Chapter 1

9K 911 106
                                    


Bam!

"Kau memalukan kita sebagai pihak polis! Kau tau tak, perbuatan kau ni boleh dibuang kerja! Baru masuk dah buat hal!" Yoongi tertawa sinis apabila Namjoon sudah mengacah-acah seperti ketua di hadapan budak baru itu. Siap package hentak meja lagi.

Mendengarkan saja perkataan 'buang' yang disebut Namjoon , Yoongi sudah tersenyum meleret. Memang ini pun yang Yoongi tunggu-tunggukan. Dia dah tak tahan kena cop sebagai polis pemalas sejak budak baru ni masuk. Namjoon berdehem beberapa kali , saja nak acah garang depan budak baru. Padahal pangkat dia bawah lagi.

"Aku nak kau minta maaf dekat chief! Tunjuk contoh yang baik! Kalau kau kena buang pun , jangan merayu-rayu , dengar je cakap chief! Faham?!" Budak baru itu mengangkat wajahnya memandang Namjoon, kecewa.

Bibirnya diketapkan, tidak dapat melawan mahuoun memberontak. Dia masih baru, jadi dia terpaksa diam. Lalu dia menunduk balik. Namjoon tersenyum kemenangan. Akhirnya, dapat juga dia marah orang. Selama dia jadi pegawai polis, dia je yang asyik kena marah. Air mata terharu dilapnya Namjoon, bangga dengan apa yang dia dah buat.

krek.

"Tuan!" Yoongi dan Namjoon terus membongkokkan badan mereka 90° tanda hormat pada Chief mereka. Kecuali budak baru tadi, masih duduk dan tertunduk.

Tiada sebarang suara yang dikeluarkan chief mereka melainkan dia berlalu ke mejanya untuk menghadap budak baru yang masih berfikir, apakah nasibnya selepas ini. Namjoon dan Yoongi yang berdiri dibelakang budak baru itu hanya mampu tersenyum dan menanti budak baru itu dipecat.

"Kim Taehyung." Saat namanya disebut chief, Taehyung semakin takut untuk mengangkat wajahnya. Walaupun suara itu tak segarang dan tak sekuat suara tekingan Namjoon, dia tetap kecut perut yang amat.

"Awak akan digantung kerja selama 3 bu--"

"Apa? Chief! Dia kena tangkap basah chief! Buat dengan orang awam pula tu! Patutnya dia dibu--" Mulut Namjoon terus terzip saat chief memandangnya tajam. Terus tertunduk wajah Namjoon.

Yoongi dah menelan air liur melihat pandangan itu walaupun pandangan itu bukan untuknya. Nasib Yoongi tidak bersuara. Silap hari bulan , dia pun nak kena buang nanti.

"Itu tunang dia, bukan orang awam."

"H-ha?" Taehyung membesarkan matanya memandang ke arah Chief. Terkejut dengan perkataan 'tunang'.

Terkebil-kebil Taehyung cuba memproses apa yang chief dia ni cuba katakan. Selama 27 tahun Kim Taehyung hidup, dia belum pernah lagi rasa nak bertunang apatah lagi berkahwin.

"Yang awak berdua ni , takde kerja lain ke? Sibuk sekali dalam ni kenapa? Jalan keluar dekat situ , nak saya buka kan pintu ke?" Yoongi dan Namjoon menggarukan kepala mereka yang tidak gatal. Terus mereka membongkokkan lagi badan mereka pada Chief.

"Terima kasih chief." Terus mereka mengaturkan langkah seribu keluar dari bilik pejabat chief mereka. Bukan apa, takut naik angin pula orang tua tu.

Mata chief kembali memandang ke arah Taehyung yang masih terkebil-kebil memandangnya. Dia tersenyum nipis.

"Awak tetap digantung kerja selama 3 bulan walaupun dia tunang awak Kim Taehyung. Perbuatan awak sangat memalukan. Saya harap awak tak ulanginya lagi. Tulis surat minta maaf dan hantarkan ke pihak atasan, tu paling penting. Kalau takde apa, awak boleh keluar."

"Y-ya... terima kasih chief." Taehyung terus bangun dengan perasaan keliru dan berbelah bahagi. Kepala yang tidak gatal digaru-garunya.

Terus dia mengaturkan langkah untuk keluar. Namun, dia kembali menoleh memandang ke arah Chief setelah beberapa langkah.

[√] Suami Mithali ° kth Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz