𝐡𝐞𝐧 𝐬𝐡𝐞 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤, 𝐢𝐬 𝐢𝐭 𝐰𝐨𝐫𝐭𝐡 𝐭𝐨 𝐰𝐚𝐢𝐭 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐬 𝐮𝐧𝐬𝐮𝐫𝐞?

Kerana ada tika cinta itu bukan untuk dimiliki, tetapi juga untuk dilupakan dan dilepas pergi.

.

Mula: 31/12/2020
Tamat: 9/6/2021

Amaran: Dilarang menciplak atau memplagiat. Sebarang bentuk penghasilan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now