Chapter 17

4.8K 565 84
                                    


Taehyung memegang tangan Rachel erat sambil berjalan untuk ke wad 105 yang dikatakan nurse; wad papa Rachel. Sehinggalah kaki betul-betul di hadapan wad tersebut. Rachel menjengukkan wajahnya ke cermin yang membolehkan melihat keadaan wad papanya.

"Siapa tu?" Tanya Taehyung pada Rachel saat melihat Rachel seakan kaku melihat lelaki yang turut berada di dalam wad untuk melawat Tuan Park.

Rachel tidak menjawab. Malah kakinya perlahan masuk ke dalam wad tersebut. Lelaki yang berada di samping katil Tuan Park menoleh ke arah Rachel. Dia terus bangun dan menghadap Rachel yang langsung tidak mahu memandangnya.

"Papa, Rachel datang." Ujar Rachel pada Tuan Park seakan lelaki itu tidak wujud.

"Rachel... dah lupa aku?"

"Jangan sentuh aku, Cheol." Tangan Seungcheol yang ingin memegang Rachel terus terhenti. Seungcheol mengeluh seketika dan menggenggam tangannya sebelum tangan itu dijatuhkan.

"Aku tau kau balik sini, sebab tu aku pun balik sini." Ujar Seungcheol lagi , namun Rachel masih lagi tidak mahu memandang Seungcheol.

Rachel perlahan duduk di samping papanya. Tangan Tuan Park digenggam dan dikucupnya perlahan.

"Please leave me alone."

Dengan titah Rachel, Seungcheol terus keluar dari bilik wad Tuan Park meninggalkan Rachel berseorangan di situ. Dia tidak mahu mengacau Rachel saat ini. Setelah kakinya melangkah keluar , dia melihat Rachel di cermin wad tersebut sebelum matanya mengerling ke arah Taehyung yang memang setia di situ dari tadi.

"Kim Taehyung , 'suami' Rachel." Taehyung menghulurkan tangannya pada Seungcheol dengan senyuman petaknya. Senyuman yang menutup segala cemburu yang membara ketika ini.

Jangan cakap Taehyung tak jeles , acah je tu. Dia benda sikit pun dia jeles.

"Choi Seung Cheol , 'bekas tunang' Rachel." Balas Cheol sambil tangan Taehyung disambutnya.

Senyuman Cheol juga tidak lekang dihadiahkan buat Taehyung. Perkataan 'bekas tunang' yang ditekankan Cheol juga membuatkan hati Taehyung makin membara. Taehyung tertawa kecil.

"Bekas tunang? Oh , kau ni abang Choi Hansol ya?"

"Ha , betul lah tu. I guess you two already met." Taehyung sekadar tersenyum dan mengangguk-angguk.

Sekarang rahsia yang cuba disorokkan Rachel telah dia ketahui. Mungkin sebab ni Rachel tidak mahu memberitahunya , takut-takut ada penghalang.

"Apa yang kau orang buat?" Teguran itu membuatkan Taehyung dan Cheol menoleh ke arah Rachel yang tiba-tiba menjengukkan kepala di pintu wad Tuan Park.

Mereka berdua tertawa dan menggeleng. Perlahan mereka berpelukan di bahu masing-masing sambil tertawa. Rachel mengerutkan dahi pelik. Nampak sangat masing-masing tengah cemburu antara satu sama lain , dasar tak reti berlakon.

"Rachel , kau tak bagitau aku pun kau kahwin?"

"Penting ke?" Soalan Rachel yang dingin membuatkan Cheol tertawa. Hatinya yang hancur sekarang tuhan saja yang tau.

"Sayang , apa kata kita lunch sama-sama dengan Seungcheol? Ok juga kan?" Tanya Taehyung. Rachel mengangkat keningnya melihat Taehyung sambil memeluk tubuhnya. Dia mengeluh kesal.

"Ok."

•••

"So , dah berapa tahun korang kahwin?" Tanya Cheol setelah lama berdiam. Rachel malas nak menjawab , dka sekadar melayan telefonnya. Biarlah Taehyung saja yang berborak dengan Cheol. Dia takde mood nak melayan Choi Seung Cheol.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now